Showing posts with label rumah tangga. Show all posts
Showing posts with label rumah tangga. Show all posts

Thursday, March 29, 2012

menanggung rindu






Saya mahu tua bersama kamu. Nanti kita boleh berjalan berdua, di taman, duduk bersembang makan angin, kita perhatikan gelagat orang muda, kita ingat semula masa muda kita, gelak bersama, kan... seronok, kan? 
Tapi kalau saya tak punya kekuatan untuk berjalan lagi? 
Ah, nanti saya tolakkan kamu dalam kerusi roda. Perlahan-lahan. Sebab waktu itu pun saya tidak kuat mana. 
Kalau kamu pun tak kuat untuk berjalan, macamana? 
Ah, kita beli kerusi roda berbaterilah, kita jalan sama-sama..

Hahaha

Seronok, kan, kalau punya insan yang tersayang dan tua bersama. Sehingga bila?

Entah.

Usia bukan di tangan kita untuk ditentu mengikut kehendak. Esok dan saat terdekat ini nanti pun tidak kita tahu bagaimana corak dan rupanya, jalan hidup kita.

Membaca artikel ringan Biar 116 tahun, hidup mesti ceria , membuat saya tersenyum dan terbayang skrip di atas. 
Janganlah kita fikir sudah berapa kali kita merayakan ulang tahun kelahiran kita atau sudah berapa lama kita bersara. Jangan bimbang kerana ia hanya nombor. Kata orang: Age is a question of mind over matter. If you don’t mind, it does not matter! ~ Biar 116 tahun , ...

Rupanya ramai juga lewat ini yang usianya melewati 100 tahun di Malaysia ini, lebih 27,300 orang berdasar statistik 2010, dan yang kagumnya, ramai dari mereka ini masih aktif dan berdikari.

Sedang ramai generasi muda mengeluh dengan nasib dan suratan takdir yang mencabar saban hari di laman-laman sosial, generasi-generasi lama ini menghabiskan sisa usia dengan semangat membara, optimis dan sentiasa positif.

Begitu agaknya perjalanan hidup kita.

Sampai satu takah kehidupan nanti, bila mana material bukan lagi matlamat dan tujuan, kehendak nafsu bukan lagi keutamaan yang perlu dipenuhi, hidup jadi lebih damai dan indah. Tenang.


old couple


Dan waktu itu juga, apalah sangat hendak dibalah dan disanggah dalam bersembang dan berbincang dengan insan tersayang, kerana saya kira  ke'aku'an waktu itu adalah paling minima, manakala ke'kita'an menjadi besar dan memenuhi penghidupan. Masing-masing bersandar dan mengharap insan di sebelahnya untuk melangkah bersama.

Indah.

Sungguh.

*Salam kasih buat yang sedang bersendirian menanggung rindunya ...


~cikgunormah@klcitizen~




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, December 2, 2011

bila bersendiri, jiwaku pun mati

Fikiran.

Ia senang sahaja berubah, sekejap positif dan sebentar lagi ia akan jadi negatif. Dan negatif itu sering mendominasi. 

Fikiran ini akan menguasai emosi, lantas tindakan akan terhasil. Kalau positif dalam fikiran, maka positiflah tindakan. Bukan mudah menjadikan positif sebagai mainstream dalam fikiran sendiri. Kerana setiap kita sendiri pun sering berperang dalam dalaman diri. 

Mudah sebenarnya mengubah hidup ini, hanya mengubah cara fikir. Itu yang saya sering dengar. Tapi mudahkah mengubah cara fikir?

Sakit kepala dari semalam tak baik-baik.

Saya pandang wajah tua ibu mertua saya ini. Waktu mudanya , memang jelita. Ah, siapalah yang tidak cantik masa mudanya? Masa kudrat penuh dan tenaga mencurah, kan.

Nak Normah bawa ke klinik?

Dia geleng kepala.

Dan saya duduk di situ. Mengajaknya berbual, perkara tidak penting pun. Kemudian mengajaknya keluar dari bilik. Alhamdulillah, rumah yang penuh berkat itu, kerap dihiasi tawa dan tangisan cucu tuan rumah. Dan petang itu, cucu-cucunya ada menceria suasana, dan emak mertua saya kelihatan gembira dikelilingi cicit-cicitnya.

Camana sakit kepala emak?

Bila sudah lewat petang, sebelum beredar balik, saya tanya soalan tersebut pada ibu mertua. 

Ha... dah kurang sikit.

Saya tahu. Kerana sepanjang waktu itu saya perhati, dia banyak tersenyum dan bergelak tawa. Emosinya lebih ceria, kerana fikirannya dipenuhi unsur positif. 

Positif fikiran, positiflah tindakan.

Tapi , esok, lusa?

Bila dia duduk  bersendirian lagi nanti ...?

:(

Salam Jumaat, rakan-rakan semua. Semoga anda tidak bersendirian hari ini. :)

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, August 16, 2011

lepas maghrib mula berangan


Midah, camana nak buat cicah ikan bakar?


Senyum berbalas. Mata bertaut. Buku resepi di tangannya ditutup perlahan. Sedang menelaah buku resepi. Resepi biskut raya rupanya. Rakan-rakan yang lain di keliling turut memandang saya sambil tersenyum. Oh.... di tangan masing-masing rupanya melekat buku resepi pelbagai.


Sesi menerang cara, bermula.


Ada pula yang menambah. Memberi petua dan idea.  Gaya masing-masing, air tangan masing-masing.


Mah, hari ini masak apa?


Bakar ikan je kak ana. 


Bakar camana?


Bakar bodoh je kak ana.


Langkah pulang ke rumah terhenti di meja rakan ini pula. 


Kalau nak lebih sedap , bakar cam gini....


Saya mengangguk. Berterima kasih. Merekod secara mental dalam kepala, cara membakar ikan istimewa dari Kak Ana. Nanti lepas dari ini, pasti bila melihat wajah Kak Ana , akan terbayang langkah membakar ikan cara gayanya.


Meneruskan langkah balik ke rumah.


Acara berkungfu panda di dapur menunggu. Sambil itu, dalam hati berkata-kata, pengganti Chef Wan ramai rupanya di bilik guru ini. :)


*berkungfu panda dua jam setengah di dapur, acara makan hanya setengah jam sahaja.... mengemas selepas makan setengah jam juga. Sambil mengemop lantai, berangan sorang, bila agaknya boleh ber'bibik'?

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, October 26, 2010

kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain....

Menjadi pengulas  hal ehwal semasa yang dibaca dari suratkhabar memang seperti sudah jadi perkara biasa. Saya kira ia bukan terhad pada saya dan rakan-rakan di sekolah sahaja. Berita dan jenayah sensasi di dada suratkhabar kekadang mengeratkan lagi hubungan di antara rakan.

Ramai yang pasti menggeleng kepala masing-masing setelah membaca kisah "Suami panas baran keterlaluan". 

Seperti biasa, bila membicara isu rumah tangga yang sebegitu rupa bersama rakan-rakan sebaya, kami semua jadi ibarat kaunselor yang bertauliah. Berbagai saranan, luahan serta teori kami utarakan, berdasarkan perspektif dan pengalaman masing-masing. Kalahlah ahli panel mana-mana, dan kalau kami dijemput sebagai ahli panel, pun rasanya, tidak akan cukup waktu untuk rancangan lain bersiaran.  :)

"Alhamdulillah, terus talak tiga kan... Tak payah dah rujuk semula," ulas saudara kembar  saya ( kembar pada nama sahaja).

"Itulah, saya ada cakap pada suami saya bila kekadang tengah bertengkar dan dalam marah tu..... kalau awak tak puas hati dengan saya, awak carilah permpuan lain. Saya izinkan sekarang juga..." cerita Ustazah beriya-iya.

"Awak tahu suami saya cakap apa?" tanya ustazah pada kami.

"manalah saya tahu ustazah...," itu bisik hati saya sahaja. Realitinya saya hanya menggeleng kepala, menunggu sambungan cerita yang ada lapse sebentar.

"Dia kata dia tak mau....Bila saya tanya kenapa? Tahu apa dia cakap?" tanya ustazah lagi.

Memang sudah tebiat guru agaknya kalau bercerita, mesti ada kemahiran bertanya. Padahal bukannya ustazah tak tahu yang kami memang tak tahu kan...

"Nanti makan tak sedap..." sambung ustazah tanpa menunggu jawapan dari kami.

Si ustazah ini memang pakar memasak. :)

Kehidupan berkeluarga setelah melepasi belasan tahun dan menghampiri angka puluhan tidak memungkinkan kemanisan seperti awal berumah tangga. Di mana serba serbinya indah dengan rindu dendam dan cinta kasih pengantin baru. 

Rumahtangga yang dibina bertahun akan dimeriahkan dengan rasa kasih atas tanggungjawab dan kesetiaan. Faham dengan keperluan dan kehendak pasangan walau kekadang ia menuntut sedikit pengorbanan kita, sebenarnya akan mengikat erat ikatan  yang sedia ada. 

Dan rasa kasih yang mengisi dada hanya bisa diletakkan ia di sudut hati kita dan pasangan oleh Allah Yang Maha Pengasih. Doa dan doa serta  doa. Tiga perkara penting yang dapat memastikan rasa kasih itu terusan teguh.



~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, July 17, 2010

manjakan diri

Baru balik dari Latihan Dalam Perkhidmatan yang dianjur bersama antara Yayasan Nurul Yaqeen dan sekolah saya bertugas.

Seronok.

Sesekala bertukar angin, kerana ia dibuat di luar sekolah, dan mendengar idea-idea baru dari penceramah, memang terasa minda segar mendapat santapan . Antara penceramah yang membuat kami tidak kering gusi ialah Kaunselor Hj Husim Hj Salleh. Dari mula hinga ke akhir, memang asyik menahan perut walau batang hidung sendiri kerap terkena sinis beliau yang tajam.
sumber


Kes-kes rumah tangga dan masalah jiwa individu yang berjaya, banyak dijadikan iktibar dalam ceramahnya. Satu yang jelas ialah, perlunya hubungan dinamik antara suami isteri . Sesekala isteri perlu membuat kejutan dari segi layanan dan sentuhan. Masa untuk memanja diri sendiri juga perlu diperuntuk oleh setiap suami dan isteri.

Pergilah dua minggu sekali, kata beliau , manjakan diri di spa untuk mengembalikan kesegaran. Suami dan juga isteri. Jangan nanti akibat terlalu mementingkan insan lain, diri sendiri terabai, dan nanti ia menjadi alasan pasangan kita mencari kebahagiaan yang lain.

*Noted*

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, May 23, 2010

balik rumah terus cari penyapu


Bila orang bercerita tentang menyimpan dan mengguna pakai hadiah-hadiah dari kawan-kawan walau pun kecil dan murah, saya pun terus teruja, bertekad menyimpan segala harta benda pemberian orang kepada saya sebaik mungkin.


Dan bila saya berkunjung ke rumah kawan , melihat rumahnya cantik dan tersusun kemas, terus juga saya teruja, sampai di rumah sendiri, terus cari penyapu, mengemas dan membuang barang-barang yang rasanya menyemak di mata.


... ha, itu lah saya, kalau nak tau serba sikit perangai saya lah. nasib baik orang sebelah beli gelang emas, saya pun tidak ikut teruja. Kalau tidak, berdirilah saya depan kedai habib jewel menunggu pintu kedai dibuka.


Jumaat lepas , team baju biru di sekolah (hehe... teringat kempen syarikat celcom sempena Piala Dunia) telah dijemput menghadiri 'house warming' rumah Pn Ruzita, Ketua Panitia Bahasa Inggeris di sekolah saya.


Bila saya sebut team baju biru, tu, sebenarnya tidak adalah pulak team baju merah. Saja je. Kami yang berpeluang dan ada masa berziarah ni berpakat-pakat memakai baju biru. Tema berziarah.


Jadi, entri kali ini khas untuk rakan sekolah dan tuan rumah yang manis.


tuan rumah, Pn Ruzita


feature wall di rumahnya. Masuk ke ruang tamu terus ternampak feature wall yang retro ini. cantik!



team baju biru , rusidah, ruzani dan ustazah norwati. Air yang ustazah tengah kacau tu best! tak tau apa namanya



bunga tulip penyeri meja makan



antara kuih muih



penolong dan pembantu ... (sama maksudnya, ya...?)
ustazah norwati, sarizana dan kak azmah



ustazah serba boleh, lepas bancuh membancuh, baca doa pulak
yang mengameen penuh khusyuk dari kiri, hafsah, faizah, ustazah dan zuriana



ruang makan yang luas



yang memotong buah, dari hujung , rusmina, fazanaton dan kak azmah



anak dara tuan rumah berbaju putih dan kawan sekelas
farhanah & farhanah




meja console bercermin. klasik.


Rumah Puan Ruzita ini rumah teres bahagian hujung sekali, baru sahaja di 'rennovate'. Yang pastinya, kalau ingin rumah yang kelihatan luas di mata, kena tinggikan syiling rumah dan gunakan cat dinding yang cerah seperti yang beliau lakukan. Memang berganda luasnya dari sebelum di 'rennovate'.


Rumah juga akan terasa luas di hati, jika tuan rumah juga pemurah seperti Puan Ruzita ini.


Terima kasih menjemput saya. Saya bila lagi? Tunggu saya tinggikan syiling rumah saya, nanti saya jemput ramai-ramai ya.....



~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, April 27, 2010

ubat nya hati


bukan sepanjang masa hidup berumah tangga penuh dengan tawa ria . mungkin di awal perkahwinan semasa cinta masih mekar mewangi, segalanya nampak indah, dan tidak terbetik dalam hati , bagaimana perasaan kasih dan cinta boleh naik turun seperti roller coster.


tapi, kalau dah 10, 15, 20 tahun dalam alam perkahwinan, dengan insan yang sama , pastinya ada pasang surut juga kasih dan sayang dalam diri.





tersalah kata, tersilap faham menjadi asam garam dalam hidup berumah tangga. dapat suami yang pandai memujuk, bertuahlah si bini. tapi kalau dapat suami yang kurang peka, kenalah sang isteri pandai-pandai memujuk hati.

mungkin cara berikut boleh kita aplikasikan untuk memujuk hati:


1. mengemas rumah.
-kalau boleh sambil mengemas, hentak-hentakkan sikit kerusi dan meja, pinggan dan mangkuk, supaya dapat difahami mesej yang hendak kita sampaikan (main-main je ni... janganlah sampai begini ya kawan-kawan. habislah nanti set pinggan mangkuk kita.)

sebenarnya bila kita mengemas, kita boleh alihkan tumpuan perasaan kita ke arah perkara yang lain.

tidaklah kita asyik memikir, kenapalah cik abang ni tak pujuk2 kita. dalam masa yang sama, rumah jadi lebih bersih dan lapang , sekaligus membuang keserabutan dalam kepala.


2. berdialog dalam hati dan akal dengan perkara positif
- saya selalu berbuat begini.
tapi tidaklah bercakap sorang-sorang. cuma berkata-kata secara positif di hati dan akal.

cubalah cari perkara positif dari kata-kata dan tindakan yang mencalit rasa sedih dalam hati. Ia mungkin mengambil masa, tetapi jika kita selongkar seikhlas hati, pasti ada juga perkara positif dari kejadian. kerana kita pun bukanlah malaikat yang bebas dari salah dan silap, begitu juga dengan suami kita.


3. berzikir sebanyak mungkin
-saya pun dah lewat usia sebegini baru pandai untuk kerap berzikir dan menyerahkan rasa sedih dan terasa pada Allah. masa muda-muda dulu lebih banyak memendam rasa tanpa ada hasil. (bukanlah bermakna asyik makan hati aje, tapi sebab sifat yang cepat terasa tu, yang jadinya asyik memendam rasa)

bila dah amalkan di lewat usia begini, memang terasa keberkesanannya. hati pun cepat terubat dan rasa merasa kurang sedikit dari kamus hidup. cubalah, tak rugi pun kalau mencuba.


saya pasti kengkawan lain yang lebih pengalamannya mempunyai cara lain yang lebih baik untuk memujuk hati sendiri.

boleh kongsikan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...