Friday, December 9, 2011

kedua isteri itu tampak sumsum betisnya....

Sesaat yang mengasyikkan dan melupakan segala susah payah dan perit dalam hidup ini. Seolah perit dan payah itu tidak pernah terlekat dalam kamus hidup. 

Dan sesaat itu hilang segala kehausan dan keletihan mencari erti bahagia dalam hidup. Dan sesaat itu akan termateri di hati dan fikiran kita kekal selamanya.

Bayangkan.

Kalaulah kita boleh mengecapi sesaat itu, takkan kita tidak mahu.

“Pada Hari Kiamat dibawa seorang penduduk dunia paling nikmat kehidupannya yang menjadi orang ahli neraka. Dia dicelup ke dalam neraka satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernah engkau melihat kesenangan? Pernah engkau mendapat kenikmatan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!”.
Lalu dibawa seorang penduduk dunia yang paling derita kehidupannya yang menjadi ahli syurga. Dia dicelup ke dalam syurga dengan satu celupan sahaja, kemudian dia ditanya: “Wahai anak Adam, pernahkah engkau melihat penderitaan? Pernahkah engkau mengalami kesusahan? Jawabnya: “Tidak! Demi Allah, wahai Tuhanku!. Aku tidak pernah melihat penderitaan. Aku tidak pernah mengalami kesusahan”. (Riwayat Muslim) sumber .
Bayangkan, berbondong-bondong manusia berjalan beriringan bergembira memasuki pintu syurga setelah melepasi segala rintangan. Dengan wajah berseri bak bulan purnama, dan ada yang seperti cahaya bintang yang menyinari, tidakkah kita ingin menjadi salah seorang dari mereka itu?

Dari Abu Hurairah r.a:”Rasulullah SAW bersabda:”Golongan yang pertama sekali masuk syurga wajahnya adalah seperti bulan purnama. Dan orang yang masuk sesudah itu seperti bintang yang sangat terang cahayanya. Hati mereka sebagai hati satu orang (bersatu) tidak pernah berselisih dan benci-membenci antara sesama mereka. Tiap-tiap seorang di antara mereka mempunyai dua orang isteri. Masing-masing di antara kedua isteri itu tampak sumsum betisnya dari belakang dagingnya kerana sangat indahnya.” (Bukhari)sumber

Saya mahu.

Dari Anas bin Malik r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Di dalam syurga terdapat sebuah pasar yang didatangi penduduk syurga setiap hari Jumaat. Angin bertiup dari sebelah kanan menyentuh muka dan pakaian mereka, menyebabkan muka dan pakaiannya bertambah cantik, tampan dan indah. Ketika mereka pulang ke rumah didapatinya isteri mereka bertambah cantik dan indah. Kata mereka kepada isterinya, “Engkau sungguh-sungguh tambah cantik dan pakaianmu tambah indah sepeninggalanku.” Jawab isterinya, “Engkau demi Allah sungguh tambah tampan dan pakaianmu tambah indah pula sekembalimu.” (Muslim) sumber

Mahu sangat.

Mendengar keindahan syurga dalam video ini mengujakan sungguh !



Tak tipu! Dengar dengan hati dan minda terbuka , serasa mahu menempah tiket segera ke sana :)

*Salam Jumaat semua, semoga Jumaat ini cemerlang buat kita semua, rohani dan jasmani.

*maksud sumsum betis... cuba baca di sini, saya membayangkan keseksian. hahaha

~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. ....salam Jumaat...semuga kita sentiasa dalam rahmat NYA jua..amin.

    ReplyDelete
  2. http://wanwidget.com
    best la video diatas

    ReplyDelete
  3. terasa diri ni masih kosong kak..

    ReplyDelete
  4. mamaijat > amin :)


    wan85 > saya berulang kali menengoknya, pause, tengok lagi, pause... masyaAllah tak tau nak sebut bestnya camana


    cikgu isza > saya lagi la isza. tapi, tetap mengharap dan berdoa masuk syurga tanpa dihisab :)

    ReplyDelete
  5. wan85 > tak boleh nak masuk blog wan. kenapa ya?

    ReplyDelete
  6. hai... kita dh private blog kita lah. bak mai emel kalu nak baca hehehehe...

    ReplyDelete
  7. semua orang impikan syurga.. kengkadang rasa diri ni tak layak nak dapat syurga yang abadi tu..

    ReplyDelete
  8. t.kasih banyak-banyak cikgu berkongsi ilmu ini.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.