Tuesday, December 13, 2011

tak kira, nak berseronok jugak ...

Normah, petang ni free tak?

InsyaAllah, tak ada kerja apa.  Kenapa?

Temankan kak Ah, bawak emak ke KLCC.

Kenapa kena berteman?

Ha, sebab emak mertua saya tak larat hendak berjalan lama, perlu berkerusi roda. Dan kalau membawa emak mertua ke shopping mall memang tak boleh berseorangan. Agak payah, dengan hendak mencari parking dan menguruskan kerusi roda tersebut. :)

Bukan selalu.

Sekali-sekala sahaja. Mencari barang keperluan emak mertua dan mencuci mata. Yalah, terperuk di rumah pun kesian juga, kan. 

Lagi pun, satu cara hendak mencari pahala ialah pergi ke pasaraya. Dapat mengikut sunnah Nabi.

Hahaha. 

Apa yang cikgu merepek ni , cikgu? *skrip rekaan*

Ish, saya tak merepek lah. Sebenarnya saya pun baru tahu tentang sunnah Nabi ke pasaraya atau ke pasar ni.

Baginda Rasul rupanya orang pertama mendirikan pasar bagi orang Islam, kerana tidak setuju dan tidak berpuas hati dengan pasar yang ada waktu itu yang didominasi oleh kaum Yahudi dan dipenuhi dengan penipuan dalam urusan jual beli.

Dan ada beberapa cara bagi kita untuk mendapat pahala berganda-ganda di pasaraya. Cuba tengok video ini.




Pasar umat Islam adalah seperti tempat beribadah... wah !


Jadi, apa lagi?

Jom ... berseronok ke shopping mall tanpa rasa bersalah. Yahooooooo!!


~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. Lepas ni bolehlah saya niat utk ikut sunah bila menghantar emak Adam ke pasaraya atau pasar2 lainnya...

    Terima kasih berkongsi maklumat.

    ReplyDelete
  2. seronok tengok pak2 arab tu berniaga...biasanya jika ke sana sy anggap bila membeli tu sebagai memberi bantuan kepada penjual2 itu - kerana itulah punca pendapatan mereka sebagai peniaga.Jadi berbelanja (berpatutan) lebih pun tak apa - insyaAllah semakin bertambah rezeki kita.
    Wallahualam.

    ReplyDelete
  3. Kata orang, berniaga ni macam ibadah sebab boleh selalu bersedekah.

    ReplyDelete
  4. azieazah: agree

    ReplyDelete
  5. Benar pasar umat islam tempat utk beribadah...tp byk pasar raya yg ade skrg menjadi tmpt maksiat juga.. sekadar pandangan...

    ReplyDelete
  6. seronoknya pergi pasar dapat pahala..

    ReplyDelete
  7. lepas nie kalau suami tanya pergi mana, saya akan jawab mencari pahala... hehe. Tapi kalau setakat membeli-belah, dapat pahala juga ke kak? Bukan peniaga je yang dapat?

    ReplyDelete
  8. YB > alhamdulillah, berganda-ganda pahala untuk YB insyaAllah. :)


    sonata > betullah juga tu kan. kita berniat membantu mereka, win win situation


    azie > setuju . tapi kena jujur juga dalam berniagalah kan :)

    ReplyDelete
  9. marya > ya , kat mana-mana pun banyak maksiat sekarang ni, kat masjid pun , kalau tak kena caranya, boleh jadi tempat maksiat juga. tapi kalau tengok video tu, niat dan cara kita membawa diri di pasaraya tempat yang melekakan itu menentukan sama ada ia jadi ibadah atau tidak. wallahualam


    yna > hihihi... saya pun seronok


    mam murai > hehehe... modal baru kan. membeli belah untuk keperluan diri dan keluarga memang dapat pahala, kalau ikut video tu la... mengikut kadar dan tiada unsur pembaziran. wallahualam, ustazah normah ni pun tak ada tauliah sebenarnya ... hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.