Di sebalik tabir terdengar sembang laki bini tersebut. Kain yang menjadi tirai di wad kecemasan Ampang Puteri itu tidak dapat menahan kata-kata tersebut dari mencecah cuping telinga saya. Walau pun telinga saya bertutup dengan tudung hitam, tetapi dek agak kuat sembang mereka, saya dapat menangkap butir kata mereka satu persatu.
Sebenarnya meneman emak mertua yang agak tidak sihat ke sana.
"Memang tak patutlah kan you... he's giving false hope ..." suara si isteri.
"Betul...bukan dia tak tahu, perempuan kan memang cepat menaruh harapan.." balas si suami.
Apa yang menariknya perbincangan mereka ya?
Ada dua perkara di sini...yang menarik bagi saya.
Pertama: Saya pernah terbaca, entah di mana dan bila, bahawa pasangan yang bahagia adalah pasangan yang sering membenarkan kata-kata pasangannya. No contradiction.. Walau pun bukan semua kata-kata pasangan akan di iyakan... tetapi 80% dari pernyataan pasangannya akan dibenar dan dipersetujuinya. Maklumlah bila sudah lama, sudah tahu apa yang disukai dan diminati, maka seboleh mungkin segala yang menjadi pertelingkahan sebelum daripada itu sudah lama dicari titik persetujuan.
Dari balik tabir, saya mengandaikan dalam kemenungan saya sambil menunggu emak mertua saya yang sedang tertidur itu, bahawa pasangan tersebut adalah pasangan yang bahagia. Cewah... macam pakar kaunseling rumah tangga pulak.
Kedua: Benarkah pernyataan bahawa perempuan ini cepat menaruh harapan dalam sesuatu hubungan? Pendapat peribadi, tanpa sebarang sijil pentauliahan dari mana-mana badan kaunseling berdaftar... bahawa saya bersetuju. Kerap terjadi dan terdengar bahawa wanita cepat menaruh perasaan jika lelaki yang menjadi 'rakannya' memberi perhatian yang terlebih sedikit. Mungkin pada si lelaki, setakat bertanya dah makan ke belum, camana hari ini, sihat tak, makan apa tadi, pakai baju apa harini, ..... hanya kata-kata pemanis untuk mengayat ... sebenarnya ada wanita yang cepat merasa dan menaruh harapan yang si lelaki mempunyai perasaan yang lebih terhadapnya.
Kasihan si perempuan, kan...
~cikgunormah@klcitizen~
salam...
ReplyDeleteermmmm...bagi yang dah bersuami
berhati-hatilah pujukan kata2 manis
lelaki kasanova,setakat nak merasai
manisnya madu kepunyaan orang lain
sudahnya yang di kejar tak dapat
yang di kendong keciciran..nauzubillah
Cikgu Normah,
ReplyDeleteCikgu Normah,
Kadang2 wanita, tak ada pujuk rayu pun kat si lelaki, tapi si lelaki asyik hubungi si wanita, siang, malam, akibatnya wanita tu yang rasa lelaki tersebut suka kat dia, dan mula menaruh harapan. Jadi, sebagai lelaki sejati, kalau tak nak bertanggungjawab, janganlah bagi harapan pada wanita.. Tak payah nak call kerap sangat,atau beri perhatian lebih...
Salam CIKGU NORMAH.
ReplyDeleteSetuju, berbanding lelaki yang sering berhati-hati dan ambil mudah di awal perhubungan, perempuan lebih mudah jatuh perasan dan perasaan, cepat menaruh harapan hanya kerana secebis perhatian...!
Pastu bila tak menjadi, nak marah kaum lelaki pulak. ops!
suami akan selalu backing isteri dan begitu juga sebaliknya. sebab tu kalau nak mengadu, mengadulah pada suami hehe..
ReplyDeletesalam cikgu
ReplyDeletelama tak jenguk blog cikgu. Harap cikgu sihat dan sekali lagi entri yang sangat menarik. Oh dan saya pun ada pengalaman untuk perkara yang kedua tu hehe ;)
entah la cikgu.. saya takde komen yang bernas. hehe
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu...
ReplyDeleteKata pujangga dalam bahasa Inggeris, "Love is not about finding the right person, but creating the right relationship. It's not how much love you have in the beginning, but how much love you build till the end."
salam.. yerla cikgu.. perempuan mmg selalu kesian! owh..
ReplyDeleteaku takde sape nk backup..
ReplyDelete@zulkbo
ReplyDeleteBetul zulkbo, kalau yang dah bersuami lagi parah
@Hunny
ReplyDeleteTu lelaki kasanova kan hunny, tak de niat lain melainkan memainkan perasaan perempaun je kan
@Hunny
ReplyDeleteTu lelaki kasanova kan hunny, tak de niat lain melainkan memainkan perasaan perempaun je kan
@azieazah
ReplyDeleteKesian kaum sejenis kita kan azie
@kakpah
ReplyDeleteWah kakpah memang pasangan yan bahagia ...cayalah
@MOHD ZHARIF BADRUL
ReplyDeleteAlhamdulillah saya sihat zharif.
Terima kasih menjenguk blog saya, ...faham dgn kesibukan bakal lawyer ini.
Pstt... Dulu2 rajin mengayat anak dara orang jugak ya?
@iqbalsyarie
ReplyDeleteKomen tak bernas pun tak apa iqbal
@Abd Razak
ReplyDeleteSempat jugak razak bermadah pujangga ya..
:)
@g0m0k9enDek
ReplyDeletePerempuan pun kenalah berhati2 kan
@Pencacai Alim
ReplyDeleteTak pe... PA kan boleh tegak berdiri sendirian ...
:)