Tahun ini saya diberi peluang mengajar Matematik Ting. 2. Sudah berpuluh tahun rasanya tidak mengajar Matematik. Dek sebab kekurangan guru Matematik di sesi petang di sekolah, jadi saya turut memeriahkan dan meramaikan guru Matematik.
Dah berkarat sebenarnya, teknik mencongak dan mengira ni. Nasib baik, setakat budak menengah rendah, bolehlah lagi nak tunjuk terer :)
Jadi tahun ini saya mengajar Chemistry Ting. 5 dan Matematik Ting. 2. Kombinasi yang menarik . Alhamdulillah.
Bungkuskan untuk saya Nasi Goreng Nyonya tak nak pedas, satu. Mee Goreng Mamak, satu. Set karipap daging, dua. Set kepak ayam goreng , satu. Pas tu, minum kat sini teh O ais limau.
Dalam kepala, saya mula mencongak jumlah ringgitnya nanti yang perlu saya keluarkan dari dompet. Kemahiran mencongak dua tiga hari di tahun baru ini memang saya aplikasikan sungguh. Orang kata ilmu itu mesti dipraktikkan, bukan begitu?
Nasi Goreng Nyonya, lebih kurang, RM8, mee goreng mamak RM7, dua set karipap RM5, teh O ais limau RM3 dan set kepak ayam RM8. Ah, tak sampai RM50. Okay lah tu.
Er... kejap ya.
Si waiter terhenti menulis. Ke belakang sebentar dan muncul kembali selepas itu.
Kepak ayam goreng tu tak adalah, akak.
Hati saya merengus. Geram juga. Dah terbayang hendak meratah kepak ayam di rumah sambil menaip entri ini. Musnah angan-angan... ish. Ni lah kedai Melayu, tulis dalam menu bukan main lagi, bila order, asyik memanjang tak adalah, dah habislah.
Wah... terasa si setan dok membisik kat telinga, membantu marah yang sepatutnya tidak ada, membara perlahan. Panas di luar membantu temperature dalam dada meningkat.
Emm, tak apalah.
Tak ada senyum pun di bibir saya. Walau dalam blog dan beberapa entri , bukan main lagi menulis, senyum itu sedekah, kawan-kawan.
Menunggu tak lama. Memang kedai makan ini, agak efisien dan bersih . Kerana itu saya sering ke sini. Sering itu perlu di bold kan. :)
Berapa , dik?
Dia yang saya panggil adik ini pun mula menekan-nekan kalkulator. Sambil itu saya mencongak semula dalam kepala. Ish, benda semudah itu pun kena pakai kalkulator jugak, budak zaman sekarang ini. :(
RM 23, kak.
Tak habis lagi disebut, saya sudah tahu. Tanpa set kepak ayam goreng, tak sampai RM30. Kalau set kepak ayam goreng itu ada tadi , jumlahnya mestilah RM32.
Saya keluarkan dompet saya.
KOSONG!
Ah, sudah!! Yang ada, kad-kad ATM, IC dan pelbagai kad diskaun.
Muka saya dah panas. Tapi, biasalah, .... cikgu, kan. Buat rilek je.
Saya jengok dalam hand-bag, sebab selalu juga membaling not ringgit dan syiling tanpa menyusun dalam dompet.
Alhamdulillah.
Ternampak gumpalan not merah . Saya tarik keluar. Ada dua keping. Jumlahnya RM20. Kurang lagi RM3. Selak semula dompet, bahagian syiling. Bagai lagak orang sedang memecah duit tabung, saya taburkan dan kira bersama adik cashier.
Phewwww!
Cukup RM23!! Malah ada lebihan lagi duit syiling itu. Nasib baik!
Muka saya merah. Malu dan sesal. Kahkahkah. Nasib baiklah set kepak ayam goreng itu tak ada tadi. Kalau tidak mana nak cekau RM8, di situ? Lagilah malu, kan. Kena balik rumah , pecah duit tabung ayam lah pulak. Hahaha.
moral of the story?
Jangan beli set kepak ayam goreng. :)
*hari ini hari gaji , kan, buat kaki tangan kerajaan. bukan gaji sbpa, tapi masih ssm :) tak kisahlah, yang penting , gaji masuk....
~cikgunormah@klcitizen~
hehe nasib tak de , kalau tak jenuh cikgu nak cover malu ..
ReplyDeletetu lah bee, setiap kejadian kan ada sebabnya. dah lepas kejadian baru dapat hargai benda yang saya tak dapat :)
DeleteIlmu hisab sudah ada tapi alat untuk melakukan amali tak cukup pula. Nasib baik cikgu sudah sedia payung sebelum hujan. Kadang-kadang kita perlu campak duit dalam beg supaya boleh digunakan. Macam mana pula orang lelaki nak campak duit kerana lelaki mana pakai tas tangan?
ReplyDeletehahaha..... tu la pasal, kena pakai tas tangan lah pulak muzakkir :)
DeleteKedai ker restoren ker hotel? Nasi Goreng sampai RM8? Mee Goreng Mamak (mamak???) RM7? Teh O Ais Limau sampai RM3?
ReplyDeleteHebattttt...
memang kene naik gaji selalu ler ya cikgu? hehehehe
Rate kawasan saya: Nasi Goreng RM5 paling mahal dah. Mee Goreng Mamak RM4. Teh O Ais Limau tu RM1.50 jer...
hehehe... kira macam restoran ler azie. :)
Deletememang patut naik gaji, kan. kahkahkah
Saya pun nak tanya mcm Azie tu. Tapi dah dia tanya dulu, tumpang kat komen dia ajelah.
DeleteKat mana restoran ni. Nak juga cuba kepak ayam dia. Tapi saya akan pastikan saya bawa cukup duit ... hehehe
restoran dekat sebelah r n k di area belakang keramat permai, restoran bernafas negeri melaka :)
DeleteSaya tak pernah cuba makanan kat situ lagi. Mungkin boleh try lepas ni.
Delete.....N3 ni buat mamaijat teringat habit suka makan kepak ayam madu setiap malam rabu di pasar malam Jalan Tok Adis,Kuala Ibai.Ganu...
ReplyDeleteuuurrrmmm..sedap....jarang miss meratahnya...makan pula ngadap angin laut dekat masjid terapung...huh!!!!
tapi selepas2 tahun ...ambik kau...dapat kanser PD...
**moral of the story...betulkah kepak ayam panggangg mmg x elok...x digalakkan sebab boleh sebabkan kanser,macam yang orang dok sembang2??
huhuhu...
semuanya ketentuanNYA jua....
o ya ke, mamaijat? wallahualam . kalau dah nak terkena tu, kan. ada je yang jadi penyebabnya
Deletewah matematik form 2 hehe, teringat kenangan tahun 1999 dulu hehe
ReplyDeletewah, mesti, aiman ni terer matematik, kan :)
DeletePerasan tak kalu masuk restoran mamak untuk akan ditawarkan set menu paling mahal. Kepandaian kita untuk menangkisnya.
ReplyDeletehehehe, tak perasan pulak
DeleteLama tak singgah sini...:-)
ReplyDeleteKepak ayam tempat hormon disuntik.. jadi tak elok dimakan..huhu
o ya ke? ingatkan di kawasan leher , nida. :(
Deletehuuu... nasib baik ada duit. saya pernah jadi mcm ni jugak. maluuuuu
ReplyDeletekan.... :)
Deletemoral of thes tory..selalu-selalulah campak duit dalam beg.jangan simpan dalam dompet saja
ReplyDeletekalaulah banyak duit yang hendak dicampak tu mutiarasuri ... hihihi
Deletefuh..nasib baik..hehe..
ReplyDelete2,3 hari lepas beli nasi dagang, dah naik 50sen..w/p SBPA tangguh..hehe
ya lah naman. harga barang tetap naikkan :(
DeleteNampaknya kita sama je kak, suka membeli barang tanpa melihat isi di dalamnya. Nasib baiklah 'kepak ayam tu dah habis', kalau ada, kena buka buku 3 lima lah gamaknya.
ReplyDeletetu lah mamamurai. perangai memang susah nak ubah ... hehehe
Deletetu laa kita yg nama cikgu ni, beg tangan kena besar2, senang nk letak segala duit dalam handbag secara berterabur..hehe
ReplyDeleteTu nama die hikmah, ketika kita kehilangan sesuatu, Allah bagi sesuatu yang lebih baik :)
ReplyDelete