Sunday, January 13, 2013

pasti ia terbaik untuk kita





Fikiran saya beku, tak ada idea nak menulis

Jawapan saya bila diaju persoalan tentang entri baru. 

Perkara biasa bagi ramai tuan punya blog. Kesibukan kerja dalam dunia realiti yang semakin menuntut perhatian , mengakibatkan dunia maya seolah terpinggir dari pandangan.

Mungkin juga kerana usia yang makin bertambah, keghairahan untuk terkejar-kejar buat itu dan ini semakin kurang. Terasa ingin lebih perlahan dalam langkah , ingin lebih memerhati dan melihat, seolah mahu menghirup pandangan di sekeliling agar ia berbekas dalam benak ingatan.

Saya bersyukur sungguh, Allah permudahkan urusan hal-hal anak-anak saya.

Yalah, bukankah saya dah kata, 90% dari kerisauan itu tidak akan terjadi. Awak tak percaya, kan ?

Oklah, yalah, saya percaya sikit, tapi hanya 60% sahaja.

Dan saya tersenyum.

Setuju dengan saya? 

Bahawa kebanyakan kerisauan yang melanda diri kita hanyalah berlegar dalam kepala. Menyesakkan hati dan membantutkan mimpi. 

Risau dengan segala yang tidak pasti dan segala yang tidak tentu.

Hari esok bukan di tangan kita, tetapi merancang serta menyusun adalah dalam upaya kita. Dan selebihnya Allah yang menentukan. Dan pasti ia adalah yang  terbaik untuk kita.



sumber


Salam kasih untuk sahabat yang asyik sungguh menyapu dan mengemas rumah.

~cikgunormah@klcitizen~





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. saya pula tidak ada masalah dari segi masa dan idea .. tapi bermasalah dari segi kerajinan .. kadang2 tu terasa kaki ini bagai diheret untuk melangkah ..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuan haji memang sangat kreatif orangnya, saya doakan tuan haji terusan dikurniakan Allah kekuatan untuk menulis

      Delete
  2. Setuju. Memang ada saja kerisauan dalam kepala kita, tetapi sebenarnya ianya bukan masalah besar pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul kan azie... setiap detiklah ada saja yang dirisaukan

      Delete
  3. Setuju sangat...apa yang kita fikir tu pun boleh jadi doa ...oleh itu sentiasa kita fikir yang baik sahaja...inshaallah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harap2 begtulah, sentiasa juga cuba mempositifkan diri

      Delete
  4. assalam cik gu memang ada masanya rasa malas untuk menulis..tangan tak mau bergerak..dok merenungnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumusaalam.. penyakit yang samalah tu hehe

      Delete
  5. Kalau kita boleh memberitahu diri sendiri yang apa yang akan berlaku kita tidak berdaya menahannya, kerana ianya dah ditentukan Allah, mungkinkah tidak ada kerisauan dihati kita?

    ReplyDelete
    Replies
    1. risau jugak kak ani... memang dah ada dalam baka manusia ni kut :)

      Delete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.