bila kita mengharapkan sesuatu pertolongan tenaga dan kebolehan dari kawan, kiranya ia tidak dapat dipenuhi, sedikit perasaan kita akan tercalar.
lebih lagi kalau kita memang sebenarnya tidak ingin menyusahkan rakan kita itu. tetapi disebabkan keterpaksaan dan ketidak upayaan , maka ditebalkan muka juga memohon pertolongan.
seterusnya, bagaimana kita boleh berhadapan dengan beliau lagi tanpa sedikit pun rasa sesal dan sedih di atas tindakannya itu? bagaimana boleh kita berlaku seperti sedia kala di hadapannya?
kita akan bekerja dengannya bukan setakat hari itu sahaja, tetapi akan terusan bekerja bersamanya dalam satu pejabat/ bilik. dan setiap hari akan bertemu dengannya, kan. jadi, rasa kecil hati dan terasa tidak boleh terusan melekat dalam hati.
mungkin beberapa cara ini boleh membantu:
1. jangan menjaja cerita tersebut kepada orang lain. kerana hati orang lain kita tidak tahu. mungkin berita tersebut akan disalah guna oleh orang lain, dan keadaan akan menjadi lebih parah.
2. telan rasa pahit tersebut, dan senyum bila berhadapan dengannya. walau pun perkara ini amat pahit dan sukar. senyum, walau pun kita rasa senyum itu terlalu kelat. kerana, lama-lama ia kan menjadi manis semula.
3. tegur seperti biasa anda menegur. walau pun mungkin kita rasa agak janggal, lawan perasaan tersebut. kerana sebenarnya kita akan menjadi lebih professional, bukan emosional.
masalah hati bukan masalah kecil dan main-main. kita dan rakan kita hanyalah manusia biasa yang tidak sunyi dari salah dan silap.
mungkin dengan penolakan tersebut, Allah sedang mendidik diri kita supaya tidak terlalu menggantung harapan pada manusia. kerana manusia memang tidak sempurna. kita hanya berharap padaNya, dan pasti Dia akan menunjuk jalan keluar pada masalah kita.
owh..kena tebalkan kulit muka la..
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteTelan pahit moga ia menambah kecekalan dan bisa jadi profesional
Ya.. dalam hidup, kita kena belajar juga, manusia memang tidak sama, tidak pernah sama..
ReplyDeleteAda kala mengharap manusia lain faham, tapi sebaliknya kita kecewa bila mereka tidak faham kita..
Kena didik hati sendiri juga nampaknya, kan? Didik menjadi semakin kental...
All the Best to U, Cikgu..
setuju..
ReplyDeleteInilah yang dinamakan kehidupan, tidak semua apa yg kita harapkan dapat kita capai...
ReplyDeleteklcitiz,
ReplyDeleteye, itu memang cara yg rasional...
memang tercalar tapi hanya diri sendiri dapat mengubati hati sendiri dan mengetahui hikmah disebaliknyer..
ReplyDeletewaw...memang perit kalau pertolongan yang diharap, kutukan yang dapat...maybe next time kalau nak mintak tolong, mungkin kena lebih berhati-hati...agak2 orang tu baca tak blog ni??hehe
ReplyDeleteMemang kita tak nak nyusahkan orang, kalau boleh semua nak buat sendiri. But sometimes, we do need their help..Bila depa tak tolong sedih jugakkan. Positively, just put ourselves in their shoes, there must be a reason why they cant do so.
ReplyDeletesabar saja, masa akan menyembuhkan
ReplyDeleteSalam..
ReplyDeleteOrg buat jahat, kita balas baik... suatu sikap yg luar biasa. Bersabar ketika diuji, insyaAllah akan mendapat keberkatan Ilahi..
tips yang bagus sis.. kesimpulannya buat derk jerlah yer.. kalau duk ikut rasa kecil hati tu alamatnyer tak jalan lah segala kerja2 tu...
ReplyDeleteassalammualikum
ReplyDeletelynn-- memang lebih 2 inci tebalnya nih
razak--insyaallah , ameen
azie-- ya betul azie, ramai yang tak faham dan buat2 tak faham
endiem--samalah kita
nida-- ya betul nida, kehidupan memang selalu tidak indah
mantan-- ya cuba utk rasional dan cuba elakkan emosional
isza--gitulah, boleh jadi doktor hati lepas ni, asyik mengubat hati je
rashid--tidaklah dikutuk, tapi cara penolakan agak kasar
fairylilly== ya, pastinya ada sebab
kujie--betul, masa memang penyembuh yang baik
acik--ameen
ummumishkah--betul tu, buat seperti tiada apa yang berlaku