Thursday, September 3, 2009

bayaran.... cash!

pernah ditimpa musibah?semasa keadaan itu apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran?
2 musibah yang takkan saya lupa iaitu accident kereta...

kedua-duanya berlaku selang 4 bulan antara satu sama lain. perkara pertama yang terlintas semasa musibah itu berlaku ialah apakah dosa yang saya lakukan sebelum musibah itu berlaku....

"Ah... Allah dah bayar cash ni... " itu yang saya ingat terlintas di hati & fikiran saya

musibah pertama
saya tertekan pedal minyak sekuat hati, mula2 ke belakang, lepas tu kedepan dan melanggar bucu sebuah kereta volvo lama, kereta volvo tu tak apa2. kereta saya yang teruk. ia berlaku di basement sebuah hotel, saya ke sana menghadiri mesyuarat. akibatnya pekerja2 hotel, 2 orang tetamu hotel dan suami saya terpaksa menolak kereta daribasement 3 hingga ke atas... kesian betul menengok diorang.

saya?
saya duduk pegang steering...

dosa saya?
melanggar arahan suami...sebelum itu beliau pernah berpesan, kalau nak ke tengah2 bandaraya kl, naik lrt dan monorail sahaja. tapi... penat...dari lrt dang wangi nak kena berjalan jauh juga ke monorail bukit nenas, selepas itu berjalan pula ke hotel. Jadi, saya pun buat 'langkah bijak' mendiamkan tentang mesyuarat tersebut dari pengetahuan suami. saya memandu kereta sendiri ke hotel itu...,nah... ALLAH bayar cash...jenuhlah saya minta ampun dan maaf dari suami saya...hihi , itu citer lama.

selang 4 bulan

mendengar cerita seorang kenalan yang acap kali accident, melanggar pagarlah, belakang kereta orang lah, motorsikal oranglah...hati saya berkata..."mmm, elok lagilah saya, sepanjang berpuluh tahun memandu kereta, baru sekali je accident. itu pun accident sorang2...."

esoknya, semasa memandu dan hendak menyeberang jalan yang agak sibuk juga, saya tak perasan ada kereta dari arah bertentangan . Apa lagi...... bedebum ! lah...




sekali lagi Allah bayar cash atas kesombongan saya...

dan kebelakangan ini pun, jika ada saja kesilapan saya terhadap manusia lain, ada saja 'denda' yang saya akan dapat. terhantuk kepala lah.. tergelecuk bila berjalan lah, dan perkara pertama yang akan terlintas dalam fikiran saya ialah apalah dosa yang dah saya buat hari ini...?




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

32 comments:

  1. Kadangkali musibah yang datang itu merupakan ujian dari Allah...

    ReplyDelete
  2. Akak,
    beruntungnya.... sebab mudah untuk muhasabah diri tentang apa yg dah dilakukan pada hari tu.

    ReplyDelete
  3. salam.. berapa jumlah cash suma yg kuar :D

    ReplyDelete
  4. Dosa sama manusia la susah 'dicuci'..

    kena mintak maaf sesama manusia kn?

    Selagi manusia tak maafkan, Allah tak ampunkan..betul ke sy ckp ni?

    ReplyDelete
  5. hanya orang yg terpilih saja Tuhan bayar tunai ... yg lain mungkin di tunda di kemudian hari.

    * t.kasih atas komen ttg blog saya mengenai nak kawin dua tu ... tengok, saya dah delete dah.

    ReplyDelete
  6. cgu

    kita tidak dihukum
    tapi diajar dan belajar..

    ReplyDelete
  7. Salam..

    akhir zaman memang begini , cikgu..
    huhu. perlu lebih memuhasabah:)

    anem doakan yg terbaik utk cikgu:)

    ReplyDelete
  8. betullah kak.
    sy pon pnh jd cmtu, Allah byr cash.
    tmbh2 lg kalau x ikot ckp abah

    ReplyDelete
  9. APA YANG BERLAKU TIDAK KIRA BAIK BURUKNYA SEMUA DAH DITENTUKAN..YANG BAIK GEMBIRA KITA DPAT YANG BURUK FLASHBACKLAH APA YANG OERNAH KITA BUAT TIDAK KIRA SEBESAR ZARAH PUN ..KELEBIHAN MANUSIA YANG MEMPUNYAI AKAL FIKIRAN UNTUK FIKIRKAN ..APA YANG DAH KITA LAKUKAN ..REDHA SYUKUR DENGAN KEHENDAKNYA..

    ReplyDelete
  10. tidak ramai yg muhasabah diri bila berlaku sesuatu.... kebanyakannya mesti nak salahkan orang lain!

    ReplyDelete
  11. ummi pun selalu gak kena bayar cash ni , tp selalu kalu ada tertasdik dihati kat suami ler , cpt2 mnta maaf tp sambil gurau ler tgk mood dia dulu..

    ReplyDelete
  12. salam cikgu..

    ada juga berlaku kat saya cikgu.. tapi kekadang kita yg tak sedar..

    cuma ungkapan kita adalah.. malang tak berbau..

    tapi bila difikir2kan balik, ianya amaran dan peringatan dariNYA..

    ReplyDelete
  13. Ada orang diberi Allah ujian lagi hebat tetapi langsung tidak mengambil iktibar dari kejadian tersebut. Saya setuju dengan ECHAM.

    ReplyDelete
  14. my frens:

    razak-- betul sangat. ujian dalam bentuk musibah, ada juga berupa peringatan

    echam-- alhamdulillah, baru2 ni je echam.kesedaran datang lambat sikit.

    maiyah-- banyak jugalah...hehe

    n@m@n--betul tu naman, dah sedar, jumpa balik orang tu...mintak maaf. yg boleh jumpa lah .yg tak boleh, tak taulah

    ReplyDelete
  15. saya pon alami benda2 camtu,penah saya pukul anak saya tetiba je urat jari saya tersalah..dan2 jadi lebam...balasan la tuh!!

    ReplyDelete
  16. al-lavendari -- terpilih? x taulah. banyak dosa sangat kut...Allah kesian

    jinggo-- betul tu. bukan hukuman...peringatan

    arnamee--sama2la kita doakan yang terbaik utk sedara2 seagama kita

    ainee-- aii, senasib kita.lepas ni kalau dah kawin, ingat...dengar dan ikut cakap suami selagi x langgar syariat

    ReplyDelete
  17. masik ok lah kalau "cash". Kalau "kad kredit" camne?. Kena "interest" lagi.

    ReplyDelete
  18. tak semua orang dapat bayaran tunai ni. kebanyakan ditunda dihari kena hisab.

    ReplyDelete
  19. salam..
    bape RM kena kak..
    slmt sume selamat...
    hati2 k...

    ReplyDelete
  20. alhamdulillah kak selamat.. ahai..

    ReplyDelete
  21. salam cikgu,
    moga jika segala musibah yg Allah turunkan itu adalah kifarah dr dosa2 yg telah dilakukan, alangkah bagusnya, kerana Allah dah bayar siap2 di dunia, moga dosa itu tidak tergantung lagi di akhirat.

    ReplyDelete
  22. salam,

    alangkah baiknya jika semua manusia sedar bahawa kita sentiasa diperhati dan ditegur Allah.. mudah2an kita selamat di dunia dan di akhirat.. salah satu antara sbb2 musibah berlaku: ada yg lebih baik dp tu yg Allah nak bagi kpd kita spt dlm kisah Nb Musa berguru kpd Nb Khidir tp kita tak tau hanya org2 tertentu yg terpilih shj yg tau.. Allah nak uji kesabaran, nak hapuskan dosa.. Hanya Allah yg Mengetahui..

    ReplyDelete
  23. assalammualaikom.

    begegar jantung bila baca cerita akak dan komen rakan2 akak yang bagi pandangan. Banyaknya dosa tak tertebus rasanya. saya beberapa kali pernah kemalangan dan dah ada besi sebatang dalam kaki kiri. Saya juga pernah terfikir macam akak fikir. bila tanya ustaz dia kata, kalau kita sabar musibah itu adalah penghapus dosa kita pada Allah. dan kalau sabar dengan ujian nie dapat pahala lagi.

    saya setuju dengan webmaster tentang akak.

    ReplyDelete
  24. Salam
    Apa yg berlaku ke atas kita..ada sebab musababnya..Mungkin peringatan utk kita agar lebih berwaspada...lebih beringat2..
    Semoga kita lebih belajar dan sentiasa muhasabah dari apa yg berlaku ..:)

    ReplyDelete
  25. terima kasih atas ingatan ini. kita sebenarnya mudah lupa.

    ReplyDelete
  26. Zai sendiri pun pernah lalui keadaan macam teacher tu..kadang2 bila tersedar baru beristigfar dan terbayang2 pula dosa2 yg dilakukan..

    Mmg benar ada sesetengah tu Allah akan bayar cash terutama melibatkan perasaan oranglain..

    ReplyDelete
  27. Satu ingatan baik buat kita yg sering terlupa..atau buat2 lupa..

    saya suka ngan cerita nih..

    buat kita insaf skit..

    ReplyDelete
  28. Kita tak boleh beranggapan musibah yang menimpa kita adalah balasan atas kesalahan kita masa lalu. Ada musibah yg ada hikmah atau kebaikan disebaliknya. Hanya Tuhan yg tahu.

    ReplyDelete
  29. takpelah....itu tandanya tuhan masih sayangkan akak, dats why Dia bagi peringatan awal2 kan?

    masih belum terlambat....

    ReplyDelete
  30. bayar cash??hehe..skrng2nye kita beringat la pasni.tul x kak
    :)

    ReplyDelete
  31. Salam akak citizen..slmt berkenalan..di sebalik musibah ini terserlah kesabaran akak citizen..

    ReplyDelete
  32. Salam, kekadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Kekadang kesedaran itu datang setelah sesuatu perkara terjadi. oleh itu, sentiasalah ingatkan Allah. InsyaAllah semua selamat.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.