Tuesday, April 13, 2010

Awak ada penyakit ni?


Kalau kita perhatikan, manusia memang suka mengenakan kawan-kawan. Lebih-lebih lagi dengan tujuan sebagai gurauan.


Dengar sajalah siaran radio kita, atau rancangan televisyen kita. Pasti ada satu atau dua rancangan yang cuba mengenakan orang lain.


Suami saya suka mendengar Hitz.fm, dan saya juga sesekala dapat mendengar siaran GOTCHA! nya, yang bertujuan mengenakan seseorang sebagai bahan jenaka serta gurauan. Saya kira ada juga siaran radio lain yang terkenal dengan panggilan Hangitnya.


Walau pun secara peribadi, saya merasakan jenaka sedemikian rupa adalah jenaka yang kurang baik, tetapi apa bila mendengarnya saya juga akan ketawa sendirian di dalam kereta. Dan saya pasti rancangan sedemikian memberikan rating yang baik bagi radio tersebut.


Di kelas pun, tabiat mengenakan kawan-kawan memang selalu berlaku. Terutama kelas-kelas hujung, yang pelajar-pelajarnya memang kaki lawak, suka buat lawak dan melawakkan orang lain.

Saya sedang mengajar Sains , tajuk Kelenjar (Glands).



"Kelenjar pituitari terletak di bahagian otak kita yang besar ni ya. " - sambil itu menunjuk gambar di skrin.


"Kelenjar ini berfungsi mengawal kelenjar-kelenjar yang lain, dan juga mengawal tumbesaran badan. Kalau hormon yang dirembeskan (dikeluarkan) oleh kelenjar ini kurang dari normal, manusia yang terhasil tu bantut, kalau hormonnya terlebih pula, nanti jadi seperti gergasi"

Tidak habis saya bercakap, dua tiga tangan pelajar terangkat hendak bertanya.

"Cikgu, kalau orang tu, ada tahi lalat besar kat tepi hidung tu sebab apa ya?" tanya si A. Kawan-kawan yang lain dah tergelak.


"Cikgu, kalau orang tu pulak, tak ada bulu kat badan dia, penyakit apa?" tanya si B. Gelak kat belakang bertambah kuat.


"Cikgu, kalau orang tu, mata dia sepet, penyakit apa pulak?" tanya si A semula.

Hati saya dah panas.

"Nanti jap, sebelum saya jawab, saya pulak nak tanya, Kalau orang tu jenis tak boleh nak tutup mulut dia, asyik bertanya soalan merepek ni, penyakit apa tu?"


* diorang ni ingat cikgu sains ni macam doktor kut ya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

21 comments:

  1. Salam cikgu..bukan ke murid murid yang selalu bertanya adalah murid yang bijak..

    ReplyDelete
  2. murid yang selalu bertanya tu sama ada bijak atau pun tak tahu.

    ReplyDelete
  3. soalan mereka kreatif apa??tapi tak tau le sekadar suka2 tanya atau betul2 nak tau...tapi saya teringat masa zaman sek dulu...kerana suka sgt bercakap...cikgu saya penah kata.."saya rasa masa mak awak mengandungkan awak dulu... ,mesti dia suka makan tongkeng ayam"...hehehe...

    ReplyDelete
  4. Salam Normah.

    Tak dapat kak tahan ketawa.. gelihati pula. kak ada tahi lalat besar kat tepi hidung ni. hehe..

    Itulah kan, mendidik ni kena banyak sabar.. itu kelas hujung.. tp jika kelas terpilih nak tanya yg advance keluar dp tajuk yg diajar masa tu lagilah merah telinga..

    Kdg2 pengalaman begini menghiburkan ya tak?

    ReplyDelete
  5. memg soklan2 yg menyakitkn.....huhu
    sabo jer la....

    ReplyDelete
  6. Salam...

    Kadangkali soalan dikemukakan berkemungkinan untuk menduga dan boleh jadi amat perlukan jawapan. Namun kita sebagai pendidik, kena sabar dlm apa jua kerenah pelajar.

    Kadang geram juga ya!

    ReplyDelete
  7. salam,

    "anak murid, sila tanye lepas saya terangkan, or else saya tarik tinga tuu". okay tak cenggini? :p

    ReplyDelete
  8. Ada orang kata, orang yang bertanya ni ada 3 jenis

    1. Bertanya sebenarnya dia tahu jawapan tapi dia nak kawan dia yang tak, boleh tahu

    2. Bertanya memang kerana tak tau

    3. Bertanya nak uji orang yang ditanya

    ReplyDelete
  9. biasala budak2..

    haha..nanti diorang dah tuasikit
    budak2 muda pulak buat kat diorang macam tu..

    ReplyDelete
  10. haha...teringat zaman sekolah dulu-dulu!!

    ReplyDelete
  11. hehe.. ssh senang jd cikgu

    ReplyDelete
  12. Inilah budak2 remaja... mengenakan kawan2 sekelas memang hobi mereka... sampai cikgu pun pening kepala nak layan.

    ReplyDelete
  13. Amboiii Cikgu niii... pandai buat loyar buruk gak nooo....

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Bagus la kalau kwn2 boleh terima gurau kita tp apa yg jadi pd saya sebaliknya. Saya terpaksa tutup blog saya dn buka blog baru. Linkkan lah blog baru saya http://duniacik.blogspot.com/

    ReplyDelete
  15. sebenarnya soalan mereka tu..adake jawapannya cikgu?

    ReplyDelete
  16. salam kak mah..

    usah anak2 murid kak mah anak2 kat rumah nie pun kalau pasal bertanya macam la mak dia nie menteri... ha..

    ReplyDelete
  17. assalammualaikum

    relevan-- kalau tujuan soalan nak mengenakan kawannya yang ada tahi lalat dan yang bermata sepet, bukannya budak bijak tu...tapi, terlebih bijak

    endiem -- betul tu endiem

    hai-- memang kreatif bab2 nak mengenakan kawan

    ReplyDelete
  18. assalammualaikum

    kak werdah-- bila di ingat2 memang menghiburkan, tapi pada waktu kejadian, dengan kita nak mengejar masa nak habiskan sukatan dan nak pastikan diorang faham, sakit jiwa gak


    hayati--dahlah saya ni memang kurang sabar, kekadang terlepas juga kemarahan tu


    razak -- geram memang tetap geram

    ReplyDelete
  19. assalammualaikum

    lynn-- amboi, garangnya!takut kena saman nanti, tak pasal pulak

    kak ani-- betul tu kak ani. tapi ada jenis bertanya sebab nak kenenkan kawannya

    zaren-- betul tu..entah2 masa saya bebudak dulu suka jugak menanya benda merepek cam ni kut..entah tak ingat lah pulak

    ReplyDelete
  20. assalammualaikum

    iqbal-- oo iqbal pun sama suka menyoal soalan2 cepumas lah ya..

    maiyah-- ya, sama banyak susah dan senangnya

    nida-- mungkin sebab bosan duduk dalam kelas dari pagi sampai tegahari, setiap hari, jadi mengenakan kawan tu untuk menghilangkan stress, kan

    ReplyDelete
  21. assalammualaikum

    azie--setakat loyar buruk ngan bebudak ni retilah jugak, tapi suruh masuk raja lawak memang tak layak le

    shaniza--aii, apa citer kena tutup blog ni??

    abu muaz--entahlah , saya tak tahu lah pulak, sebab saya bukan saintis cuma cikgu sains je

    atie--wau...soalan2 negara kat rumah tu ya??

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.