Friday, December 16, 2011

nak 'happy'

Saya nak happy hari ini.

Satu pernyataan yang bukan saya sahaja yang inginkan, tetapi semua dari kita yang merangkak, berjalan dan berlari di atas muka bumi ini juga mahu. Kalau boleh hendak happy bukan hari ini sahaja, tetapi hari-hari dan hingga ke hari terakhir kita nanti pun, kita pejam mata dengan senyuman di bibir, happy untuk berhijrah ke alam sana.

Bukan begitu?

:)

A truly happy person is one who can enjoy the scenery while on a detour.  ~ Unknown


Kalau hendak happy, meh , kita ikut cara ini.




  1. Bangun pagi, lepas termenung sini sana, perkara pertama di bilik air yang perlu kita buat  ialah pandang cermin dan senyum pada diri sendiri. Berapa kali agaknya kita senyum pada diri sendiri dan kita lihat senyuman kita itu balik? Walhal, senyum itu sendiri ialah sedekah, dan kita jarang menyedekahkan sesuatu untuk diri kita. 

  2. Buat orang lain happy. Ini bukan rahsia. Apa yang kita mahu terjadi pada kita, kita perlu lakukan terlebih dahulu pada orang lain. Ayat..."Saya hanya hormat orang yang hormat saya " tak boleh di guna pakai lagi dah. Itu dah out of  trend. Hormat orang lain, insyaAllah kalau dia tak hormat kita balik pun, orang lain berganda-ganda akan hormat kita. Jadi, bagi orang lain happy  bila berada di sekeliling kita, insyaAllah kita akan happy juga.

  3. Membuat pilihan yang betul dalam bahan bacaan dan bahan yang ditonton. Kalau nak happy tapi dok baca novel sedih atau berita-berita sedih, seperti isteri terjun lombong sebab suami main kayu tiga, isteri muda dan isteri tua bersaing pakai spek mata paling besar, saya pasti ia sedikit pun tidak akan membantu aras happy  anda meningkat. Sebab itu saya , sehingga kini jarang sangat menonton drama Melayu dan tidak ingin langsung menonton filem Ombak Rindu. Kerana, cerita sedih boleh membuatkan saya dalam bersedihan berminggu-minggu. Parah dan payah. Dan saya juga tidak suka filem yang menggambarkan wanita baik serta beragama itu naif serta lemah dan dari kampung. Ish... saya baik (*masuk bakul angkat sendiri*) dan beragama , jadi ada kena mengena tak dengan naif dan lemah?

  4. Mendengar kata-kata/ ceramah motivasi. Ini penting. Sebab, bila hati kita tidak di isi dengan perasaan sedih, ia akan jadi lompong. Dan akan diisi dengan perkara lain pula, dengki dan iri hati, itu pasti akan cuba menghinggap. Saya sarankan ceramah-ceramah pendek Dr Muhaya (di sini) atau penceramah sesiapa sahaja. Saya memang peminat tegar Dr Muhaya, jadi kerana itu saya mencadangkan mendengar kata-kata beliau.

  5. Akhir sekali, seperti biasa, tiada jalan lain , kecuali minta pada Allah, bersungguh-sungguh. Sebenarnya, segala kuasa itu bukan pada no 1, 2, 3 atau 4. Itu cuma ikhtiar kita sahaja. Yang membenarkan semua itu menjadi dan berkesan ialah Allah jua.
Selamat berhappy  di hari Jumaat penuh berkat ini kawan-kawan. Moga tenang itu menjadi milik semua insyaAllah.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. banyak sumbangan dr muhaya ni...
    membantu manusia memiliki jiwa yang besar.

    ReplyDelete
  2. abu muaz > betul. semoga Allah mengurniakan rahmat buat dia dan bagi yang mengambil yang baik dari dia

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian ini... betapa besarnya pengertian Happy dalam kehidupan ini..

    semoga kita hadapi hari2 yang mendatang dengan kegembiraan bersama

    ReplyDelete
  4. saya memang akan rasa happy bila dapat happykan org2 di sekeliling sy..

    ReplyDelete
  5. gen2 > sama-sama. insyaAllah.


    nyanyisunyi > samalah kita :)

    ReplyDelete
  6. Kalau muka mencuka dan memuncung macam tikus Cencorot. Semuanya tidak akan terjadi dan rezeki pun tak masuk:-)

    ReplyDelete
  7. http://wanwidget.com/
    happynyer wajah bunga mataharituh

    ReplyDelete
  8. akubiomed > betul , masam melebihi cuka, rezeki pun takut nak dekat


    wan85 > bunga matahari konfius :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.