Sunday, December 25, 2011

berat berganda

Setiap hari saya membuang sampah sebanyak 470 gram. Itu secara puratanya.  Hampir setengah kilogram.

Tetapi kalau saya mempunyai ijazah PhD nanti - yang entah bila - berat sampah yang akan saya buang akan bertambah berganda-ganda. 

Dan nanti kalau saya punya banglo mewah - yang entah bila juga - berat sampah yang akan saya buang juga akan bertambah, berkadaran dengan kemewahan saya.

Ini perkara lama. Bukan benda baru, atau maklumat baru. Telah tersiar pun dalam suratkhabar.


sumber

People who don't have anything in the first place don't tend to throw anything away ~ Simon Toyne : Sanctus , page 31

Betul kan?

Kalau dah memang tak ada barang, apalah yang dapat dibuang.  Tapi bila sudah terlebih barang di rumah,  banyak sangat benda tak berguna yang perlu dibuang dari depan mata.

Tak berguna bagi saya, tapi mungkin berguna bagi orang lain.

Dah buang barang A, beli barang B pulak. Esok lusa, buang barang B, beli barang C dan D.

Sampai bila?

Selagi hayat dikandung badan. :-]

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Betullah. Bila kita makin mampu kita semakin hendakkan barang baru. Barang lama nak buang. Buang dan buang.

    ReplyDelete
  2. Itule kerja saya masa cuti ni azie... Buang, buang, buang ...

    ReplyDelete
  3. kak..sangat betul..jika nak kurus leh beli vitamin dengan saya! haha...

    ReplyDelete
  4. Kak hasil kajian di atas mungkin betul kalau ianya merujuk kepada negara maju, tapi untuk sebuah negara boros seperti negara kita, saya rasa sampah yang sukar untuk dikawal ialah sisa makanan dan plastik. Dan inilah yang menimbulkan masalah kerana tiada siapa yang mahu mengutipnya.

    ReplyDelete
  5. mama murai > oh, kajian ini dibuat di selangor sebenarnya dan sudah disiar di berita harian :)

    ReplyDelete
  6. zab > hahaha, nanti pikir dulu :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.