If I had My child to Raise Over Again-
by Diane Lemons (from Chicken Soup for the Teenage Souls on Love & Friendship)
If I had my child to raise all over again:
I'd build self-esteem first, and the house later.
I'd finger-paint more, and point-finger less.
I would do less correcting and more connecting.
I'd take my eyes off my watch, and watch with my eyes.
I would care to know less and know to care more.
I'd take more hikes and fly more kites.
I'd stop playing serious and seriously play.
I would run through more fields and gaze at more stars.
Saya kira banyak benarnya.
Kita masih ada masa. Masa untuk lebih berhubung dengan anak-anak kita dan remaja kita. Daripada menuding jari ke atas kesilapan dan kesalahan mereka, mari kita lebih berusaha mengikat hati mereka dengan hati kita.
Mencari silap memang mudah. Mencari benda yang tidak berkenan di mata kita memang senang. Fesyen rambut yang tak betul, tutur kata yang kasar, gelak tawa yang menyakit telinga, adab yang tidak sopan... memang itu jelas dan boleh ditegur bila-bila masa sahaja. Tetapi bebelan setiap hari dari seorang dewasa yang jauh hatinya dari hati mereka memang tidak akan dilayan serta tidak akan diendahkan.
Memang sikap remaja sedemikian rupa. Kita pun seperti mereka juga dulu. Rebellious. Orang lain sentiasa kita anggap sebagai lawan, kerana hati kita tidak bertaut. Mungkin kita patut lebih mendengar dari menuntut untuk didengar.
Daripada Sahl bin Saad as-Saa'idi r.a bahawa Rasulullah SAW pernah suatu ketika dihidangkan dengan minuman.
Di kanan Baginda terdapat seorang kanak-kanak, manakala di sebelah kiri adalah seorang dewasa. Selepas meminum sebahagian minuman tersebut, Baginda SAW bertanya kepada budak itu , "Adakah kamu izinkan aku memberikan air ini kepada mereka (orang-orang dewasa)?"
Lalu budak itu menjawab: "Tidak, demi Allah aku tidak akan lepaskan bahagianku daripadamu kepada sesiapa pun"
(dipetik dari Bercinta Sampai ke Syurga oleh Hasrizal Abdul Jamil m/s 9)
Yang mulia Rasul sendiri berusaha untuk mendengar dari anak-anak sebelum membuat tindakan. Mendengar dahulu sebelum bertindak.
Tetapi budaya kita ada kalanya , bertindak dahulu baru mendengar. Akibatnya rasa marah dan dendam tersemat di jiwa anak-anak kita. Marah dan dendam yang seterusnya kan membuah amukan dalam bentuk tindakan serta kelakuan.
Saya kira ada masanya kita sebagai orang-orang dewasa yang bergelar ibu bapa atau seorang guru perlu melihat kembali tindakan kita selama ini . Adakah selama ini kita menegur anak-anak kita dan remaja kita tanpa terlebih dahulu cuba membina ikatan hati yang baik?
Proses membina ikatan hati bukanlah semudah yang saya tulis ini, pastinya.
Ia perlukan masa dan kesungguhan kita. Moga usaha kita semua secara berdikit bisa menghasilkan kesepaduan. Moga masa depan yang kita tinggalkan nanti untuk anak-anak dan remaja kita adalah masa depan yang lebih tenang berbanding sekarang.
Salam Normah.
ReplyDeleteKena banyak berlatih sebenarnya.. kita ni banyak teori tapi nak buat tu selalu terlupa. Bila dah jadi barulah tersedar.. pengalaman kak juga seperti ini kdgkala tak sabar nak menyampuk dan akhirnya mereka tak mahu meneruskan luahan.
btol tu cikgu......
ReplyDeletebebelan shj tanpa mendengar bole menyebabkn kekerasan hati kn?
dulu semase rebung mungkin lalai menegur, da jd buluh memg payah ler....klu menegur pn dulu menegur dgn cara memarahi.....sesiapa pn xsuka kn klu kena mcm tu....
jd kesimpulanny memg kita kureng atau tidak mendgr n kureng atau tidak menegur seseorg dgn berhikmah... kita lbh suka marah melulu n akhirny kena la penyakit tekanan darah tinggi.......huhu...na`uzubillah...
Salam Jumaat...
ReplyDeleteterimakasih berpesan-pesan.
Salam...
ReplyDeleteKadangkali orang tua meletakkan ego mereka terlalu tinggi hingga menyempitkan keadaan, tidak memberi laluan kepada anak-anak utk bersuara
Salam..
ReplyDeleteAnak2 perlu didekati dgn hati yg lapang dan dengarkan luahan hati mrk tak kira sesibuk mana pun kita. Nasihati dgn berhemah dan bijaksana.
Setuju!!!! saya pun sama,sgt2 tak suka kena bebel...haha
ReplyDeleteKena pandai saiko dengan remaja nie...
ReplyDeletewaalaikummussalam
ReplyDeletekak werdah -- kak werdah lagi banyak pengalamannya kan..
azie-- sama2
razak--sama2lah kita beringat, kerana kita pun akan tua juga
acik-- betul sangat tu
iqbal-- sesapa pun memang tak suka dibebelkan
miecyber--betul sanagat2 tu
--------------------------------------
assalammualaikum
yati--niat di hati memang selalu tak nak membebel, tapi selalu juga bebelan yang mem=njadi pembuka bicara bila nak menegur
harapnya kita sama2 mendengar sebelum bertindak, bertindak sebelum mendengar..
ReplyDeletewalaupun masih muda, kenalah mula dari skarang kan?
saya pernah letak puisi ni dulu kat blog saya, nama dia rasanya cikgu tersalah eja sikit huhu..
diane loomans..