Thursday, December 29, 2011

dah bagi betis nakkan peha

Ingat 5 perkara sebelum datang 5 perkara. 

Masa sihat, muda, senang, hidup dan masa lapang. 

 Ah. 

 Esok. Jumaat terakhir bercuti untuk tahun 2011.  *sigh*

Ini lah manusia. Dah diberi betis hendakkan peha. Peha ayam lebih enak rasanya dari betis ayam kan. Dan orang bilang, rezeki jangan ditolak. Kalau dah ada peha ayam depan mata, tentulah kita tolak tepi dulu si betis ayam. *mood merepek* 

Cuti-cuti buat apa ya, selain dari berjalan menghabiskan duit dan mengunyah menambah lemak? 

Membaca dan menonton. 

Saya kurang membaca surat khabar. Saya tahu bukan saya seorang yang begitu. Ramai yang sefikiran dengan saya. Kadang-kadang menyelak juga surat khabar, sekadar melihat tajuk. Tapi selalunya saya menyelak twitter, kalau ada isu-isu panas, cepat sikit boleh diketahui dari garismasa twitter itu sendiri. Ramai yang akan mengupdate. 

Seperti yang mamamurai tulis dalam blognya tentang sesak nafas membaca surat khabar lewat ini, dengan isu politik yang tidak sudah, samalah rasanya dengan saya. Kalau tidak isu politik, mesti kisah berbunuhan, masalah sosial yang diperincikan jelas tentang awang hitam dan kelabu atau kisah kahwin cerai dan kisah dalam kain artis-artis yang saya tidak kenal. 

Bosan. 

Kalau dah 45 tahun mengadap benda yang sama, tak rasa bosan ke? Ok lah, saya tipu. Tak adalah sampai 45 tahun. Saya hanya membaca surat khabar secara serius pun rasanya bila umur belasan tahun.  

Kenapa bosan? Macam mana Melayu hendak maju? Baca suratkhabar pun tak nak, isu politik adalah tentang masa depan generasi kita. Kalau setiap dari kita tidak ambil kisah tentang politik, nanti bila orang lain yang berkuasa, salahkan diri sendiri. 

Eh , betul. Memang betul, tapi saya pun manusia biasa. Bosan. 

Bosan sebab medan politik kita penuh dengan dendam kesumat, kejian, cacian dan makian . Dalam menaikkan semangat , kita menggunakan segala kelemahan pihak lawan sebagai senjata, seolahnya kita ini pakar segala dan maksum amat. 

Menonton. 

Jarang sangat saya menonton siaran di TV. Walau bila senja menjelang, garismasa twitter penuh dengan si Dhia, betapa kuat dan tabahnya si Dhia , sedikit pun saya tidak teringin hendak menonton. Ramai yang menyampah dengan mak mertua si Dhia dan mengasihani nasib si Dhia. Dalam twitter siap maki hamun mak mertua atau si Zikir. Entah, saya pun tidak menonton, jadi saya pun tak tahu duduk perkara. 

ambik gambar kat sini 


Kerana saya peminat tegar Dr Muhaya, jadi saya cuba menuruti pesanan beliau. Untuk memilih emosi saya. Saya memilih untuk tidak mahu bersedih dan marah. Kerana itu saya tidak menonton drama sebegitu, walau saya tahu ia sarat dengan mesej yang baik. 

Membuat pilihan ke atas emosi saya. 

Itu azam saya. Kerana banyak pilihan yang saya buat selama ini yang silap dan tidak patut . 

Azam kengkawan? 

 ~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Bagus prinsip Kak Normah tu.. Nur pun meminati Dr Muhaya dan sentiasa mengikuti perkembangannya di fb.

    Buat Kak Normah, Selamat Kembali Bertugas dan semoga tahun baru 2012 memberi seribu makna buat kita semua.

    ReplyDelete
  2. Tiada azam untuk tahun depan cikgu. Cuma ada beberapa matlamat yang perlu saya capai dalam masa 3-5 tahun akan datang.

    ReplyDelete
  3. Rumah saya kecik sekangkang kera. TV terpasang tak leh elak tak nampak tak dengar. Jadi hampir setiap masa saya akan “tonton” tv. Hehehe

    Saya pernah berdepan (bertembung di parking) dgn Dr Muhaya. Kagum sebab dia tegur saya dulu sebelum saya.

    ReplyDelete
  4. Dr Muhaya tu mmg hebatkan...auranya sahaja mengatasi aura kite ;) Sy xgemar sgt menonton filem @ drama melayu kecuali yg betul2 bagus...bkn merendahkan tp spt kata cikgu b.o.s.a.n ;)

    ReplyDelete
  5. saya pun pembaca tegar surat khabar..macam perokok..tak sedap duudk bila tak merokok

    ReplyDelete
  6. salam..
    selalu gitu lah..bagi peha pulak
    dah nak ke lain ye..ermm..cantik
    pelakon yang bertudung tu..sayang kan
    hanya lakonan semata-mata...

    ReplyDelete
  7. nur > terima kasih. moga nir pun lebih sukses di tahun 2012.


    aina > saya doakan ia tercapai, apa yang aina usahakan itu dalam 3 - 5 tahun lagi, insyaAllah


    azie > wah beruntung azie bertemu dengan orang yang saya minati :)

    ReplyDelete
  8. marya > samalah kita... :)


    iman > ya, saya tengok lelaki lebih ramai yang ketagig suratkhabar dan rokok :)


    zulkbo > memang cantik kan. kita doakan semoga dia dan kita sentiasa diberi hidayah ke atas jalan yang betul

    ReplyDelete
  9. Sudah menjadi sifat manusia tidak pernah puas.

    ReplyDelete
  10. "Bosan sebab medan politik kita penuh dengan dendam kesumat, kejian, cacian dan makian . Dalam menaikkan semangat , kita menggunakan segala kelemahan pihak lawan sebagai senjata, seolahnya kita ini pakar segala dan maksum amat. "

    saya setuju,hanya mencari kelemahan pihak lawan masing2 untuk menang/tawan.tapi tidak menunjukkan "strength" sendiri.hidup atas menyalahkan kesilapan org dan bukan dgn keupayaan sendiri.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.