Wednesday, December 14, 2011

seksi dan seksisme

Diskriminasi.

Perlakuan membeza-bezakan dalam sesuatu hal. Ini antara maksud yang diberi di laman web DBP.

Seksisme?

Sikap diskriminasi yang berdasarkan jantina, terutamanya sikap memandang rendah terhadap kaum wanita  (oleh kaum lelaki).

Kaum lelaki kita mengamalkan seksisme ke? Ada. Bukan lelaki kita sahaja, lelaki lain pun lebih kurang sama sahaja. Kerana itu rasanya, Syeikh Imam Khalid Latif memberi ceramah di bawah, bertajuk "Its tough being  a girl ". 


Hijab is important for Men and Women . Most of us as MEN are only identified as being Muslim because we're walking next to a woman who is wearing a headscarve. Most of us MEN don't even realise what are our hijab actually entails , we don't even know how to dress. Half of us when we are praying, our pants are falling of over our backside, and every time we go into ruku' and sujud, u can see everything. For most jurisdical opinion ur prayer is not even valid ~ Imam Khalid Latif 

Seksisme waktu bila?

Saya kira, ia sangat ketara dalam soal agama. Saya bukan ahli agama. Jadi mungkin tulisan saya ini silap dan salah. Kalau ada tegurlah saya secara hikmah ya. 

Kenapa saya kata begitu?

Cuba baca sedikit tulisan di bawah yang saya kira antara contoh terbaik, dan sekarang ini kerap dikongsi dalam laman sosial.

Seorang lelaki NON MUSLIM datang ke Malaysia untuk bercuti, kebetulan pada hari tersebut merupakan hari agama baginya, dia pun pergilah mencari GEREJA berdekatan tetapi tidak diketemui. Akhirnya beliau bertanya kepada seorang wanita. 
"Saudaraku, dimana Gereja yang terdekat?".. Kemudian wanita itu menjawab 
"Maaf, saya ISLAM.." Selepas itu, si kafir berkata 
"Oooo.. Saya ingat kamu adalah sebahagian dari kami (golongan kafir) sebab biasanya seorang wanita ISLAM akan pakai penutup kepala (jilbab)... Maaf2, saya tadi tidak dapat MEMBEZAKAN awak ISLAM atau Kristian.

Artikel itu seolah menyamakan wanita tidak berhijab dengan golongan bukan Islam. Bukankah ini diskriminasi.

Bagaimana pula dengan lelaki yang tidak menjaga auratnya sendiri? Kebanyakan kita hanya tutup sebelah mata melihat rakan taulannya bermain sukan memakai seluar pendek menampakkan lutut, atau membiarkan sahaja lelaki Muslim kita merenung dan bersiul ke arah  wanita-wanita Muslim walau pun wanita itu berjilbab tanpa rasa meluat. Ah, budak muda. Itu alasan kita.

Saya bukan mempertikaikan atau membenarkan wanita membuka aurat. Ini tuntutan dalam Islam, tiada kompromi, tetapi jangan lupa, tuntutan ini juga dikenakan ke atas lelaki Muslim terlebih dahulu.

Kita asyik meminta wanita kita menutup aurat, tetapi lelaki kita sendiri melayani wanita di sekelilingnya seperti wanita berkasta rendah. Mempersoalkan kenapa wanita sekian sekian tidak menutup aurat tetapi diri sendiri pun masih punya mata liar dan nafsu menjalar tidak terjaga.

Sebenarnya wanita adalah pakaian kepada kaum lelaki. Bagaimana wanita Muslim itu kelihatan sekarang, sebenarnya ia mencerminkan imej diri kaum lelaki Muslim. Jika kasar penampilan wanita Muslim itu, ini kerana lelaki Muslim, bapa, abang, saudara mara dan rakan-rakan lelaki itu melayan mereka dengan kasar. 
Tak perlu dipersoalkan..wanita yang berhijab, yang baru memakai hijab terutamanya adalah mereka yang sedang 'berubah'... they want to become better..a better person, a better Muslimah... very clear.... namun dalam masa yang sama, tidak pula harus didiskriminasi mereka yang tidak memakainya...that has to be clear too. Ianya pilihan individu..hormatilah mereka yang berhijab dan doakanlah mereka yang belum akan nampak kecantikan dan 'nilai' sebenar hijab yang sebenarnya mengangkat martabat seorang wanita. ~ sumber

Berlemah lembutlah dengan wanita di sekeliling kamu. Bukan begitu pesanan Rasulullah?  Bukan mendidik namanya jika sentiasa menyindir dan memerli walau dengan tujuan yang baik. Wanita suka di puji, betul, jadi, gunakan itu sebagai senjata dalam menambat hati dan membetulkan.

Doa saya bagi semua agar kita sentiasa dalam redhaNya.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 comments:

  1. saya setuju dengan pendapat cikgu Normah.. kdg2 terfikir juga.. sana sini org sibuk pasal aurat wanita.. tapi yg si lelaki plak bila buka aurat macam endah tak endah.. msyrkt tak melenting pun..

    sedangkan aurat wanita dan lelaki itulah yang perlu dituntut untuk menutupnya.. sama2 membangun selaras dengan tuntutan agama

    ReplyDelete
  2. gen2 > double standard ni, kan, bukan berlaku di kalangan Muslim negara kita je, sebenarnya masyarakat Muslim keselruhannya. Kita minta Muslimah menunjukkan imej Muslimah, tetapi kadang, imej Muslim bagi seorang lelaki Muslim itu pun kita tak dapat bezakan samada dia itu bukan Islam atau sebaliknya.. :(

    ReplyDelete
  3. Saja setuju dgn pandangan cikgu utk gunakan pendekatan berlembut dan memuji supaya mereka yg belum menutup aurat akan berbuat begitu. Janganlah asyik menghentam dan memerli mereka ni.

    Mungkin bila timbul kesedaran di hati mereka, tak mustahil mereka lebih baik dari kita.

    ReplyDelete
  4. YB > betul, teringat pesanan Dr Muhaya, memandang orang lain dengan kebaikan, pandang budak, kita rasa dia lebih bagus dari kita kerana dia kurang dosa, pandang orang tua, kita rasa dia lebih bagus dari kita kerana ibadatnya lebih banyak, pandang orang yang berdosa lebih bagus dari kita kerana mungking dengan sebab dosanya itu dia lebih dekat dengan Allah dari kita.

    ReplyDelete
  5. sebagai lelaki saya juga setuju

    ReplyDelete
  6. 100% setuju dengan cikgu. Saya nak kongsi sikit saja, kadang-kadang yang buat diskriminasi bukan datang dari jantina yang berbeza. Berdasarkan pengalaman saya (pernah kerja di jabatan kerajaan, GLC dan swasta), dugaan paling besar bagi seorang wanita datang dari golongan mereka sendiri. Bukan saya nak pertahankan golongan lelaki, tapi itulah yang biasa saya dengar di kalangan kawan-kawan yang mengadu diperli, dikutuk & bla bla. Perkara begini lebih serius bila berada di kalangan organisasi yang didominasi oleh satu kaum sahaja.

    ReplyDelete
  7. imanshah > saya pun setuju :)

    shraqs > ah, memang betul tulisan shraqs ini. kita kaum perempuan ni pun cepat sangat membuat penilaian dan menghukum.. 100% setuju

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.