Tuesday, November 2, 2010

salah teknik

Menziarah rakan yang akan menunaikan haji menimbulkan keterujaan dalam diri untuk ikut serta petang isnin itu. Pengalaman singkat mengerjakan umrah satu waktu dulu, meningkatkan lagi keterujaan tersebut. 

Memang jauh bezanya menunaikan ibadah haji dan umrah, tetapi pengalaman seciput itu menyebabkan rasa rindu dengan suasana dan kehangatan rasa beribadat di sana memarak semula.

Tapi.... suasana hangat tersebut pudar sebentar..

Kes mencari pengedar lah ni. Teringat entri Hai O saya dulu, yang berleret-leret komen yang saya terima, dek entri sejemput itu. Dalam suasana yang hangat dengan rasa warak dan ingin mendekatkan diri dalam pengabdian kepada Allah itu, sempat juga, salah seorang saudara kepada sahabat saya ini cuba memancing saya membeli produk kesihatannya dan menjadi pengedar di bawahnya.

Memang menjadi saya ini payah sungguh mengata tidak. Kelemahan paling besar dalam sifat saya. Namun dengan kemahiran sedikit yang saya ada, dapatlah juga saya mengelak dari menjadi pengedar dan mengeluarkan tiga keping note RM50/- untuk melayakkan saya menjadi ahli. Namun dalam pada itu, demi menjaga hati saudara sahabat saya ini, keluarlah juga RM15, sekadar mengambil hati membeli produk kesihatan yang kabarnya boleh mengelak penyakit utama penyebab kematian sekarang ini.

Saya bukan anti produk tersebut atau bisnes serupa dengannya. Tetapi saya kira, ahli-ahli peniaga yang berusaha mendapat duit sampingan lebih ini cuba-cubalah melihat situasi dan keadaan semasa hendak mencari pelanggan dan ahli-ahli baru. Baguslah bagi anda cuba berusaha mencari rezeki melalui perniagaan, kerana memang 90 atau 99% dari punca rezeki datangnya dari perniagaan, tetapi bukanlah sebarang waktu itu waktu yang selayaknya anda berniaga. 

Berlaku bijaklah dalam mempromosi dan berinteraksi. Salah teknik, nampak anda saja... bakal pelanggan bukan akan mendekati tetapi akan berlari jauh mengelak diri.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

17 comments:

  1. Setuju. Ada ketika kita melihat pengusaha bisnes cara MLM seperti terdesak dan memaksa. Tu yg kadang2 kawan leh jadi lawan tuh...

    ReplyDelete
  2. mana elok, pi umrah dulu atau haji...?

    soalan ini selalu ditanyakan kepada IM oleh teman-teman ofis..

    ReplyDelete
  3. bagi yang pernah ke sana, kita akan sentiasa merasa rindu....

    kpah tak gemar dengan prodak yang claim dia boleh ubati semua jenis penyakit kronik.. Mana ada!!!!!
    Kalau diorang kata, prodak diorang sebagai supplement.. itu boleh diterima.
    Ish.. nak menjual pun tak payahlah claim itu ini.

    ReplyDelete
  4. produk MLM terlalu banyak kini...
    pengedarnya pun ramai..
    memang serba salah kita takut terguris hati kawan-kawan.

    ReplyDelete
  5. Salam...

    Memang ramai kawan-kawan ajak join MLM ni, tapi saya tolak dengan berterus terang jer, maaf tak minat...

    ReplyDelete
  6. saya jenis tak reti menolak juga..haha

    ReplyDelete
  7. Salam Cikgu

    Sorry la kalu itu hari x sempat nak borak dgn cikgu, busy nak menulis alamat jer..Sy bkb masam dgn sape2 just pagi tu mood nat that good..hehe..

    ReplyDelete
  8. @azieazah

    betul azie...
    bila kita tak nak, macam2 dikatanya

    ReplyDelete
  9. @Insan Marhaen

    ada pro dan kontranya kan... tak taulah nak cakap, terpulang masing2

    ReplyDelete
  10. @kakpah

    saya pun tak setuju, kebaikan dan khasiat yang macam2 ni. kadang macam tak masuk akal

    ReplyDelete
  11. @abu muaz

    sebab nak jaga hati tu lah yang payahnya kan

    ReplyDelete
  12. @Abd Razak

    kalau dapat jadi setegas razak, bestnya

    ReplyDelete
  13. @Emi Kaz

    tak pa emi... perkara biasa.
    saya faham

    ReplyDelete
  14. Saya dah lama mengikuti blog ckg, mungkin kali ini saya ingin komen.

    Memang betul ramai rkn2 MLM kita sperti mendesak tapi tidak semua. Ada sesetengah rkn2 MLM sy tidak mendesak tapi alhamdulillah mereka menunjukkan bukti. Jadi sy sertai tanpa dipaksa kerana tanggungjawab saya ingin cari duit lebih utk anak-anak dan mak ayah dab bukan kerana minat.

    Kalau ckg cakap pasal masa, saya pernah dipanggil dengan GPK tempat saya kerja hanya kerana saya dapat keluarkan kereta mewah selepas 4 bulan menjalani perniagaan ini.Pelikkan? Bayangkan hanya sebab itu dan katanya saya berniaga ketika bkerja. Saya seorang guru dan kekadang guru ada masa rehat antara kelas seterusnya, saya cume berkongsi satu produk hebat yg saya rasa sendiri khebatannya dan hanya bercerita biasa. Itu pun jadi salah.Padahal mereka lebih suke mengumpat dalam bilik pantri tapi tidak dipanggil pula oleh GPK.

    Rasanya mana lagi baik. Mengumpat dalam blik pantri waktu lapang, atau berniaga utk bagi keselesaan anak2 di waktu lapang? Boleh fikirkan sendiri..

    mungkin mereka yang berada dalam bilik pantri tu dah selesa dengan keadaan sekarang tapi saya masih belum tp msh bersyukur .

    Kerana saya ingat pepatah ini shaja " bkerja lah kamu seperti kamu ingin hidup 1000 tahun lagi"

    sekian sahaja komen saya.

    SYA
    (maaf takde blog utk dilink kan)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.