Selesai mengerjakan solat zohor, saya berlenggang kangkung ke meja. Hajat hati hendak menyudahkan kerja yang tersisa, sementara menunggu waktu balik pukul 2.30pm.
Belum sempat melabuhkan punggung, rakan di belakang menegur.
"Bunyi deringan henfon akak bertalu-talu tadi."
Memang. Rupanya Guru Kanan menelefon. Tampak macam urgent, kerana panggilannya lebih dari dua kali berderet. Cuba menelefonnya semula, tetapi talian maxisnya memang tidak keruan. Panggilan berjawab tetapi suara tuan di hujung talian tidak terdengar langsung.
"mmm... biarlah , kalau penting sangat, pandailah dia mencari saya," bisik hati, ternampak si setan dok menepuk bahu saya, tanda bagus.
"Normah!....eh, budak-budak 5C dah menunggu dari tadi. Kan ada kelas tambahan,..." suara Guru Kanan kedengaran jauh dari pintu masuk melintasi beberapa meja guru lain, yang masing-masing mengangkat kepala memandang saya dan guru kanan.
"Ah...sudah." saya bersuara perlahan, dan sempat mengekor mata melihat rakan di belakang tadi. Cis... beliau tersenyum, dan saya membalas senyumnya yang nakal itu.
Sesampai di kelas 5C, nafas saya turun naik kencang. Masakan tidak, kelas paling atas di tingkat dua, di bangunan kedua hujung.
"Aduiiii...mintak maaf bebanyak. Saya terlupa sungguh," panjang pinta saya dari muka pintu lagi.
"Alah cikgu, dah nak balik dahlah, tak yah belajarlah."
Saya buat tidak mendengar.Dan terus menulis soalan di papan hitam. Soalan paling mudah pun, ibarat meminta pelajar melengkapkan sifir 5 dalam Matematik.
10 minit selepas itu, sudah waktu untuk balik.
"Cikgu, minggu keempat lagi sekali, cikgu buat macam ni lagilah..." ketua kelas 5C bersuara.
Wah... kena "smash" dengan ketua kelas. Saya senyum sepuluh sen.
*selamat berpuasa sempena nisfu syaaban"
~cikgunormah@klcitizen~
Sesampai di kelas 5C, nafas saya turun naik kencang. Masakan tidak, kelas paling atas di tingkat dua, di bangunan kedua hujung.
"Aduiiii...mintak maaf bebanyak. Saya terlupa sungguh," panjang pinta saya dari muka pintu lagi.
"Alah cikgu, dah nak balik dahlah, tak yah belajarlah."
Saya buat tidak mendengar.Dan terus menulis soalan di papan hitam. Soalan paling mudah pun, ibarat meminta pelajar melengkapkan sifir 5 dalam Matematik.
10 minit selepas itu, sudah waktu untuk balik.
"Cikgu, minggu keempat lagi sekali, cikgu buat macam ni lagilah..." ketua kelas 5C bersuara.
Wah... kena "smash" dengan ketua kelas. Saya senyum sepuluh sen.
*selamat berpuasa sempena nisfu syaaban"
~cikgunormah@klcitizen~
sakit tu cikgu.. nasib baik bos tak tambah..
ReplyDeletemule2 sindrom lupe2 ..
ReplyDeletetk lame lg ..
uban nak tumbuh la ..
hu..hu..
ngee...senyum aje kan cikgu.
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteSesekali buat silap barulah rasa diri kita ni sangat lemah kan, cikgu!
huhuhu..budak tu berani tegur cikgu ya....
ReplyDeletekalau dia peduli nak belajar, dan itu sebab dia kata macam tu...takpelah. tp kalau malas, dan mengharapkan cikgu lupa...
ReplyDeletehai..meh akak dusshh kepala sikit dik!:)
Biasala setiap orang mudah terlupa akan sesuatu perkara..
ReplyDeleteBukan disengajakan..
ReplyDeletenak buat lagu mana kan cikgu..
Kira bonus lah utk budak2 tu..hee
tapi tu kira bonus credit bukan debit..haa
you are good at changing a simple scenario into a comical one....suka dengan cara penulisan Normah.
ReplyDeleteTersenyum sorang2 bila baca entri ni. Lucu.Rupa2 nya 'ketua' yang dimaksudkan ialah ketua tingkatan.
salam kak...
ReplyDeleteingatkan bos besar td yg smash.. naseb baiklah bos kecik.. tp, kuat cukup dia smash tu...hehehe
Ketua kelas boleh sound cikgu tu...
ReplyDeleteketua klas?haha
ReplyDeleteaduhai...kesiannya...tapi rasanya mmg biasa berlaku di sekolah mana-mana pun mcm tu..kan?
ReplyDeletekuang asam punya budak :O tp mmg seronok pun kalo cikgu masuk lambat..kejap je la blajo nye :p
ReplyDeletealaa,cikgu.jgn amek hati sgt.gurau je,sayaang cikgu :)
ReplyDeletedulu masa kat skolah..selalu berdoa cikgu tak masuk kelas..hoho
ReplyDeleteyang ketue kelas tu ckap gurauan saje . yang berkomen disini paham2 la gurauan ye :)
ReplyDeletetiade niat menyakitkan hati cikgu dengan perkataan yang tidak sopan . ty
@aby
ReplyDeleteuban memang dah berderet kat kepala dah ni
asyik gatal kepala je ni
@cikgu isza
ReplyDeletetaklah sakit
smash men'smash' ni biasa anatara saya dan diorang ni
@hazeleyed lady
ReplyDeleteya lah kak hazel...
memang dah salah
@Abd Razak
ReplyDeletememang lemah pun razak...
kerap lupa
@sahromnasrudin
ReplyDeleteegur menegur memang biasa sekarang ni
@cHeRyNa PiReS
ReplyDeletebudak2 sekarang sha...
bergurau aja diorang tu
@Thoha
ReplyDeletebetul tu thoha
@Lana~Bulu
ReplyDeleteya
berhutang lah tu
@Yatie Ariffin
ReplyDeletebukannya pandai mana pun yatie...
suka2 je menulis
terlebih puji ni...
@Sofia
ReplyDeletetak pe ...
smash budak2 ni boleh anggap cam angin lembut menghembus je
@relevan
ReplyDeletenama pun... ketua, kan
@Surry Moerrie
ReplyDeleteya surry
budak form 5... sebenarnya budak ni baik orangnya
suka buat lawak dalam kelas
@iqbalsyarie
ReplyDeleteya iqbal
benda yang biasa
@imran ali
ReplyDeletesikit pun tak simpan dalam hati imran
tapi... fail kimia saya... jaga!!
:)
@fndrocka
ReplyDeletesamalah jugak ngan saya
@Anonymous
ReplyDeletejanganlah risau cik anon
ini hanya entri gurauan sahaja
buat kenangan hari tua
tiada yang disimpan dalam hati
saye xtaw pape cikgu..
ReplyDeletesaye xdtng :)
tp yg sure ketua klaz nie xde niat nak wat cikgu trase o marah.. mmng style die camtu :)
saye bg pihak die nak mohon maaf jikalau hati cikgu terguris dsebabkan kejadian ini:'(
saya pun student 5c
ReplyDeletejgn ambil hati sgt dgn KETUA kami ni
dia mmg suka gurau hope cikgu x ambil hati