Tuesday, April 27, 2010

ubat nya hati


bukan sepanjang masa hidup berumah tangga penuh dengan tawa ria . mungkin di awal perkahwinan semasa cinta masih mekar mewangi, segalanya nampak indah, dan tidak terbetik dalam hati , bagaimana perasaan kasih dan cinta boleh naik turun seperti roller coster.


tapi, kalau dah 10, 15, 20 tahun dalam alam perkahwinan, dengan insan yang sama , pastinya ada pasang surut juga kasih dan sayang dalam diri.





tersalah kata, tersilap faham menjadi asam garam dalam hidup berumah tangga. dapat suami yang pandai memujuk, bertuahlah si bini. tapi kalau dapat suami yang kurang peka, kenalah sang isteri pandai-pandai memujuk hati.

mungkin cara berikut boleh kita aplikasikan untuk memujuk hati:


1. mengemas rumah.
-kalau boleh sambil mengemas, hentak-hentakkan sikit kerusi dan meja, pinggan dan mangkuk, supaya dapat difahami mesej yang hendak kita sampaikan (main-main je ni... janganlah sampai begini ya kawan-kawan. habislah nanti set pinggan mangkuk kita.)

sebenarnya bila kita mengemas, kita boleh alihkan tumpuan perasaan kita ke arah perkara yang lain.

tidaklah kita asyik memikir, kenapalah cik abang ni tak pujuk2 kita. dalam masa yang sama, rumah jadi lebih bersih dan lapang , sekaligus membuang keserabutan dalam kepala.


2. berdialog dalam hati dan akal dengan perkara positif
- saya selalu berbuat begini.
tapi tidaklah bercakap sorang-sorang. cuma berkata-kata secara positif di hati dan akal.

cubalah cari perkara positif dari kata-kata dan tindakan yang mencalit rasa sedih dalam hati. Ia mungkin mengambil masa, tetapi jika kita selongkar seikhlas hati, pasti ada juga perkara positif dari kejadian. kerana kita pun bukanlah malaikat yang bebas dari salah dan silap, begitu juga dengan suami kita.


3. berzikir sebanyak mungkin
-saya pun dah lewat usia sebegini baru pandai untuk kerap berzikir dan menyerahkan rasa sedih dan terasa pada Allah. masa muda-muda dulu lebih banyak memendam rasa tanpa ada hasil. (bukanlah bermakna asyik makan hati aje, tapi sebab sifat yang cepat terasa tu, yang jadinya asyik memendam rasa)

bila dah amalkan di lewat usia begini, memang terasa keberkesanannya. hati pun cepat terubat dan rasa merasa kurang sedikit dari kamus hidup. cubalah, tak rugi pun kalau mencuba.


saya pasti kengkawan lain yang lebih pengalamannya mempunyai cara lain yang lebih baik untuk memujuk hati sendiri.

boleh kongsikan?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. salam

    habislah set pinggan arcopal tu..hehe

    ReplyDelete
  2. saya pon cepat terasa...

    slalu je nk merajuk..

    tapi x dipujuk alih2 pujuk diri sndiri...

    huhu

    ReplyDelete
  3. boleh jadi panduan nie..
    saya ajarkan diri untuk tak ambil kisah bab2 nak merajuk ni.. buang masa dan sakit jiwa sebab bukan dia layan sangat.

    tapi kan.. kalau cik abang tu merajuk tau lak nak dipujuk.. pasangan memang ader pro dan kontranyer kan :)

    ReplyDelete
  4. Wah...boleh dibuat panduang utk 5 tahun akan dtg punya cerita.hahaha

    ReplyDelete
  5. kita tak pratik lagik lalala

    ReplyDelete
  6. salam ziarah..
    fahami falsafah berumahtangga..berdua untuk memberi, bukan hanya menerima..
    tidak mengapalah andai tidak dipujuk, asal kita dah cuba memberi & lakukan yG terbaik..
    InsyaAllah..tiba masanya nanti pujukan & pemberiannya pasti datang dengan cara yG lebih baik pula

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Hidup berumahtangga kena saling faham memahami, kadangkali satu pihak itu lebih memahami hingga termakan hati dan memendam rasanya

    ReplyDelete
  8. nak buat camna bila suami plak terlalu sensitif dan mudah merajuk bila umo dah makin meningkat ni??fening!!

    ReplyDelete
  9. salam cikgu ..

    dah nama isteri n suami hidup dlm sebuah rumah tangga , bila dah lama2 tu gitu ler keadaannya, jadi pandai2 ler kita mengemudikannya agar ia tidak karam .
    betul tu , akak sokong pendapat mu , banyak2 berzikir hati jadi tenang selalu .

    ReplyDelete
  10. kl citiz,
    setuju...setuju.....
    Lihatlah di sekeliling, kejadiam unsur alam ciptaan Illahi...

    Laut tenang, kekadang bergelora,
    Awan cerah, kekadang mendung,
    Pepohon hijau, kekadang layu,
    Tanah lembah, kekadang kering,
    Bulan bersinar, kekadang suram,

    Demikianlah kehidupan..Kita usahakan yang terbaik...

    ReplyDelete
  11. Salam Normah.

    Betullah Normah, hempas pinggan mangkuk rugilah kan, Apa-apapun bila kita kembalikan kepada Allah hati akan jadi tenang. InsyaAllah.

    Kakpun dah tua baru mengerti, masa muda dulu lagha juga. Mudah2an Allah memberi ampunan.

    ReplyDelete
  12. Terimakasih tip. Bila kita rasa diri kita tua, itu bermakna pasangan kita juga turut tua... Depa tak mungkin bertambah muda...

    Jadi, kalu dah tua, buat cara tua.. Heheheheh..

    ReplyDelete
  13. Tampal saja dengan koyok mana mana hati yang mau diubat..

    ReplyDelete
  14. naman-- sayang kat arcopal, kan...

    ReplyDelete
  15. gadis-- dah tua2 nanti lebih byk yg hendak dirajukkan

    isza-- org lelaki sebenarnya lebih manja dari org

    ReplyDelete
  16. iqbal-- buat Ingatan utk akak juga

    azrai-- kalau bole dpt dua2 balasan lagi best

    maiyah -- lalalala....

    ReplyDelete
  17. memang banyak bezanya masa bercinta, baru berkahwin dan lama berkahwin...

    ReplyDelete
  18. Salam Cikgu Normah,

    Bila berkahwinan dah menjangkau puluhan tahun macam kak ani ni, rasanya kita dah faham hati budi dia, kalau berkecik hati pun, macam cikgu katalah, pujuk jerlah hati.

    Tak guna kita nak panjang2 merajuk menyusahkan hati kita saja, buat2 dek jer. Harta benda seperti pinggan mangkok dan apa saja jangan dijadikan tempat lepas geram, rugi nanti kita juga yang kena beli balik. Lagi pun Allah marah membazir.

    ReplyDelete
  19. Aslmkm.
    Hehe. Cikgu, taqwa & iman adalah senjatanyanya. Jgn melayan perasaan cenggitu! Astaghfar & zikir je byk2.

    ReplyDelete
  20. Salam Cikgu,

    18 tahun melayari alam perkahwinan biasalah ada pasang surut. Yg penting apa2 kena byk2 bersabar insyaallah semuanya selamat. Alhamdulillah walaupun suami bukan dari kategori yg romantik tapi sy bahagia. Pada sy kena saling faham memahami dan terima je pasangan kita seadanya.

    ReplyDelete
  21. Salam Cikgu..

    Hahahaha... suka sangat part yang hentak2 kerusi dgn pinggan mangkuk tu..

    Saya kalau saya marah atau tak puas ati.. tunggu malam.. dah baring, org dah ready nak tido.. baru saya start.. "eeeee... nak bagi tau nih.. kita.. betul2 tak puas ati dgn org tu tau.."

    Hahaha

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.