Saturday, December 10, 2011

menakutkan

Intimidate.

Kalau merujuk Google Translate, ia bermaksud menakut-nakutkan. Bila merujuk laman web DBP pula, maksudnya juga sama, menakut-nakutkan dan mungkin juga membawa maksud mengugut.

Tetapi saya kira intimidate  ini juga boleh  membawa makna menakutkan dengan cara memperkecilkan. (*no 2 di bawah)

sumber

What intimidates me?

Ecehcehceh ... bercakap orang putih pula ya.

Ya, apa yang menakutkan saya seolah memperkecilkan diri saya? Banyak bendanya. Tetapi ada benda-benda yang dahulunya seolah memperkecilkan saya dan menyebabkan saya takut, hilang lenyap bila sudah tua-tua begini.

Contohnya, seperti berurusan di kaunter. Alah, mana-mana kaunter, memang menakutkan saya. Kecut perut hendak berurusan di kaunter. Terutama kalau cik puan yang duduk melayani di meja kaunter itu masam melebihi cuka. Berdebar mengalahkan hendak masuk ditemuduga.

Bila dikenang dan terkenang rasa luculah pulak.

Hinggakan hendak membayar makanan yang dimakan pun kecut perut.

Itu satu contoh. Ada banyak lagi contoh lain. Tak payahlah nak cerita, 8 mukasurat pun tak habis, kalau hendak diselongkar.

Apa lagi yang menakutkan saya hingga sekarang?

Mah, tolong ambik saya di Restoran Ratu, Bukit Bintang.

Suara macho suami saya di hujung talian.

Err.....  *pause* ..... err, ok.

Tau ke tak ni?

Err..... *pause lagi* tau, tau. Ok, ok, saya gi. 

Ah, memandu di Bukit Bintang! Itu yang menakutkan saya. Berpuluh kali , ah, sudah beratus kali mungkin ke sana. Tak ada benda sebenarnya di sana, selain dari bangunan,  manusia dan kenederaan yang bertali arus.

Jadi, apa yang menakutkan saya?

Bangunannya, jalannya dan orang-orang yang tak putus-putus , itu yang menakutkan saya. Ha, ha, ha. Pelik, kan. Ada sedikit rasa fobia, membayangkan hendak memandu di situ.

Saya takut tersesat sebenarnya.

Padahal, bukannya susah mana pun, sebab sudah acap kali melalui jalan tersebut. Tapi , tetap, risau dan takut.

Jadi, moral of the story entri ini?

Entah. Meraban pagi-pagi.

Dah terlanjur meraban ni, ada gambar yang hendak dikongsi dengan rakan-rakan yang mungkin tidak tahu, tentang pameran sedunia yang sedang berlangsung di persekitaran luar pusat membeli-belah Pavillion, KL, iaitu Pameran United Buddy Bears.

Mula-mula tunjuk gambar blur dulu.





Yang bawah ini pula gambar comel dari laman webnya.




Patung-patung itu, sebenarnya patung beruang, dan mereka ini berasal dari Berlin, German, bertindak sebagai duta maskot untuk setiap negara di dunia. Pergilah baca sendiri untuk keterangan lebih lanjut di sini. Okay :)

Selamat bersantai semua di Sabtu yang cerah.

Moga tidak ada yang menakutkan anda hari ini :)

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. hahaha. Mcm mak saya, kadang2 ayah saya suruh ambil kat mana2, kalau luar Shah Alam mmg takut2 nak bawak. Tp selalu abg lah jadi mangsa hehehe

    ReplyDelete
  2. affan > ha tu la, affan, tak sabar nak tunggu anak saya besar dan boleh drive :)

    ReplyDelete
  3. Cantik barisan beruang. Malas hendak turun KL kerana ia mengambil masa 1jam setengah. :-)

    ReplyDelete
  4. akubiomed > kalau ikut hati pun saya malas. lebih rela menaiki lrt dan monorail kalau terpaksa :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.