Saturday, July 3, 2010

Kutukan dan hinaan

Bila isu-isu  jenayah sensasi terbit di dada akhbar atau di internet, ramai yang akan memberi komen. Kekadang komen yang mengutuk si pelaku dilontarkan, kerana membayangkan rasa amarah kita yang membaca jenayah tersebut. Saya pun tak terlepas dari perlakuan tersebut.

Tetapi selesai membaca artikel 'Merendah untuk Meninggi' tulisan Ustaz Umar Muhammad Noor dalam Majalah Solusi isu no 21, m/s 28 -29, saya memuhasabah diri sendiri. Kutukan yang diberi rupanya perlu diperbetulkan.

Dalam hadis daripada Muaz bin Jabal, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menghina seseorang kerana dosa yang dilakukannya, maka ia tidak akan mati sebelum melakukan dosa tersebut." (Riwayat al-Tirmizi no. 2693)

Wah... takutlah pulak. Maki-maki si pesalah, nanti makian itu jatuh pula ke atas kita, nauzubillah. Saya kira kita boleh mengutuk perlakuan jahat tersebut, tetapi jangan sekali memandang hina si pesalah, contohnya meludah si pesalah... (tak pernahlah buat, tapi pernah nampak orang buat) .

Ada satu cerita yang berkait:
Diceritakan bahawa suatu ketika Nabi Isa a.s. sedang berjalan bersama seorang muridnya. Tiba-tiba datang seorang lelaki yang suka membuat maksiat mengekori mereka dari belakang.

Murid Nabi Isa itu menoleh ke arah orang itu dengan penuh kebencian.  Lalu dia pun berdoa dalam hati," Ya Allah, janganlah Engkau himpunkan diriku bersama orang ini."

Nabi Isa tiba-tiba menoleh kepada muridnya dan berkata, "Doamu telah dikabulkan. Allah menerima taubat orang itu dan mengusir kamu. Pergilah engkau dari sisiku."
First time saya baca cerita tersebut, jadi agak teruja untuk berkongsi. 

Takut pula kalau-kalau saya ada berkelakuan seperti tersebut.  Bila tengok pesalah yang merogol anak kandungnya, memanglah amarah yang melampau terbit dalam hati, tetapi rupanya, jangan sampai kita menghina si pelaku. Mana tahu esok lusa, Allah menerima taubatnya...kan.

Teringat juga aruah Mohammad Naim Mustaqim yang didera oleh seniornya di MTD lepas, kalau ikut hati memang rasa nak  menyumpahlah pada si pelaku. Tetapi bila membaca artikel tersebut, saya memuhasabah diri dan berdoa bebanyak moga si pelaku mendapat balasan yang setimpal dan diampunkan oleh Allah. 

Perkara yang berlaku diharap dapat membuka mata orang lain dan mata saya sendiri. Mungkin itu antara hikmah yang terkandung.

*tahniah pada bekas-bekas anak murid yang menjadi raja sehari hari ini*

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. Terima kasih atas entri ini.

    Semoga kita mengambil iktibar dari setiap kejadian musibah atau kejadian tak elok. Dalam sedap ikut-ikutan kutuk mengutuk itu...sebenarnya memang ada sesuatu amaran yang kita tak sedar.

    ReplyDelete
  2. sungguh bermanfaat artikel ini..kita hanya sebagai hamba tidak layak untuk menghina orang lain yang melakukan kesalahan kerana mungkin orang itu telah bertaubat kepada Allah. kita hanya mampu berdoa agar dijauhkan dari melakukan dosa2..

    ReplyDelete
  3. Kita ni manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan salah dan silap, salah besar dan kecil. Sedar atau tak sedar..

    Moga sentiasa dibuka pintu taubat untuk kita.

    ReplyDelete
  4. ...islam agama yang indah dan penuh Hihmah...
    Semuga kita terus terpelihara olehNya

    ReplyDelete
  5. terima kasih cik gu..semoga akak sentiasa beringat..walau apa pun..muhasabah diri..jangan ada benci..maafkan lah sesama insan..

    ReplyDelete
  6. Salam :)

    Apa yang sewajarnya yang perlu kita lakukan ialah berdoa agar pelaku bertaubat dan diberi pengajaran oleh Allah...

    ReplyDelete
  7. memang betul cikgu,
    salah pesalah adalah dosanya dengan Allah.. jika kita mengutuk tanpa mengetahui kebenarannya itu lebih parah.. menjadi dosa kita dengannya pula dan takkan terampun selagi pesalah tidak maafkan apa yang kita kutukan..

    semoga saya juga tidak terjerumus dalam situasi yang bakal mengundang dosa pada diri..

    ReplyDelete
  8. saya selalu berdoa agar tiada keluarga dan keturunan saya akan jadi sebegitu di masa akan datang nanti..insyaallah. amiin..

    ReplyDelete
  9. Salam...

    Kehormatan itu bukan hanya aurat yang tertutup saja, akan tetapi kehormatan itu juga peluang mendapatkan celaan atau pujian dari seseorang.

    Moga kita terhindar dari terjerumus dalam kancah mencela sesama Islam.

    ReplyDelete
  10. @ckLah

    sama-sama kita ingat mengingatkan

    ReplyDelete
  11. @Thoha

    ya... start hari ini , kalau memebri komen, cuma mendoakan yang seperti thoha sebutkan...akan dicuba

    ReplyDelete
  12. @azieazah

    ameen... harap azie dah bertambah sihat

    ReplyDelete
  13. saya tak suke orang hina saya, so saya sendiri malas nak menghina/kutuk orang. hehehe. tapi, kalau dah kata manusia mana pernah tak buat salah...kadang2 terhina tanpa sengaja. sedih :(

    ReplyDelete
  14. salam,

    mmg tidak suka dihina atau menghina org..tetapi kita nie manusia..so mana boleh tahan kalau ada jer perkara yg buat kite marah kan.. so x tersengaja lah kite mengutuk org tu.... tp kalau jumpa berdepan lagi bagus rasanya daripada mengutuk/ menghina di belakang kan...

    ReplyDelete
  15. saya pernah bergaduh dengan seorang blogger tentang isu ni.. niat cume nak tegur agar jangan terlalu mengutuk dan menyumpah si penjenayah, tapi dia melenting.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.