Thursday, December 22, 2011

kena rasuk

Basah. Hujan sejak dari pagi.

Alhamdulillah. Suasana jadi dingin dan enak. 

Bertambah enak  lagilah kan bagi pelajar-pelajar yang berjaya dalam peperiksaan PMR nya . Tahniah, tahniah.  Tahniah juga buat guru-guru , terutama guru-guru Sains SMK Taman Setiawangsa, KL.







Pada yang tak berjaya? Janganlah patah hati. Ada lagi masa untuk merubah dan berubah. Cuma hendak atau tidak sahaja. 

Hari ni jom kita cerita pasal jin. 

Kenapa?

Sebab baru lepas mendengar dan menonton video tentang pengubatan manusia yang dirasuk jin. Ah, benda biasa, kan. Dah banyak didengar dan dilihat, dalam TV, dalam filem dan dalam You Tube. Tapi saya tidak pernah menonton Syeikh di UK mengubati pesakit di sana secara perubatan Islam. Jin speaking London lagi. Memang menarik dan menambah pengetahuan. Selalu exorcism atau kena rasuk di kalangan orang putih ni saya tonton filem, diubat cara gaya Kristian lah. 

Tapi yang ini bukan filem buatan, tetapi fakta. 

Dan yang bestnya, Syeikh Abu Muhammad ini sangat tawaduk orangnya dan tawakalnya pada Allah memang sangat ketara. Saya kira pengamal perubatan Islam kita pun ramai yang tawaduk, dan agaknya ini memang kriteria yang penting bagi keberkesanan sesuatu pengubatan.

Antara tips yang diberi oleh beliau mengelakkan gangguan dan rasukan jin ialah hidupkan rumah dengan ibadat, bacaan surah al-Baqarah setiap 3 hari , masuk ke rumah dengan Bismillah dan semua tips yang biasa kita dengar. Tapi cara dia menyampaikan itu, bagi saya menarik, kerana sifat tawaduknya.

sumber : pada minit 1: 31:04




Bagi yang tidak pernah terkena dan tak pernah merasa, kenalah bersyukur banyak-banyak, kerana Allah jauhkan musibah sebegini rupa.

Termasuklah saya.

Salam petang Khamis yang dingin :)

~cikgunormah@klcitizen~



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. syukur tak pernah kena semua ni..
    berapa orang student cikgu dapat 8A?:)

    ReplyDelete
  2. yg berjaya , syukur

    yg tak berjaya , usaha lagi

    ReplyDelete
  3. yna > betul. syukur sungguh sebab kita tak diuji dengan ujian begitu. ada 44 orang yang dapat 8A.


    pB > betul.. :)

    ReplyDelete
  4. Tahniah kpd SMK Setiawangsa kerana pencapaian terbaik di dalam PMR. Terima kasih kpd cikgu2 yg telah begitu gigih dan dedikasi mendidik anak2 kami.

    ReplyDelete
  5. Tumpang gembiran, tahniah pada semua pelajar yang berjaya, tahniah pada cikgu2 dan ibubapa yang telah berusaha keras untuk kejayaan anak-anak kita. Yang tak berjaya, ingatlah jalan masih banyak untuk mencapai kejayaan.

    Seronok baca kisah tentang kena rasuk tu.

    ReplyDelete
  6. Tahniah buat semua pelajar dan guru nya :)

    saya pernah tengok org dirasuk banyak kali , syukur tk kena kat saya .. amin ~

    ReplyDelete
  7. YB > tahniah buat keluarga YB. :)


    Kunang-kunang > kak ani, setakat membaca bab rasuk memang best, tapi bila menengok, takutlah pulak :)


    puanbee > amin. syukur. alhamdulillah

    ReplyDelete
  8. Mesti cikgu bangga dgn anak2 murid yg berjaya kan? lagi2 hasil didikan sendri....
    Sy pernah tgk live org yg kerasukkan, tp pendapat peribadi sy, jgn terlalu taksub & mendedahkan diri kite dgn hal2 yg berkaitan paranormal ni, kite dekat die pasti menghampiri kite...

    ReplyDelete
  9. marya > ya, betullah kan, tak yah nak dekat sangat dengan benda paranormal ni. saya pun tak minat sangat. sekadar cari pengetahuan :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.