Thursday, December 15, 2011

tak perlulah kita berkawan lagi...

Kalau semasa di FRU Sungai Senam dahulu (bila tu ya), sekitar tahun 70an , kawan-kawan sepermainan adalah anak-anak rakan-rakan emak dan aruah abah. Duduk di kawasan flet polis, memang seronok waktu itu. Terlebih lagi kalau waktu cuti sekolah begini.

Main. Main. Main.

Main masak-masak, polis sentri, galah panjang, konda kondi, teng teng, main cikgu-cikgu, kawin-kawin... dan macam-macam jenis permainan lah yang dimainkan.

Bergaduh, nombor satu. Tengok kawan lain bergaduh pun best jugak. 

Lepas bergaduh? Tak kawan lah. Lepas tu cari geng yang tak kawan juga dengan 'kawan yang dah jadi tak kawan tu'. Hahaha.

Kalau istilah sekarang kita panggil, Unfriend.

Saya ni barulah tahu, padahal benda yang hendak ditulis ini sudah berrmula sejak 2 tahun lepas di Amerika, bumi kelahiran Facebook. Kebanyakan dari kita kini punya akaun Facebook serta punya beratus kenalan di dalamnya.

Dan menjadi trend di sana sekarang, setiap 17 November, mereka menjalankan misi Unfriend kenalan di Facebook.

Kenapa ya?

Kerana pengasas hari Unfriend Day ini merasakan kenalan yang melebihi 150 orang adalah rakan-rakan palsu (fake friends).

sumber

Mereka ingin kembali kepada nilai persahabatan yang asli semula.

Bukannya persahabatan yang terbina kerana terpaksa, contohnya.... mengucapkan Selamat Hari Lahir kepada rakan FB yang kita sendiri pun tak ingat pada dia, dan dia pun tak pernah ingat pada kita atau terpaksa melihat segala foto-foto aksi gediknya yang dimuat naik setiap kali dalam feed  FB kita.

Semua yang punya akaun FB pasti ada pengalaman sebegitu kan.

Bagaimana meletakkan kriteria untuk Unfriend ?  Ada poin dan kriteria yang boleh menjadi panduan , jika melebihi 50 poin , seeloknya anda Unfriend lah rakan tersebut.



Ha?

Bagaimana?

Terpulang. Terpulang pada niat dan kehendak kita bila menerima permintaan rakan baru dalam senarai rakan di FB. Friend atau Unfriend, itu semua pilihan masing-masing.

Tapi , rupanya ada juga kes membakar rumah rakan FB nya setelah dia di Unfriend. Jangan tak tahu .. :) Di sini .

Dengar lagu tema Unfriend Day ini. Best gak. Lawak.




Hujan lagikah petang ini ?

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. .....kadang2 friend ni boleh nyesakkan juga...
    kalau x di komen yang di post,di tanya nape...
    kalau lama x up date status pun sibuk tanya...
    bosan betul kalau dapat friend cam ni kan.....

    ReplyDelete
  2. Salam N,

    Firstly, than you for bringing me back to blogging.

    Secondly, nak bagitau, saya ni terrer gile main galah panjang, nak lawan? hahahaahhahaha

    Thirdly, tak lepas lah saya kalo pakai system 'unfriend' tu di FB. Kawan ramai, walaupun ada yang dah tak rapat, saya tetap kenal mereka. Some of them are readers of my blog and the column, kalo saya unfriend depa, sure kecik hati diarong kan kan kan?

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum


    pB datang ziarah

    ReplyDelete
  4. lama dh xaktif kat fb...kesan 'unfriend' mmg kuat..bleh jd gaduh

    ReplyDelete
  5. unfriend bererti memutuskan silaturrahim...tak sanggup, tak sanggup...heheheee...

    ReplyDelete
  6. salam..
    ermm..pulak dah?

    anak polis rupanya dia nih
    mesti berkawad pagi-pagi
    nih :)

    ReplyDelete
  7. ehehehe.. rupanya kat sana ada yang buat macam tu.. ya, kdg2 saya pun unfriend list FB saya yang langsung saya tak kenal dan takda kaitan.. menyemak jak.. ehehe.. dah la sombong tak penah menegur.. baik remove.. ehehe

    pilih rakan2 FB yang betul2 kenal

    ReplyDelete
  8. seme permainan yg dinyatakan masih segar diingatan cuma main kahwin kahwin jer tak pernah sebab budak pompuan kat kg saya tak cun.hehe

    ReplyDelete
  9. Salam CikguNormah... ketawa saya baca komen-komen di atas...mcm2...hehehee... ape yg dorang ckp tu semua sy setuju...bg sy biarlah asalkan mereka ni tak menjejaskan hidup sy... pernah unfriend dekat FB sb nak tutup rahsialah kononnye, tp lepas tu befriend balik...rs kelakar pulak...

    ReplyDelete
  10. berkawan biar seribu berkasih biar satu.Berkawan kerana Allah.

    ReplyDelete
  11. mamaijat > itu namanya prihatin :) kena kekalkan kawan macam tu , tu

    elviza > wah , ini mesti tangan panjang atau kaki panjang ya... :D elviza dah kena buat fan page sebenarnya, saya nanti akan like :)

    pB > terima kasih berziarah ke sini :)

    ReplyDelete
  12. munnafendy > betul. kesan unfriend memang hebat :)

    aina > betul jugak tu. tak pe, biarkan jela kawan-kawan tu.


    zulkbo > ahaha... saya tak berkawad, tengok pakcik-pakcik berkawad adalah :)

    ReplyDelete
  13. gen2 > itulah, sekarang ni kena accept yang betul2 kenal je :)

    Penyubiru > kami orang budak2 perempuan semua cun-cun, nak cari pengantin lelaki yang payah. tak de yang nak ... hahaha

    MaryaYusof > biasalah tu kan, kejap unfriend, pastu friend balik...:)

    ReplyDelete
  14. Qaseh > insyaALLAH kalau ada kelapangan akan ke blog Qaseh juga


    TalibM > betul tu, berkawan kerana Allah

    ReplyDelete
  15. Facebook saya kalau tak silap hanya mempunyai 20 kawan. Itu pun bukan ditambah oleh saya, tapi oleh FB sendiri. Paling lawak, akaun FB ke2 yang saya buat, tidak pernah dibuka kerana terlupa kata laluan... haha kesiannya.

    ReplyDelete
  16. mama murai > hahaha, tulisan ini tak sesuailah untuk mama murai. memang kesian. tapi, tak apa... benda tak penting :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.