Wednesday, December 19, 2012

Cari suami di stesen minyak




Kita semua adalah pembawa kantung-kantung najis yang bergerak. Perkara yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa sebenarnya. Usus besar kita yang panjangnya secara purata adalah 1.5 meter, menjadi destinasi terakhir dalam sistem penghadaman. Dan di sinilah bahan buangan dari badan dalam bentuk pepejal yang kita kenali sebagai najis disimpan sebelum di buang.


Orang kata kalau nak cergas sepanjang hari, pagi-pagi mestilah berusaha untuk membuang air besar.

Kenapa?  


Yalah, bahan najis tu kan toksik , dan jika lama disimpan dalam badan, tentulah tidak sihat untuk kita. Bayangkan kalau dalam rumah kita, kita simpan sampah sarap makanan semalam tak dibuang. Tentu udara dalam rumah itu sendiri tidak sihat, kan.


Dan pagi itu, agak lewat rasa hendak membuang air terbit. Puas juga berusaha di pagi-pagi buta, tetapi mungkin sebab rasa teruja  benar hendak keluar berjalan dengan rakan baik,  rutin biasa tidak menjadi. Ah, dalam hati sudah khuatir, takut kalau sedang memandu di highway, tuntutan tabii waktu pagi menyinggah.  Jenuh juga nanti hendak mencari tempat sesuai.


Dan seperti yang diagak, baru hendak memulakan perjalanan setelah mengambil rakan baik, rasa yang tidak mahu terbit pada waktu yang sepatutnya, mengasak-asak menuntut ingin dilunasi segera.


Waduh...


Tandas awam di stesen minyaklah menjadi medan kunjungan.


Alhamdulillah, hanya ada satu sahaja tandas yang boleh diguna . Tandas biseksual dan yang pentingnya tandas tersebut dijaga dengan baik.


Cumanya, pengunjung yang berkunjung sahajalah yang kurang baik, saya kira.


Tel  017 - 268 xxxx , Biaxxx, mencari suami.


Oh, ada dua kemungkinan, kata hati saya, tatkala membaca 'iklan percuma' ditulis dengan pen marker hitam  yang terpampang di dinding tandas. Pertamanya, mungkin suaminya hilang. Banyak juga kes orang yang tiba-tiba hilang tanpa dapat dikesan, kan. Mungkin, si penulis berharap jika suaminya terbaca, bersegeralah menelefon dia semula. Rindu, mungkin.  Kalau begitulah senarionya, terpaksalah si penulis, menulis di setiap tandas yang ada di seluruh Malaysia ni, kan.


Atau, mungkin juga, penulis adalah wanita bujang dan ingin menamatkan hidup membujangnya itu. Mencari bakal suami di dalam tandas. Oh, ini teknik terbaru, mungkin. 


Bakal suami yang bagaimanakah agaknya yang  boleh diperolehi dengan menulis iklan  percuma di dalam tandas? 


Musykil jugak saya....


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. salam..
    anak ikan jantan cari laki
    jantan juga tu..perasan pompuan
    biasa dah kat tandas lelaki :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah... haha, zulkbo lenih maklum ya :)

      Delete
  2. entah2 yang menulis tu lelaki .. sekarang ini bukan boleh percaya sangat ! hehe

    ReplyDelete
  3. peh. jauh mencari suami.

    ReplyDelete
  4. ha,ha,haaa,
    macam macam di zaman yang serba maju ini.
    eloknya diletak gambar suaminya yg hilang itu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yala, kalau ada gambar lagi mudah kan,

      Delete
  5. Macam dah takda tempat lain nak iklan. Vandalisme?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ini sebahagian dari vandalisme la kan

      Delete
  6. Menyakit mata nombor telefon bimbit yang ditinggalkan. Mungkin ini ada iklan mencari jodoh paling murah tetapi ditempat yang kurang enak pula. Aduhai. :-)

    ReplyDelete
  7. Salam cikgu Normah, kalau saya....jadi budak nakal kejap, try dial the number..setakat dengar suara bahasanya.

    ReplyDelete
  8. salam cikgu Normah,

    kalau saya...mungkin jadi budak nakal sekejap, telefon untuk dengar suara dan bahasa orang nya.Tapi ada kemungkinan juga orang lain sengaja nak menganiaya pemilik nombor ini.wallahualam

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh , ya tak ya jugak ya yatie, mana tahu ada kes nak menganiaya orang lain pulakkan

      Delete
  9. Salam Cikgu Normah,

    Stesen minyak juga jadi buruan saya bila keadaan terlalu mendesak. Selalunya kalau sempat saya akan cari PETRONAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang ni semua stesen minyak ada kemudahan tandas awam ni kan, dan biasanya bersih alhamdulillah

      Delete
  10. petronas terbaik, pernah singgah stesen lain... muntah dulu sebelum melepaskan hajat

    ReplyDelete
  11. petronas memang terjaga tandasnya...yang lain ada ok ada tak..ats pengurusannyalah

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum ,
    selamat kembali ke sekolah cikgu.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.