Tuesday, September 1, 2009

makbulkan lah Ya Allah

"Camana buka puasa kat Jordan?" tanya saya pada anak buah yang balik bercuti .
"Okla.. tuan rumah selalu jemput berbuka bersama"

"Baiknya diorang..."
"Okaylah jugak.."

"Tapi diorang tak solat mak su", sampuk kakak kepada anak buah tersebut.
(Mak su tu merujuk pada saya lah...)
"Iya?... Aii, macam sesetengah orang kita je ya."

"Ya, aurat pun tak tutup gak... kasut pun bawa masuk dalam rumah" sambungnya lagi
"Mmm... harapkan arabnya je lah ya..."
"Puasa.... diorang puasa..." .

Sama sahaja manusia ini di mana-mana ya...
Agaknya kerana ramai muslim yang tak solatlah, maka Allah masih belum lagi memberi kita kekuatan.

Tadi...
sempat membaca kisah bangsa Uighur di negara China
sayang sungguh
muslim di dunia ini punyalah ramai
malah
muslim tidak kurang bijak pandainya
tetapi
baik bangsa Uighur, rakyat Palestin, Bangsa Moro di Filipina, saudara kita di selatan Thailand semuanya dihenyak sesuka hati....

Di Ramadhan ini
marilah kita
bersama-sama
menadah tangan berdoa
semoga saudara seagama kita
terbela nasibnya, hilang sengsaranya
dan
saudara-saudara kita
yang menjauhkan diri dari tuntutan fardu
agar terbuka hati mereka untuk kembali
serta
bagi kita
yang semakin sedar
bertambah iltizam dan istiqamah di atas jalan yang diredhai Allah.

Amin.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

28 comments:

  1. amin...harap2nya doa kite makbullah ya...sayang, hati baik tp tak semayang...rugi betull...

    * camne 1st day sekolah?

    ReplyDelete
  2. Semoga doa cikgu dimakbulkan Allah...ameen

    ReplyDelete
  3. salam.. Allah sentiasa mendgr doa hambaNya..

    ReplyDelete
  4. امين امين امين يا رب العالميت

    ReplyDelete
  5. امين امين امين يا رب العالمين yg kat atas salah tulis , huruf nun jadi ta

    ReplyDelete
  6. amin.. semoga apa yang buruk2 terhindar dari kehidupan kita..

    ReplyDelete
  7. semoga kita sentiasa dirahmati Allah swt...

    ( pernah isteri cousin hubby - arab mari la ni - masuk rumah dengan sandalnya!!!)....nak kata apa

    ReplyDelete
  8. Banyak doa di bulan ramadhan ni

    ReplyDelete
  9. Salam,

    Kullu am waantum bekhair.

    Kat arab ni kalu yg baik tersangat la baiknyer, kalu yg jahat tu tersangat la jahatnyer. Nak cari yg tengah2 tu amat sedikit, keturunan abu jahal masih ramai lagi kat sini. Buruk baik semua ada kat sini tak seperti yg dijangkakan.

    Ma'assalamah.

    ReplyDelete
  10. salam,

    bak kata ust. Rahman SMKTSW dia belajar kat Mesir. Sampai sana orang akan tanya nak jadi Firaun ke atau ikut Nabi Musa.Pilihannya 2 sahaja.

    selamat menempuh fasa ke-2 ramadan moga kita semua mendapat keampunanNya.

    ReplyDelete
  11. Aminn.. Aminn..
    Moga Allah makbulkan doa kita semua.

    ReplyDelete
  12. Amin Ya Rabbal Alamin. Selamatkanlah saudara seagama kami Ya Allah, mereka yang ditindas oleh kuffar la'natullah.

    ReplyDelete
  13. saya pun mengaharapkan perkara yg sama kak..marilah kita sama2 mendoakan..mdh2an kita semua kembali kpd islam yg sebenar-benarnya.insyarallah

    ReplyDelete
  14. Dear klcitizen,

    Amin......

    ReplyDelete
  15. salam

    امين امين امين يا رب العالميت

    ReplyDelete
  16. salam. Umat islam yg ramai ini bagai buih dilautan... ikut je ombak nak bawa kemana...

    ReplyDelete
  17. Salam Sis..
    Uish..

    picture tue tak tahan tul nak nengok tapi dh tertengok..

    aduh....

    Kita doakan semoga semuanya baik2 saja. even kita tahu, darah masih berserakan di mana2..

    huh..

    ReplyDelete
  18. Sama-samalah kita berdoa agar saudara seagam kita yang tertindas mendapat bantuan Allah SWT.

    ReplyDelete
  19. Mudah2an umat Islam seluruhnya akan terus saling ingat-mengingati dan berani menegakkan kebenaran.

    ReplyDelete
  20. semoga kite sentiasa dilindungiNYa...amin..
    out of topic---> akak, dpt tak email dalia?? dalia dah jwb sokalan akak tu dalam email...
    mekacihhh...

    ReplyDelete
  21. Ye laaa..
    kat mana2 pun ada org baik/jahat..
    Yg baik, tak baik smua...yg jahat pun tak jahat smua..

    Bila tgk gmbr tu, rasa kita bertuah sgt .Terasa dilindungi ALLAH. Tapi, jgn plak tk bsyukur..
    Dan...jgn lupa doakan saudara kita stiap hari..

    ReplyDelete
  22. salam teacher..

    puasa tapi tak sembahyang camna tu agaknya perumpamaan macam berak tak basuh kan..sbb tak sempurna rukun, jadi sia2lah amalan tapi itulah yang terjadi dizaman ini..bukan tak tau kena sembahyang tapi sengaja buat2 tak tau..gerun bila ingat MATI ITU WAJIB, AZAB NERAKA DAN AZAB KUBUR ITU BENAR..

    ReplyDelete
  23. salam cikgu
    semoga bulan puasa ni akan mendekatkan diri kita pada Allah..bukan ibadat ritual semata-mata tetapi dapat juga menguatkan iman dan memperbaiki amalan kita

    ReplyDelete
  24. Salam.

    amin ya rabb..
    huhu.
    wallahua'lam

    ReplyDelete
  25. Salam kl citizen...
    solat adalah wajib bagi kita mengerjakannya...sebelum wafat nabi Muhammad ia menyatakan "umatku solat..umatku solat"..kenapa?Di dalam solat banyak rahsia yang terkandung di dalamnya..di sinilah kita akan mengenal allah..di sinilah segalanya diri kita dengan allah..apabila kita sudah mengenal allah insallah doa kita akan termakbul..itu janji allah kepada umatnya...contoh yang paling baik sebuah negara Islam pada saya ialah negara kita...Malaysia..kita lihat sahaja...negara lain yang berperang sana,berperang sini..berbunuhan sesama manusia bukan ajaran dalam islam..kenapa kita masih merasa tidak berpuas hati dengan negara tempat lahir kita sendiri...kita bebas mengamalkan ajaran islam di sini..orang yang terdahulu daripada kita telah meletakkan asas yang kukuh tentang islam di sini...di dalam Islam tidak ada golongan yang ikuti...yang perlu kita ikuti ialah ajaran islam yang tercatat di dalam al quran,sunnah dan hadis yang sahih..kita yang tidak mendalami ajaran islam itu sendiri..kalau kita mendalami..kita akan mengetahui di mana kita berada...amin..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.