Monday, December 17, 2012

Mati





Beberapa hari ini fikiran saya dipenuhi dengan gambaran kematian sahaja. Angkara tak sudah-sudah membaca buku yang penuh kisah tentang penyiksaan dan kematian di medan perang, menyebabkan saya banyak berfikir.


Ah, bukan berfikir sebenarnya, lebih kepada bertanya dan berbicara dengan diri sendiri.




Saya teringat kata-kata Ustazah Maznah yang turut bersama dalam misi ke Gaza baru-baru ini. Turut serta dalam misi itu ialah beberapa orang artis terkenal seperti saudara Afdlin Shauki.  Lebih kurang kata Ustazah Maznah, kita mesti berazam untuk syahid dan berusaha untuk syahid. Walau pun nanti, pengakhiran hidup di dunia kita hanya di atas katil, tetapi dek sebab keazaman dan doa kita untuk syahid, dengan izin Allah ganjaran syahid juga kita akan perolehi.

Dan saya bertanya pada diri saya, apakah sungguh dengan sebenarnya saya ingin syahid? Atau ia sekadar kata-kata terbaris di bibir, penyedap mulut, tidak berakar dan mencengkam isi hati?

Pernahkah kita punya keinginan terhadap sesuatu perkara itu begitu dalam, sehingga  terasa seperti denyutan jantung itu sendiri terhenti bila kita mengingatkan keinginan tersebut?  Bukankah pada waktu itu, keinginan itu beraja dalam langkah dan fikiran kita. Ia menjadi pusat dalam segala gerak dan sedaya mungkin kita berusaha juga untuk mendapatkannya.

Dan adakah keinginan untuk syahid itu seperti itu dalam dada saya?

sabra dan shatila


armenian genocide

Kurdish Massacre

Kisah kematian yang saya baca, pembunuhan beramai-ramai dalam setiap peperangan oleh pihak lawan  -  tak kira siapa   -  hatta  oleh mereka yang memegang sepanduk bertulis kalimat Tiada Tuhan Selain Allah pun - kematian tersebut tetap tragis, memilukan dan sangat menyentuh hati paling dalam. Mereka yang membaca pembunuhan beramai-ramai di kem Sabraa dan Shatila oleh pihak Israel, kematian bangsa Armenia oleh kerajaan Ottoman Turki, pembunuhan orang Kurdish oleh pemerintah era Saddam Hussein dan banyak lagi, pasti membuat kita tertanya, kematian yang sebegini , kematian insan tertindas serta teraniaya kerana kebanyakannya adalah rakyat awam ,  syahidkah mereka?

Pertanyaan yang sesia. Tak perlu dijawab.

Bicara dalam kepala tak semestinya dilayan.

Cukuplah meluah di sini sahaja.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. saya hanya berdoa agar mati dalam keadaan husnul khatimah dan minta dijauhkan dari mati dalam keaadn suul khatimah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga Allah makbulkan, Tn Haji. Itu rasajya memang keinginan ramai orang ....

      Delete
  2. perjalanan terakhir kita menuju mati..Hidup jodohnya mati.Semoga mati dalam keimanan, insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. barangkali istilah syahid agak janggal bagi kita kerana ia tiada dalam sukatan pelajaran kita.
    insyaAllah syahid adalah cita cita kita.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.