Tuesday, December 27, 2011

comellah makwe ni

Saya melalui 3 fasa peralihan semasa sebelum berkahwin.

Fasa apa ya? 

Fasa mengenal hijab.

Lewat tahun 70 an, bersekolah menengah rendah di Ipoh, memang zaman tidak mengenal hijab. Malah waktu itu rakan-rakan di sekolah semua tidak berhijab, kerana sekolah itu sendiri majoritinya bukan beragama Islam. 

Ada seorang senior di sekolah itu waktu itu yang berhijab. Dia seorang sahaja. Dan saya merasa pelik dan tidak faham kenapa dia perlu berhijab.

Bersekolah di sekolah asrama penuh, baru mengenalkan saya erti hijab. Itu pun saya kira saya mengenakan hijab atas desakan suasana, tidak ingin menjadi pelik tanpa hijab di kalangan rakan-rakan yang berhijab.

Berhijab atas desakan suasana.

Memasuki Pusat Pengajian Tinggi awal tahun 80an, saya menjadi lebih serius menjaga aurat dan mengenakan hijab . Kefahaman dan kesedaran tentang kurang ilmu dan amal menjadikan saya mendekati rakan-rakan yang punya iltizam dan cara didik yang lebih Islamik. 

Dan waktu itu juga suasana kebangkitan kesedaran Islam seolah melanda pusat-pusat Pengajian Tinggi tempatan, dan ia membantu saya menyemarakkan pemakaian hijab yang lebih sempurna dari yang saya amalkan sekarang.

Sekarang ini pemakaian hijab di kalangan wanita Muslim bukan menjadi masalah besar. 

Tidak masa zaman itu. 

Cara berhijab juga sudah pelbagai. Saya lihat anak-anak gadis sekarang memang pandai sungguh mencorak dan memperaga hijab. 

Dan memang manis-manis  sungguh mereka. 

Tiada alasan kelihatan hodoh atau tidak ranggi jika berhijab. Satu contoh di bawah ini. Comel lah makwe ni!  :)

  
Saya ingatkan dia pakai anting-anting terkeluar ! Ini namanya 'Square Hijab'

Nak cuba?

Ikutlah tutorial di bawah.



Rupanya banyak sunggoh tutorial mengenakan hijab berbagai gaya dan rupa. Kreatif sungguh.

Saya?

Emm.... dah tetua ni, sarung aja kepala dengan tudung ala Indo tu. Senang.



~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. Assalamualaikum Cikgu Normah,

    Sebenarnya orang yang dah cantik dan comel lagi nampak cantik dan sopan bila bertudung.

    ReplyDelete
  2. sy just nk tny kt ckgu..sy prnh dgr mnutup aurat bg perempuan adlh dgn mnutup sluruh tubuhny selain tapak tangan dan muka..sluruh tubuhnya itu ditutup bg tidak menampakkan perhiasannya..btulkn sy kalo slh tp kalo berhijab tp nmpk anting2 which is perhiasannya means dh mnutup aurat ke?

    ReplyDelete
  3. .....ha ha ha...
    betul tu kan,rasa macam x betul pulak bila pakai tudung yang pelik sikit....

    ReplyDelete
  4. kunang-kunang > kak ani, betullah cakap kak ani tu..


    cik anon > oo, saya bukannya ustazah dan ahli dalam agama. silap tempat bertanya ni :)

    ReplyDelete
  5. mamaijat > ya. saya ni tak adalah tergamak nak pakai tudung pelik2 gitu, cuma takjub dengan kekreatifan ank-anak muda zaman sekarang. :) yang penting usaha untuk berhijab itu patut diberi pujian :)

    ReplyDelete
  6. Satu permulaan baik untuk bertundung sehingga pemahaman mengenai menutup aurat semakin jelas. :-)

    ReplyDelete
  7. betul2. sedih tengok kawan2 yang tak pakai tudung sebab alasan hati tak ikhlas untuk pakai tudung.

    :(

    ReplyDelete
  8. akubiomed. > ya memberi dorongan lebih baik dari mencari salah kan :)


    chOmbi. > lebih sedih melihat orang bertudung tapi tak bersolat. Itu lebih parah

    ReplyDelete
  9. salam..
    alhamdulillah pada yang bertudung..
    aurat wanita tu..jagailah ianya..
    bab berfesyen..jangan bertudung
    tapi berseluar ketat..tak guna juga

    ReplyDelete
  10. skrg ni mcm2 gaya kan...kdg2 nampak pelik pun ada...he hee.

    ReplyDelete
  11. zulkbo > haha.... ya betul. sebenarnya yang baik ialah menutup aurat sebaik mungkin, (lelaki dan perempuan, jangan nak cari salah pompuan je kan), solat cukup dan berakhlak sebaik mungkin kan.

    ReplyDelete
  12. qaseh .. > betul. tapi yang penting berusaha menutup aurat , itu yang patut kita lihat :)

    ReplyDelete
  13. Saya lebih selesa lagi dengan tudung Bawal. Dulu beli banyak, guna duit. Sayang nak bazir gitu jer. Janji tutup kepala.

    Ada juga koleksi tudung masa kini, yang serlom jer bleh jalan dah. Kalu rajin pakai ler brooch. Kalu idak, togel gitu jer tudung.

    Nak pakai selendang, rasa serabut kepala.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum my dear sis Normah:)

    alahai...sis
    tak sempat nak melilitlah sis..
    Nanti makin terkejar2 nak g sekolah..huhuhu

    ReplyDelete
  15. azie > ya, betul, tudung bawal dulu memang banyak, tapi sebab saya jenis pemalas, memang pakai yang ber'awning' je le , pakai sarung je.

    Tini > hahaha, memanglah . samalah kita. tapi kalau jenis yang pandai bergaya, pasti mencari masa punya

    ReplyDelete
  16. dh mmg tgs sorg ckgu utk mcri slh..tp tjuanny utk mbtulkn dn mgjr..tp sblm mgjr tu eloklah dcri dn dselidiki dalil @ sunnah yg de..brulah boleh diikuti tnpa was2..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.