tanyalah cikgu mana pun. saya pasti ramai yang sependapat dengan saya. Terutama bagi guru-guru yang mengajar pelajar-pelajar di sekolah harian dan berpeluang mengajar kelas-kelas yang hujung-hujung belaka.
Kesal dengan sistem pendidikan di negara ini. Namun begitu, apa yang hendak dikata, bukan kita pembuat dasar dan bukan kita yang menyusun kurikulum.
Kasihan. Bukan tidak kasihan. Sepanjang tempoh pengajaran, pelajar-pelajar ini dipaksa untuk belajar perkara-perkara di luar kemampuan mereka. Bukan semua pelajar berupaya untuk duduk senyap dalam kelas menelaah pelajaran, menjawab soalan, menyalin nota, berbincang secara ilmiah, menggunakan buah fikir menyelesaikan masalah-masalah yang bakal dikeluarkan dalam peperiksaan.
Pelajar-pelajar kelas hujung ini jugalah yang kerap menimbulkan masalah. kerana apa? Kerana pelajaran membosankan.
Buatlah aktiviti yang menceriakan... cadang penasihat-penasihat di luar sana. Kita minta mereka menyanyi ke, berlakon ke, buat kajian ke. Mencadang memang mudah. Kalau dalam peperiksaan SPM nanti ada bahagian nyanyian dan lakonan, eloklah juga. tapi kertas soalan SPM menyuruh pelajar membuat analisa, membandingkan, membuat kesimpulan, membuat rumusan, membuat ramalan dan serbanika soalan aras tinggi.
Sedangkan majoriti pelajar di kelas hujung, hendak membuat perbandingan secara mudah pun menjadi satu kepayahan buat mereka.
Dan mereka masih terkurung dalam sistem yang menyeksakan ini. Setiap hari kalau 5 orang guru berlainan yang masuk ke kelas mereka, maka setiap kali itulah mereka dipaksa untuk memberi perhatian, menghafal untuk peperiksaan, menulis dan menyalin, untung-untung apa yang disalin nanti akan keluar semasa menjawab kertas SPM nanti. Kerana itu adalah ukuran sama ada awak belajar atau tidak sekarang ini, iaitu, boleh lulus SPM atau tidak.
Saya kira, kalau di peringkat sekolah rendah dan menengah rendah, memang wajar kita memastikan pelajar-pelajar ini belajar sedemikian rupa, tetapi di peringkat menengah atas, pelajar-pelajar ini memerlukan kemahiran tertentu untuk meneruskan kehidupan.
Pelajar-pelajar lemah dalam akademik ini sebenarnya bukan lemah dalam segala segi. Mereka punya kemahiran lain yang tidak diasah semasa di sekolah. Masa mereka terbuang dua tahun di sekolah mempelajari tajuk-tajuk dan pelajaran yang tidak banyak membantu mereka untuk bersaing di luar nanti. Kerana mereka memang tidak dapat bersaing dalam persaingan akademik dengan rakan-rakan yang sememangnya boleh 'belajar'.
Setiap tahun saya tidak pernah terlepas mengajar kelas-kelas hujung di sekolah harian, dan setiap kali itu rasa kasihan pada anak-anak ini dan kesal dengan sistem pendidikan yang sedia ada. Belajar agar dapat lulus sahaja, bukan pun cemerlang dalam mana-mana subjek. Di manakah keuntungannya? Bukan pada saya, dan bukan juga bagi mereka.
Susahya nak komen, sbb saya bukan guru wpun ramai ahli keluarga memang bergelar cikgu.
ReplyDeleteYang sentiasa banyak kerja, sentiasa habiskan masa banyak di sekolah lebih dari rumah...
jaga anak murid lebih dari anak sendiri..
parah, kan? Sekali sekala, saya rasa lega tidak jadi cikgu...
sangat benar cikgu. saya mempunyai seorang anak saudara yg duduk kelas belakang. cara dia berfikir tentang belajar untuk masadepan nii.. sukar utk saya fahami.
ReplyDeleteSalam Normah.
ReplyDeleteMemang benar perkara ini telah wujud sejak kak mula mengajar dalam tahun2 70an lagi.
Biarpun kita merungut akan hal ini namun tak pernah dibuat kajian secara menyeluruh utk mengkaji punca masalah dan menyelesaikan masalah.
Jika difikirkan bukankah baik jika pelajar2 ini diasingkan ikut potensi mereka kan?
Sangat setuju. Sedar tak sedar, sistem kita semakin lama semakin exam oriented. Dulu A saja, sekarang dah jadi A+ & A-. Apakan daya. Kita hanya seorang pelaksana kepada dasar
ReplyDeletesalam
ReplyDeletebetul tu, manusia kan dianugerahkan dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing
memang perasaan marah tu ada masa ajar kelas hujung, tetapi perasaan kasihan juga tak lepas dari hati kita sebagai guru
setuju jugak dengan cikgu..
ReplyDeletesebagai pelajar terasa juga masalah yang berlaku ni
cikgu-cikgu dulu eprnah cuba dengan mintak murid kelas atas untuk tarik murid kelas bawah supaya diorang kuat belajar sikit..
cuma hasilnya tak menjadi bila mindset mereka ni memang begitu..
jadi cikgu juga yang pening kepala..mana yang dapat cari potensi anak murid, senang sikit kerja dia, tapi yang tak dapat?
x tau lah patut komen atau x. sebab saya hanya 'bakal guru'.. :)
ReplyDeletekak, memang kecian kan.. tapi yang lagi kecian, ada guru yang labelkan mereka.. contohnya, budak x pandai, budak nakal, budak masalah..
bila ada guru baru atau praktikal masuk sekolah tu, guru lama kata "ha ni lah kelas budk2 nakal.. "
bagi saya x patut label pelajar begitu..
wallu'alam..
Salam Cikgu,
ReplyDeletebetul tu. Kadang sy bersimpati ngan budak2 yg duduk di kelas belakang ni. Macam takde kemajuan langsung. HAri tu ada terbaca dlm majalah, seorg pemuda ni masa zaman persekolahan selalu duk kelas belakang, sampai cikgu kata dia takde harapan nk berjaya. Sebenarnya dia kata sistem pelajaran di malaysia ni membosankan. Tapi sekarang dh jadi jutawan yg berjaya. Sepatutnya kerajaan patut kaji benda ni betul2. Jgn kan yg duk kelas di belakang yg kelas depan tu pun kadang rasa tertekan. Rasanya byk sukatan pelajaran macam tak relevan je.
salam...sekolah kita pun sama lah jugak...tu lah fasal...cara dulu2...ingat tak? lepas LCE/SRP masuk tingkatan 4 ade kelas / sekolah vokasional...mereka seperti ni memang tak boleh duduk jadi ulat buku...mereka lebih suka bergerak2...dan suruh lah mereka buat kerja...memang boleh...jadi kalau boleh buatlah balik sekolah2 kemahiran ni...saya sokong sangat!!!
ReplyDeletesalam kak.Akak ajar subjek apa?sains ya?
ReplyDeleteerm,saya dulu masa sekolah juga seorang pelajar yg malas dan mudah bosan.Tapi betul lah pendapat sesetengah org bahawa kejayaan seorang guru ialah tahap kesabarannya.Entah lah.Wallahua'lam~
Aslmkm.
ReplyDeleteKak G pernah jd guru sandaran=guru sementara semasa menunggu result HSC & cuti panjang 1st year. Perkara seperti inilah yg membuat Kak G buat keputusan 'teaching is not 4me' sbb sedih sgt melihat anak2 yg mindanya lemah tp amat ceria bila diajak membuat aktiviti2 yg menggembirakan.
setuju2.. mmg bosan kalo ngadap buku je nk kene gak sronok memain mcm ckgu ckp tu belakon baru naik semangat.. budah skrg pun bukan suma yg pandai
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeleteazie-- ada masa2nya sahaja menjadi guru sangat meresahkan, tetapi keselurhannya sangat memuaskan hati
abu muaz-- ya, cara pelajar2 di kelas hujung ini memandang pelajaran itu berbeza dengan budak2 yang ingin belajar
kak werdah--memang betul kak, selepas pmr tu, sepatutnya pelajar2 terus diasingkan mengikut kemahiran, tapi sekarang ni diasingkan mengikut subjek2 seperti tassawur islam, perdagangan... yang saya kira tidak memberi faedah sangat bagi mereka untuk bersaing di luar nanti
assalammualaikum
ReplyDeletekak aida-- setuju sangat ngan kak aida
naman-- betul tu, dalam maah2 kita, sebenarnya banyak rasa kesian yang terselit
zaren--ada yang boleh kita kenal potensinya, tapi ramai yang tak tahu pun diorang minat nak buat apa nanti selepas habis belajar
assalammualaikum
ReplyDeletezulaika-- melabel ni memang tak patut, tetapi sebagai manusia kekadang bila dah bertahun menghadapi situasi yang sedemikian rupa, ia terkeluar juga. namun begitu akak pun berharap, akak tidak termasuk dalam golongan yang suka melabel ini
aidah-- mesti jutawan tu tak hantar anaknya ke sekolah yang bersistemkan pendidikan kita sekarang ni kan...
sonata-- saya pun sokong gak...
iqbal--saya mengajar sains untuk kelas2 hujung dan kimia bagi pelajar2 kelas depan
kak G-- betultu kak G, patut bebudak ini diajar secara praktikalnya,ajar berniaga (cthnya), bagi projek kat diorang dan markah diberi berdasarkan kejayaan mereka dalam bidang yang mereka belajar kemahiran tersebut
maiyah-- yang belajar bosan, yang mengajar rasa kesian kat diorang ni...
salam cikgu..
ReplyDeleteakak setuju gak ler ,kalu pelajar yg dikelas akhir tu diterapkan terus pada kelas kemahiran, apa lah gunanya bdk2 ini dipaksa jadi ulat buku pd hal apa pun tak masuk langsung , biarlah mereka belajar terus kemahiran2 yg mereka minat untuk meneruskan kehidupan bila dewasa kelak.
Salam..
ReplyDeleteSukar juga untuk memberi pendapat kerana dasar pendidikan kita adalah berdasar kepada sijil bukan kemahiran dan untuk mengubahnya memakan masa yang panjang, wang yang banyak, memerlukan bilangan guru yang ramai dan banyak lagi perkara lain yang perlu diambil kira.
Yang terbaik ialah tindakan kedua ibubapa mereka yang punya anak duduk di kelas belakang, mengambil langkah sendiri dengan menempatkan mereka sesuai dengan kemahiran mereka
Salam :)
ReplyDeleteSistem pendidikan hari ini terlalu berorientasikan peperiksaan sehingga melahirkan robot-robot hidup yang makin terpinggir dengan nilai-nilai akhlak yang murni.
Salam Kak Normah
ReplyDeleteMemang kasihan dengan anak2 di kelas belakang ini. namun berdasarkan pengalaman saya menngajar kelas belakang dan peralihan dulu, mereka lebih menghargai cikgu kalu kena caranya. jadi cikgu ini kena sabar banyak,kan...