Saturday, July 17, 2010

manjakan diri

Baru balik dari Latihan Dalam Perkhidmatan yang dianjur bersama antara Yayasan Nurul Yaqeen dan sekolah saya bertugas.

Seronok.

Sesekala bertukar angin, kerana ia dibuat di luar sekolah, dan mendengar idea-idea baru dari penceramah, memang terasa minda segar mendapat santapan . Antara penceramah yang membuat kami tidak kering gusi ialah Kaunselor Hj Husim Hj Salleh. Dari mula hinga ke akhir, memang asyik menahan perut walau batang hidung sendiri kerap terkena sinis beliau yang tajam.
sumber


Kes-kes rumah tangga dan masalah jiwa individu yang berjaya, banyak dijadikan iktibar dalam ceramahnya. Satu yang jelas ialah, perlunya hubungan dinamik antara suami isteri . Sesekala isteri perlu membuat kejutan dari segi layanan dan sentuhan. Masa untuk memanja diri sendiri juga perlu diperuntuk oleh setiap suami dan isteri.

Pergilah dua minggu sekali, kata beliau , manjakan diri di spa untuk mengembalikan kesegaran. Suami dan juga isteri. Jangan nanti akibat terlalu mementingkan insan lain, diri sendiri terabai, dan nanti ia menjadi alasan pasangan kita mencari kebahagiaan yang lain.

*Noted*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

19 comments:

  1. cik gu..nak manjakan diri tu..boleh..tapi nak manjakan diri dispa tu yang...tak berapa nak boleh...

    ReplyDelete
  2. mahalnya harga manjakan diri..hehe

    Entri terbaru chekgu

    Kekasih gelap?

    ReplyDelete
  3. Pendekatan ceramah ustaz Musim ni memang tak menjemukan...

    ReplyDelete
  4. ada spa yang disediakan untuk suami isteri. memang elok pergi..

    ReplyDelete
  5. memang best kalau dapat memanjakan diri...tapi spt kata kak erna nak bermanja2 dispa tu selalu yang tak berapa boleh tu....berat hati nak masuk sebab poket ringan..

    ReplyDelete
  6. Salam..
    Saya ni takat mandi wap je, spa tak jengah lagi.
    Seronok sesekali kursus di luar.. tahun ni perkembangan staf tak kemana2 dah. Tak mcm tahun lepas dan seblmnya, selalu buat dihotel luar Perlis.

    ReplyDelete
  7. Mmg tepat kata penceramah tu kak normah. Kene pegi manjakan diri.

    ReplyDelete
  8. terkena batang hidung sendiri ni memang selalu kena tahan perut sebab tak boleh nak tepis...

    ReplyDelete
  9. salam cikgu,
    selalu saya yang pergi spa,
    bila balik.. saya aplikasi pada suami pula,
    lebih mesra kot rasanya,
    :D

    ReplyDelete
  10. Salam...

    Selalu juga manjakan diri dalam cabin Fir infra-red...

    ReplyDelete
  11. @kak Erna

    cubalah kak erna, kalau tak sanggup 2 minggu sekali, buat dua bulan sekali...atau dua tahun sekali pun tak pe...

    ReplyDelete
  12. @n@m@n

    tidak semahal kalau dibanding kehilangan pasangan

    ReplyDelete
  13. @kakpah

    ya kak pah... kena cuba juga ni

    ReplyDelete
  14. @ibuintan

    kalau diusahakan boleh je...
    jadikan ia keutamaan

    ReplyDelete
  15. @shaniza

    memang best bertukar angin

    ReplyDelete
  16. @Webmaster@Echam

    yalah echam
    ada juga terfikir ni
    kena usahakan juga

    ReplyDelete
  17. @cikgu isza

    bagus isza, kena contohi isza ni

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.