Pernah ada pengalaman hendak terbuang air kecil melampau, dan anda dalam bas yang destinasi terakhirnya lagi 4 jam dan bas tersebut baru sahaja bertolak dari berhenti rehat ?
Bila bas bergegar sedikit akibat jalan tidak rata, terasa seperti pundi kencing anda hendak melimpah keluar. Sejuk alat penghawa dingin dalam bas , mencucuk hingga ke tulang dan sedikit pun tidak membantu usaha hendak menahan diri dari membuang air kecil.
Tandas dalam bas?
Tak ada, dik oi. Ini bukan kapal terbang , ada tandas kecil yang sempit, tapi cukuplah bagi memasti kehendak haiwani membuang lebihan badan dilangsaikan.
Dengkur tidur orang di depan menambah resah dan gelisah, terasa hendak menggerakkan badan juga menjadi azab, takut air kencing terkeluar tanpa dapat ditahan.
Kan saya dah pesan, tadi, buang air . Bas ni tak berhenti dah, terus sampai ke KL.
Encik Abang dah membebel.
Ah, terasa bersalah itu menggunung.
Ya, saya dah buang, terlebih makan buah lah tadi ni, beli tadi masa bas berhenti.
Perlahan, berhati-hati, takut mengganggu penumpang lain yang sedang lena dibuai hayunan gerakan bas, saya menggagahkan diri mohon bantuan dari pemandu.
Muka driver bas berubah. Nada suaranya ditahan untuk tidak marah. Saya tahu. Saya mengganggu rutin perjalanan bas tersebut. Namun sifat belasnya terhadap makcik seorang ini mengatasi. R&R Tapah menjadi tempat perhentian tidak berjadual bagi perjalanan Konsortium Bas Ekspres Hat Yai - Kuala Lumpur yang bertolak dari Hat Yai pukul 12.00 pm waktu tempatan di sana.
Tq. Tq... terima kasih, terima kasih, moga Allah merahmati anda driver bas semalam.
Nak beritaulah, tu, saya ke Hat Yai kan. Haha... first time ke Hat Yai, dan pertama kali juga menaiki perkhidmatan kenderaan awam jenis darat , sepenuhnya, ke Thailand. Dari rumah , menaiki LRT ke Pudu Raya dan dari Pudu Raya ke Hat Yai menaiki bas. Alhamdulillah, bas berhenti di hadapan hotel tempat kami menginap di sana. Duduk 1 malam sahaja di sana, asyik kerja makan dan makan.
Pengalaman pertama ke Hat Yai bagaimana? Oklah, sebab saya pun tak lama di sana.
Saya kira bandar Hat Yai hidup , sebahagian besarnya dibantu oleh kunjungan rakyat negara kita. Ramai sungguh. Termasuklah saya. Beranak pinak ke sana, berbondong-bondong, dengan kereta, van dan bas.
Tunjuk gambar sikit :)
Bayaran tambahan RM10 untuk tiket bas ini kerana ada kemudahan menonton video dan mendengar lagu. Tapi TV belah saya rosak tak boleh diguna pakai.. emmm... |
Lobi Hotel. |
Hari pertama, sesampai di Hat Yai, bersarapan pagi di Restoran Salma. |
Makan tengahari di Restoran Hamid |
Mengingat Tuhan di mana sahaja... |
Jualan Kraf |
Minah Muslim ini menjual papan tanda kreatif |
Di kawasan Pasar Terapung. Hudang Goring = Udang Goreng bertepung |
Harith marah kerana dipaksa bergambar |
Ramai makcik-makcik yang menjual makanan ini |
Barangan biasa di tepi jalan |
Hari Ahad di tepi jalan |
Pondok Polis |
Mc Donald dan KFC mengejar populariti melebihi Raja Thai |
Berurut di kedai Mali |
Kedai urut memang banyak. Ada banyak jenis urutan, saya cuma berurut kaki 250 baht sejam, lebih kurang RM25 kitalah. Ramai orang Malaysia yang berurut, memotong rambut dan membuat tata rias kuku (pedicure dan manicure).
Percutian yang ringkas dan tidak kompleks. :)
*ramai perempuan yang dijumpa di Hat Yai tapi tidak yang disenarai hitam :]
~cikgunormah@klcitizen~
wah! seronoknya tengok gambar kak normah jalan2. hehe
ReplyDeletesalam..
ReplyDeletesaya tak sampai lagi
Hat Yai ni..banyak tempat
lagi tak sampai..
niat paling jauh nak ke Mekah
je nanti
syoknya g holiday kat oversea..rasa tomyam thai tak kak?mesti best kan?bestnya shopping murah2..
ReplyDeleteTentu banyak yang dishopping di HatYai. Sekurang-kurang abang tidak pergi sana "keseorangan" :-)
ReplyDeleteain > tak banyak mana pun gambar-gambarnya :)
ReplyDeletezulkbo > ya , saya pun nak ke Mekah juga satu hari nanti
prettywhite > haha... yang ini takdele over the sea sangat. just over the border je
akubiomed > tak banyak shopping pun.. windowless shopping, jalan jamu mata :)
belum sampai lagi...best nya
ReplyDeletehttp://wanwidget.com
ReplyDeleteapa kene mengena tajuk ngan entry, hehe
tak ada kena mengena pun... cumanya orang selalu mengaitkan Hat Yai dengan pelacuran kan hehehe
Deletebestnya, jalan-jalan cuci mata... Takpe, nanti saya masukkan dalam jadual percutian keluarga pada masa akan datang. Buat masa ini, kami sekeluarga lebih senang bercuti di negara Indonesia berbanding Thailand kerana keadaan politik di sana yang kurang stabil berbanding negara Indo.
ReplyDeleteDan percaya atau tidak, saya belum pernah lagi menjejakkan kaki ke negara Thailand dan kawasan sempadan tidak kiralah di Danok atau pun Bukit kayu hitam (apa lagi hatyai) :(
ok juga ke thailand dan ke hat yai. melihat negara orang, tanpa perlu bayar kos tinggi menaiki kapal terbang, bagai, kan. :)
Deletexpernah pegi hatyai lagi walapun berjiran dengan negara tersebut hihi
ReplyDelete