Tuesday, December 20, 2011

keakuan

Dalam misi mencari perempuan di Hat Yai hari itu, sempatlah menghabiskan buku yang telah agak lama mula dibaca dan terasa lambat betul menghabiskannya. 

Saya jenis yang boleh membaca di dalam kenderaan yang bergerak, alhamdulillah, dan saya tahu ada juga manusia lain yang tidak boleh membaca dalam kenderaan bergerak. Nanti akan sakit kepala dan muntah-muntah. Nasib baiklah saya bukan jenis yang itu. Jadi, perjalanan 12 jam dari Hat Yai ke Kuala Lumpur, di waktu siang, saya ambil peluang membaca.




Eat, Pray, Love oleh Elizabeth Gilbert.

Tiga bahagian. Eat. Pray. Love. Mengisahkan 3 fasa yang dilalui oleh Elizabeth mengatasi kemurungan dirinya akibat gagal dalam rumah tangga dan cinta barunya yang tidak kesampaian. 3 fasa ini berlaku di 3 tempat yang berbeza iaitu di Rom, India dan Bali.

Saya kira, sifat berdikari dan kemampuan ekonomi, hasil jualan bukunya sebelum buku ini , telah membantu beliau untuk mengembara mencari erti diri. Kalaulah saya punya keberanian dan kemampuan sebegitu, ingin juga mengembara ... hehehe.

Sesungguhnya, dunia ini adalah sekolah kehidupan. Ia wujud sebagai tanda dan peringatan bagi kita dan supaya kita lebih mengenal Penciptanya. 

Tiga perempat dari buku ini, saya kira mengisahkan bagaimana Elizabeth menelusuri laluan meditasi untuk sampai kepada ketenangan. Dia mengambil keputusan tinggal selama 6 bulan di  salah sebuah Ashram (kawasan persendirian  khas dibina sebagai tempat mencari sisi spiritual)  di India, berguru dengan seorang Mahaguru Yoga. 

Saya tidak banyak tahu tentang Yoga dan kaedahnya, misi dan visi mereka.

Buku ini memberi sedikit pendedahan tentang Yoga dari sudut meditasi dan usaha mencapai kesatuan dengan Tuhan dalam diri. Dan jangan terkejut ya, mereka memang mengiyakan kewujudan Tuhan yang satu. Cuma persepsi dan perspektif mereka merealisasikan kesatuan Tuhan dalam diri itu ialah dengan apa cara sahaja yang dirasakan boleh.

Pendapat saya tentang buku ini?

Sederhana. Walau pun lebih 10 juta buku ini telah terjual, saya merasakan buku ini lebih bersifat superficial dalam usaha mencari dan mengenal erti diri.

Terlalu keakuan.

Tetapi, dua kali fikir... memanglah. Ia memoir tentang perjalanan penulis, dari kaca mata dan rasa dirinya. Pastinya penuh dengan keakuan.

*sedang mencari buku lain pula untuk dibaca. Ada cadangan?

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. tak ade cadangan , sebab tak rajin baca buku sangat ni ..

    ReplyDelete
  2. salam..
    ermm..buku omputeh ke..
    satu chapter saya dah ke "laut"

    ReplyDelete
  3. puanbee > hehehe... tak apa, saya sedang mencari-cari juga sendiri


    zulkbo > iya, omputih... hahaha

    ReplyDelete
  4. saya juga jenis tak boleh baca buku bila naik kenderaan..hehe

    emm..muka buku kot..hehe.jangan marah

    haritu dekat mines ada jualan clearance stock di kedai buku, jualan buku dari 30-40%..ada lah jugak beli dekat 10buah..tapi baca satu pun tak habis lagi..;)

    ReplyDelete
  5. naman > wah, banyak buku yang dibeli tu... selamat menghabiskan baca :)

    iman > oo, nama buku pun menakutkan ya, nanti saya cari. terima kasih .

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.