Tuesday, December 6, 2011

sibuk tengok salah orang, salah diri sendiri memang tak nampak, kan

Sunyi.

Sepi dan sunyi samakah?

Dua perkataan tersebut bersinonim  seperti yang terulis dalam laman web DBP

Saya tidak pernah merasa sunyi dan sepi mereka. Siapa? Saudara-saudara baru . Rupanya, saudara baru ini kebanyakannya, setelah memeluk Islam merasa sepi dan sunyi, dari perbuatan kita, yang lahir dan dibesarkan dalam keluarga Islam. 

Cara kita bercakap, cara kita memandang dan melihat mereka. Kita tidak faham dan tidak tahu, keadaan, kesusahan dan kesunyian mereka. Apa yang mereka terpaksa tinggalkan demi kerana Allah. 

Menonton video di bawah menyedarkan saya. Bahawa dalam masa kita mengalu-alukan kehadiran mereka dalam persaudaraan ini, kita juga menghukum mereka tanpa sedar. Dengan kata-kata kita, permintaan kita yang tidak masuk akal, dan kenyataan kita yang tidak mencerminkan keindahan Islam sebagai agama yang mudah dan memudahkan.




Kita meminta mereka berpakaian sekian dan sekian, solat cukup waktu, puasa di bulan Ramadan, mengkafirkan ibu bapa, saudara mara mereka yang mereka kasihi  dan masih belum Islam.

Semua itu kita ambil mudah, kerana kita memang sudah sedia Islam. Biah, persekitaran kita Islam dan Muslim. Tanpa kita rasa getir dan payah mereka. Tanpa kita tahu bahawa perkara kecil yang kita anggap remeh inilah yang menjauhkan mereka dari agama yang baru mereka anuti.

Dan kita take for granted banyak benda dalam hidup kita. Mendengar pada minit 1:35:28, menginsafkan dan menyedihkan. Ibu bapa kita yang memang ada silap dan kurang mereka, dan kita merungut, tetapi mereka ini, saudara baru kita yang ibu bapa, adik dan abang yang masih belum Islam, perasaan mereka memang begitu tertekan.

Ah... betapa lemah dan banyak dosanya saya.

*betullah seperti kata Wardina dalam salah satu status FB nya : Azam tahun baru @ShamKamikaze yang saya pun nak buat "Sibuk cari salah sendiri" InsyaAllah.....

Jom cari salah kita sendiri, dan hentikan cari salah orang lain.

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. resam manusia rabak kain sendiri tak nampak koyak kain orang yang disibukkan. sama-samalah kita mencari dan membetulkan silap diri...

    ReplyDelete
  2. salam akak...

    di sekeliling kita "perkara" niii memang ramai yg melakonkannya...

    **nak cari salah sendiri gok sempena tahun baru nii...insyaALLAH...**

    ReplyDelete
  3. tak pernah lagi berdepan dengan mualaf atau kawan2 yang mualaf..
    cari salah sendiri..hurmm..banyak sangat..

    ReplyDelete
  4. ***sentiasa sedar dan tahu diri ni bukan yang terbaik...sentiasa mencari dan dalam pencarian ke arah yang lebih baik..insyaallah...

    ReplyDelete
  5. jun> perumpamaan yang cantik, tentang kain rabak

    cun09> jom kita sama2 beriltizam dengan azam baru ini

    prettywrite> saya pun jarang berdepan dengan saudara baru

    mamaijat>insyaAllah, kita sama2 mencari silap sendiri dahulu

    ReplyDelete
  6. Sangat terkesan dengan luahan hati akak, saya sebenarnya telah lama sedar mengenai perkara ini. Lebih-lebih lagi di kalangan penulis blog negara kita. Begitu juga saya.

    Saya suka dengan cerita dan 'derita' saudara baru kita pada video di atas. Satu yang pasti, kita sebenarnya terlalu ego dengan apa yang telah kita warisi sehingga menimbulkan double standard mengenai isu agama. Apa yang kita rasa betul tetap tidak akan pernah berubah, sedang diri kita sebenarnya mungkin tidak pernah malah payah sangat untuk bertindak seperti apa yang kita rasai.

    ReplyDelete
  7. mama murai

    betul kan, walau video tersebut agak panjang, tapi ia dipenuhi tawa dan tangis beriring. Dan saudara baru ini meluah rasa sedih dan kecewa mereka terhadap kita yang memang mewarisi iman sejak dari kecil.

    semoga kita berubah menjadi lebih baik dari semalam

    ReplyDelete
  8. maka perlulah kita sentiasa "sedar diri"

    tepuk dada tanya hati

    =)

    ReplyDelete
  9. Kesian.. Perlunya kita utk sama2 membimbing golongan muallaf ini kan...

    p/s: salam cikgu. Dah lama saya teringin nak mengomen di setiap entri di sini. Nasib baik cikgu dah tukar..

    Sebelum ni memang payah nak tulis komen sebab loading lambat sangat... pasni nak jadi pengunjung dan pengomen setia di sini.. Insya Allah. Selamat malam cikgu

    ReplyDelete
  10. GKSB > harapnya begitulah kan

    Gen2Merah > ya, setelah hampir 4 bulan mencuba disqus, memang tak berpuas hati. kembali balik asal :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.