:P cikgu buat apa cuti niiiii? cikgu kena bagi saya idea nak buat apa... hahaah
Main berkicau burung dengan anak burung murid. Dia lepas, saya sambut, saya lepas, dia sambut, saya lepas lagi, dia diam.
Twitter, la.
Burung mana lah pulak, kan. Tweet, tweet. Yang seronoknya bertweet ini ialah boleh mencurah rasa apa saja, tak adanya orang nak komplen yang awak ni dah gila update status. Tulislah dan hantar.
Tapi yang sebaiknya, tulislah benda bermanafaat untuk dibaca orang lain. Peringatan dan ingatan. Menegur dan bertanya kabar.
Saya tidaklah aktif sangat. Sesekali bila tiba angin burung datang, bertweetlah jugak. Itu pun banyak meretweet kata-kata orang.
Ni, contoh apa yang di retweet oleh saya.
Sebenarnya bukan hendak membebel pasal tweet ni, tetapi tentang soalan anak burung murid saya itu. Apa yang hendak dibuat semasa menunggu keputusan SPM. Ada lebih kurang 3 bulan hendak bergoyang kaki di rumah, kan. Memang penat menggoyang kaki selama 3 bulan, sedangkan goyang kaki sehari pun dah lenguh, lagilah menggoyang kaki selama itu. :)
Tunggu keputusan ni buat apa , Aiman.
Entahlah , cikgu. Saya tunggu PLKN.
Bila masuk PLKN?
Bulan 4 nanti...
Lamanya, tu. Ini baru bulan 12. Nak tunggu bulan 4, janggut pun boleh tumbuh panjang sampai ke dada, kan.
Masa saya dulu... *ah, sudah, orang tua kalau tak bukak citer masa dulu memang tak sah kan*, aruah abah hantar saya belajar menaip. Ya.... menaip dengan belajar trengkas. Trengkas tu apa? Menulis ringkas lah kan. Kenapa? Konon-konon kalau tak dapat masuk universiti bolehlah minta kerja jadi juru taip atau secretary kat mana-mana. Tapi, saya tak khatam pun belajar tu, tak minat. Menghabiskan duit mak dan abah je, kan.
Kalau sekarang?
Ada yang bekerja sementara kan. Ramai juga, saya tahu. Ada pro dan kontra nya. Bagusnya ialah nanti boleh lebih berdikari, lebih matang dan lebih menghargai susah senang mencari rezeki. Yang tak baiknya? Sesetengah tu, bila dah merasa pegang duit, dah malas nak sambung belajar pulak.
Terpulang.
Boleh juga mengambil lesen memandu. Ini perkara biasa. Bagi yang berkemampuan lah kan. Setahu saya, sekarang ini bayarannya lebih kurang RM600 -RM700. Wah, mahal tu. Tapi sebenarnya ada bayaran yang hendak masuk tadika pun boleh mencecah sehingga RM1000.
Lain?
Belajarlah benda-benda lain. Belajar memasak. Saya ke sini, dan saya lihat kursus menghias kek sahaja bernilai RM150/RM170. Tapi ilmu sebegini memang berguna, tidak untuk masa ini, masa akan datang mana tau, kan. Lelaki atau perempuan pun boleh. Sekarang ini pun ramai chef terkenal dari kalangan kaum lelaki.
Belajar menyulam? Berminat? Kalau dah pandai, boleh saya menempah baju untuk disulam tepi lengannya. Kalau menyulam manik di tukang jahit yang saya biasa tu, upahnya saja dah mahal beratus ringgit. Kelas menyulam online disini, hanya RM50.
Belajar bertutur bahasa lain? Bahasa Arab ke, Jerman ke, Perancis ke... best jugak. Ustazah Firuz yang menjadi Johan sebagai Ustazah Pilihan hari itu, boleh bertutur dengan baik dalam 4 bahasa, Bahasa Melayu *of courselah kan*, Arab, Inggeris dan Parsi. Parsi? Wah tak pernah dengar orang berbahasa Parsi. Macamanalah bunyi bahasa Parsi, tu, ya?
Itu antara cadangan saya.
Tapi, semua itu memang memerlukan sedikit modal.
Yang tak perlu modal banyak?
Mungkin boleh jadi ahli sukarelawan. Boleh cuba mendaftar di sini , sini atau sini.
Lain?
Buat blog dan update setiap hari. :)
Hehehe. Paling tidak pun, bantulah meringankan kerja emak dan ayah di rumah.
Ah, boring lah cikgu, angkat kain, sapu lantai, kemas rumah, jaga adik.
Aii, selama ni, emak dan ayah korang buat tu, diorang tak boring ke?
*ingatlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara....
~cikgunormah@klcitizen~

ehehehe... baru dorang tahu.. kita pun sudah melalui semua kenangan selepas SPM ni... betapa mencabarnya perjalanan kehidupan di luar sana.
ReplyDeleteSebelum SPM cari kerja part time. Lepas SPM pun sibuk sana sini mengurus utk mohon UPU dan dan mohon maktab segala... masa tu lah kawan2 seakrab sekolah dah terpisah satu persatu dengan hala tuju hidup masing2...
...ha ha ha ..zaman kita dolu2..belajar menaip & trengkas....mesti bbudak skang x tau apa tu kan...
ReplyDelete**nostalgia gitu...
Banyak kursus pendek anjuran kerajaan ada yang diberi sijil. Contohnya boleh hadir kursus dibawah anjuran CIDB untuk lepasa SPM.
ReplyDeleteTidak pun cuba layar laman Kementerian Sumber Manusia.
aina dulu sementara tunggu keputusan SPM pi kerja kilang kat Jejawi, gaji cukup2 makan je...:)
ReplyDeleteterimakasih di atas semua link link tersebut
ReplyDeleteGen2Merah > yalah, ramai yang sedang menung kosong di rumah, penat bangun tidur, makan dan tidur balik :)
ReplyDeleteMamaijat > memang nostalgia kan. saya ciukup tak suka belajar menaip tu :)
Akubiomed > wah, maklumat yang bagus juga tu
Aina > kata seorang sahabat, kerja kilang memenatkan . Ya ke?
pB > sama-sama kasih :)
baru yna tahu trengkas tu apa..haha..urm zaman yna dulu abis spm(2004) pergi kerja sambilan kat kl..dapat duit sikit unutk masuk u..tapi masa dapat duit tak rasa pulak taknak belajar sebab tak best kerja..sampai sekarang ni tetap rasa nak sambung belajar tapi belum ada rezeki lagi..:)
ReplyDeleteSoalan umum yg akan ditanya dlm kalangan kawan2:
ReplyDelete1. Dah ada lesen ke
2. Cuti buat apa.
Lepas dapat result:1
1. Apply uni mana.
2. Dah ada lesen ke
Hehe. Tu je lah ulang2. Zaman tu dah berlalu. Dlu kena plkn di sarawak, jadi tak merasa sgt cuti lama2 ni.
Tapi rasanya lepasan SPM blh keje part time kat kedai makan. Saya tak pernah merasa kerja part time sbb kena join plkn dulu hehe.
Satu lg, kalau cuti2 panjang saya rajin ikut mak g ngaji kat masjid negeri shah alam. setiap khamis pagi. malam ikut ayah ke surau kalau ada ceramah. hihi
affan > wah bagusnya affan ni. boleh buat calon menantu lah kan. memang satu contoh aktiviti yang wajar di kalangan anak muda :)
ReplyDelete