Sunday, September 6, 2009

ironi nya ....

pernah hadapi situasi ini?

'Saya mencadangkan kepada pemandu bas ekspres supaya berhenti sebentar untuk sembahyang subuh.
Pemandu bas dengan egonya menyatakan tidak boleh berhenti.
Malah mendakwa dia juga orang yang bersembahyang dan dengan jahil mengeluarkan 'fatwa' untuk qadak sahaja.

Pakcik berbangsa Cina yang duduk di sebelah saya berasa tidak sedap perut lalu meminta izin kepada pemandu bas supaya berhenti di kawasan rehat. Ironinya, pemandu bas ekspres itu akhirnya mengalah kepada pakcik yang mahu membuang air besar berbanding saya yang mahu berhenti sembahyang.'

di petik dari online dengan Tuhan m/s 39 - karya Zulkifli Khair

BEST buku ni ! 5 bintang.

kata saya:
takutkan najis berselerakan dalam bas berbanding takutkan azab Allah kelak. percayakan Allah tapi tak percaya azabNya. semoga pakcik bas dan kita segera sedar dari kealpaan dan kejahilan . amin.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 comments:

  1. ermm..takut kenapa yg nampak saje kn..

    yg xnmpk..xnmpk la..

    Pernah jugak dengar kes mcm ni dari kwn2..

    member saya berapa kali dah tukar kerja sebab majikan tak bagi pergi solat Jumaat..Tp majikan dia bukan seagama..xpela..

    kalau org seagama buat mcm ni..tak boleh terima la

    ReplyDelete
  2. Manusia melihat perintah Allah itu dengan nafsu maka jadilah ia seorang yang ingkar...jika ia melihatnya dengan hati yang ikhlas sudah tentu ketaatannya akan terserlah...

    ReplyDelete
  3. Saya kalau boleh cuba seboleh2nya untuk menggunakan kemudahan bas ekspress bimbang semua ni lah..

    ReplyDelete
  4. Salam ziarah,

    cerita ringan, tetapi berat maknanya..

    salam ramadhan juga :)

    ReplyDelete
  5. cgu..

    perkongsian yg menarik..
    menarik dijadikan : satu lagi ilmu baru

    ReplyDelete
  6. Akak,
    Segelintir bas ekspres mmg macam ni. Tak dapat dinafikan. Ada satu kompeni bas ekspres tu hanya berhenti 10 minit untuk bg org buang air je. Pastu jalan balik. Sbb tu sepanjang saya menggunakan bas ekspres ni saya gunakan Transnasional sahaja sebab waktu dia berhenti rehat amat mengikut waktu solat.

    ReplyDelete
  7. Sekiranya terpaksa guna bas, biasanya saya pastikan jam berapa mula berjalan - samada sebelum waktu / selepas waktu...

    kdg2 biarlah pergi lebih awal...supaya tak terjadi seperti ini...Jadi,kita boleh pilih waktu perjalanan tu...orang yang pandai tu tapi jahil ....tanggonglah sendiri...kang Allah bayar cash baru tau....

    ReplyDelete
  8. Salam,

    IP teringat cerita ustaz masa tazkirah di surau. Di stesen minyak beliau melihat sendiri pemandu bas (logo universiti tempatan tak payah sebut). Membeli KFC. lepas tu bila nampak ustaz (berjanggut dan berjubah). Kelam kabut start enjin.
    Agaknya dia lebih takutkan ustaz daripada Allah SWT. Wallahualam.

    ReplyDelete
  9. salam cikgu
    itulah realiti manusia. Takut pada benda2 yang zahir sahaja tapi bila berkaitan dengan Tuhan, dengan syurga,neraka dan benda2 ghaib tak pernah nak rasa takut.
    ''Ramai manusia yang celik apabila sudah mati kelak''-Saidina Ali r.a.

    ReplyDelete
  10. Assalamu'alaikum,

    itulah natijahnya bila tidak menjiwai al-Quran dan sunnah.. sgl peringatan, perkhabaran Allah dan ancaman ttg balasan meninggalkan suruhan Allah dianggap tidak memberi apa2 kesan kerana Allah tidak memberikan balasan segera.. cuba jika tinggal je solat ada balasan serta merta berani ke nak buat begitu.. di dunia Allah bagi kita pilihan, tunggulah di akhirat nanti, zahirlah kedailan Ilahi.. yang berkereta juga ada yg begini kelakuannya.. w/pun ada r/r n masjid di tepi jln ada yg endah tak endah juga.. moga kita tidak begitu.. Amiin

    ReplyDelete
  11. mungkin pakcik tu fikir boleh dibuat jamak kot... tak pun dia dah sembahyang jamak..

    saya dulu pernah masa beraya lah, ajak kawan pergi masjid sebab waktu zohor masa tu dah nak habis... tapi diorg kata tak pe, boleh buat jamak (mcm sial je)... saya mcm tak bolh nak buat apa2 pasal tumpang kereta orang, sudahnya seorang kawan yang lain pulak bebangsa CINA beragama KRISTIAN... tanya saya nak pegi masjid ke... lepas tu dia yg bawak saya pegi masjid... tak reti nak cakap apa dah. malu sgt rasanya dgn perangai saudara seagama sendiri... benarlah, kebanyakan perkara - yg menghalang perkembangan Islam adalah orang Islam sendiri...

    ReplyDelete
  12. teruknya pakcik tu kak....

    habis tuh bila dia berhenti, akak sembahyang tak? apa jadi dgn solat akak?

    sha dulu ada masalah sikit time solat...tp yg peliknya, org kita yg buat masalah...bukan bangsa asing...

    ada pulak yg pangkat tinggi tp time solat jumaat duduk di dalam ofis. bila timbul kata2 tak sedap, org pulak dimarahnya:(

    ReplyDelete
  13. salam cikgu, sebab tak nampak dosa n tak rasa sakit nyer disiksa dan rasa dah terlepas dr siksaan.. rasa sure takde dosa.. itulah mereka ambil ringan.. Ya Allah engkau maha mengetahui segalanyer

    ReplyDelete
  14. salam..

    akhir zaman..!
    oh ya,
    komen cikgu yang terbaik dalam entri basuh baju..
    ;)

    teruskan lagi..
    "terima kasih cikgu.."

    salam terawih..
    wassalam..

    ReplyDelete
  15. salam klcitizen...
    bagi saya orang dalam perjalanan melebihi dua marhalah...adalah dikira sebagai musafir...kita tidak perlu benci,mengata orang itu tidak islamik,dan tersinggung dengan perbuatan yang dilakukan terhadap kita...islam mempunyai cara beribadah ...yang simple dan mudah..sembahyang itu boleh dijamakkan...kita yang melakukan..dan berdoa supaya orang itu diberi taufik dan hidayah...pendekatan islam seperti ini adalah pendekatan islam yang lembut...sempena nama allah yang maha lembah lembut..insallah kita selamat dan orang itu juga akan selamat dan akan dapat pentujuk..insallah..
    Nak tanya awak ni seorang guru ke...mengajar di mana...
    mengajar apa...terima kasih memberi tunjuk ajar penulisan saya dalam blog saya..sebab banyak lagi lagenda yang akan saya tulis selepas ni...

    ReplyDelete
  16. keadaan makin gawat. tak tahu nak cakap apa dah ...!

    ReplyDelete
  17. salam,

    jamak??? huhu..subuh nak dijamakkan dengan solat apa?

    Cikgu, smlm dlm radio ikim, sy terdengar seorg berckp - "masalah utama kita skrg ini sbnarnya bukanlah tak percaya agama, dan bukanlah tak percaya Allah, tapi tak percaya akan balasan dan hukuman di akhirat."

    ReplyDelete
  18. APabila hukum Allah diringankan..dipandang remeh..maka hati dikaburi dgn keduniaan..

    ReplyDelete
  19. menarik buku tu! dunia skrg mmg dah terbalik!

    ReplyDelete
  20. Ironinya....hati org yg nk berak tu, lebih dijaga jika nak dibandingkan dengan suruhanNYA. Benci dgn situasi mcm nih...(Emo kejap ni..)

    ReplyDelete
  21. Betul tu che skaf subuh jamak apa?
    Islam tu lembut... ada tempat berlembut ada tempat berkeras. 7 tahun disuruh sembahyang. 10 tahun disuruh rotan kalau tak sembahyang. Kalau sampai remaja tak sembahyang lagi rotan ayah dia la pula.

    Driver tu kalau kemalangan dia sorang yg mati tak apa, ni kita sekali pun sama....

    ReplyDelete
  22. saya bimbang nak naik bas jenis driver tak sembayam.

    Patut syarikat bas boleh iklan nak lariskan bas dia.Buat iklan bas syarikat xxxx berhenti masjid untuk bersolat.

    Ada juga driver berhenti sembayam tapi penumpang tak gi sembayam pula..tidur terus dalam bas .

    A

    ReplyDelete
  23. ummi dah lama tak naik bas utk pjalanan jauh ,(ank ramai,guna kete kecik pun jadi le) jd tak perasan ada drebar yg gini .. pegi jahanam punya drebar oi , geram ummi .
    kalu musim perayaan , suami ummi tak suka bhenti kat r n r coz sesak sngt , jadi kami selalu masuk ke surau di plza tol ,lengang sikit .

    ReplyDelete
  24. Salam ziarah dari Pak Man,
    Nampaknya kita sekarang ni dah berada di akhir zaman. Banyak dah tanda-tanda hari kiamat dah dekat. Bertaubat lah semua.
    Cikgu,
    Terima kasih kerana berpesan kepada kami semua.

    ReplyDelete
  25. Salam Che skaf...betul tu subuh tak ada jamak...hukum akhirat tetap akan berlaku..walaubagaimanapun itu untuk orang yang melakukan...sebab itu kita kenal betul-betul diri kita dan hubungan diri kita dengan allah...saya bukan tidak mahu salahkan driver tu..bagi saya mungkin ilmu agama islamnya kurang..
    salam abu muaz..betul apa yang dikatakan oleh ceek tu...teruskan..tapi saya tak boleh terima islam itu ada kekerasan...

    ReplyDelete
  26. Salam KLCitizen,
    Jika pemandu bas tak mahu berhenti, anda solatlah di tempat duduk secara isyarat yang termampu. Solat begitu tidak perlu diQadhak.

    ReplyDelete
  27. Salam Kak..
    Selalu memang mcm tue..

    Benda yg tak nampak (Azab) dipandang remeh..

    ReplyDelete
  28. Uh ... review yang best. mesti best buku ni ... hopefully boleh baca. Thanks.

    ReplyDelete
  29. Selalunya begitulah, kata nak cri rezeki halal utk anak2, tapi..wallahua'lam.

    erm, nak beli buku t..(pantang nampak ni..;p)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.