Sunday, December 4, 2011

walau hitam, badan tembam, hidung kembang , tetap dia cute

Kalau sudah suka, semua yang dibuat oleh si dia akan kita suka.

Masamnya, senyum manisnya, jelingannya hatta bau ketiak dia pun kita suka. Itu kalau sudah suka amatlah kan.

Walau pun kulitnya hitam, badannya tembam dan hidungnya kembang tetap kita kata dia cute dan manis. Comel. Itu kalau kita suka pada dia. 

Bila tak suka pulak?

Cantiklah awak macamana pun. Hidung mancung terletak, kita kata menyombong, kulit putih melepak kita kata pucat macam orang sakit, mata bulat , besar menawan kita kata macam mata burung hantu.

Semuanya terkait dengan hati.

Dan setiap hati kita sebenarnya dalam genggaman Allah. Jadi, yang meletak dan mencabut rasa suka dan sayang itu kehendak Allah jua. Dan jika mahu orang yang kita sayang itu menyayangi kita, kenalah Allah menyayangi kita dahulu, insyaAllah akan dikabulkan niat kita.

Betul, kah?

Entah.  Dari pemahaman sendiri sebenarnya.
For goodness sake, leave your obsession with the past behind. Don't judge me by my past. I don't live there anymore. Ada masa nak korek cerita lama, cerita pasal benda yang dah berlalu......What you say, how you write, the words you chose all shows who you really are. - Media dan MHI
Saya memang jarang meminati artis. Sekadar menonton , mendengar dan membaca. Tetapi rasanya, tidak ada lagi artis yang istimewa di pandangan mata saya.

Tapi, yang ini ...., lewat ini, hati saya tertarik. Terpanggil untuk lebih kenal, walau saya tahu, saya antara ribuan peminatnya yang dia tidak kenal pun. Kenapa baru kini, setelah sekian lama?



Kerana saya kira, dia antara insan yang Allah sayang.

Iltizamnya terserlah dalam cara dia mendidik anak-anaknya, yang saya kira, saya antara ramai ibu yang kurang berkesan memain peranan sebagai ibu muslimah dan mukminah. Dia patut dijadikan contoh.

Tengok saja apa yang ingin di kongsi di sini, saya copy paste dari Notes beliau di Official Page nya:  (maafkan saya, kerana saya mahu yang ada di sini, membaca isi hati dan cara didiknya secara penuh, bukan petikan )

Dear Mama, Ummi, Mum, Ibu, Bonda... I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...
I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since.
Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....
But it is very important to keep this in mind:-
1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat
2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat.
(hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....
ps:-kalau kena amik cuti ambillah - bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"
3)Selalu cerita how IMPORTANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....
4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)
5)kalau dia tinggal - DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan)
But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun. Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....
tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what???? She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself....
i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.
Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!
And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us! I love you all!!! Good night.....
But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan? ** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....
- Berbaloi Penat Lelah ku ~ Wardina
Dan saya juga pernah mendengar di radio Ikim tentang kaedah beliau mengajar anaknya berpuasa di bulan Ramadhan.

Sangat menarik.

Beruntunglah suami dan anak-anaknya dikurniakan wanita dan ibu yang gigih membentuk institusi Islam dalam rumahtangganya.

Saya malu pada diri sendiri.

*Selamat beristirehat semua.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

4 comments:

  1. Assalamualaikum Kak Normah:)

    Tksh byk2 utk perkongsian yang baik sekali..:)
    Semlm melalui n3 akak..ke laman yang disyorkan..dgr Dr Muhaya..Hari ini ke laman wardina pula...Tksh yaa sis!

    :)

    ReplyDelete
  2. Waalaikummusalam tini... Its a pleasure of mine sharing good things. Dan moga Allah kurniakan kita semua keluarga yang Allah redhai.

    ReplyDelete
  3. salam..
    aikk..akhirnya anda mengalah
    tukar balik kotak komen blogspot..
    dah lama nak komplen..kotak komen
    Disquss anda lambat macam siput..

    ermm..Wardina??
    siapa tak suka..nak buat macam mana
    isterinya orang..tengok je lah..he he

    ReplyDelete
  4. haha, zulkbo... gitulah setelah lebih kurang 4 bulan mengguna kotak komen disqus. mengalah jugaklah kan .

    dah tetua ni, kena banyak mengalah :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.