Thursday, April 22, 2010

Dapat duit dari blog

rupanya dunia blog membuka banyak peluang, peluang bertemu kawan baru, mendapat ilmu baru dan mendapat idea baru.


Berblog juga membuka peluang mendapat wang serta hadiah percuma, sama ada berblog sebagai hobi atau menjadi blogger secara serius dengan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.


Dunia blog juga penuh dengan peraduan atau contest kan. Macam-macam ada. Antara nak masuk atau tidak je. Saya , hanya baru sekali je menyertai contest yang dibuat oleh ibu ayu. Alhamdulillah pertama kali masuk, menang pula. Hadiahnya pun dah dapat dan sudah diguna pakai pun. Terima kasih bebanyak kat ibu ayu.


Kebanyakan contest yang dibuat, banyak syarat-syarat yang dikenakan. Biasanya kena buat review lah. Biasanya saya ni malas sikit nak buat review. Itu sebab tak men'join'kan diri, walau pun memang teringin nak dapatkan hadiah-hadiah tu. Berangan je memang tak ke manalah kan.


Tapi contest yang ini, saya teringin nak masuk. Sebab tuannya en mustaffa tak suruh buat review. Bila tak suruh , yang peliknya saya buat pula reviewnya dengan entri yang ini, kan. Perangai manusia, memang macam inilah. Yang disuruh tak nak buat, yang tak disuruh buat pula.


Tak apalah. Yang pentingnya, semua ini sekadar suka-suka sahaja. Dapat info dari blog beliau dan kalau rezeki murah dapat duit sekali. Bukannya susah pun. Jomlah sama-sama kita komen kat blog beliau. 1 komen dapat 20 sen kalau kita menang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

6 comments:

  1. Salam..

    Nida selalu masuk contest sebabnya niat nak hadiahkan hadiah2 kemenangan itu buat bonda di tanahair..

    ReplyDelete
  2. jarang masuk contest, sbb tak sempat nak mencelah belah mana... masa utk blog perlu dikurangkan bila dah veteran2 mcm ni..hehehe

    tapi pernah masuk 2 kali, menang 2 kali...sejak hari tu dah tak nak masuk, bagi peluang kat orang lain. Pernah dapat hadiah rm 500 dan satu lagi dpt buku, cenderamata dan rm 30

    best kan...

    ReplyDelete
  3. wah, bangga kujie masuk beri komen kat sini
    terima kasih bebanyak bertandang

    bestnya hadiah yang kujie dapat tu...
    saya pun malas nak masuk contest2 yang susah 2...

    ReplyDelete
  4. rajin cari peluang dengan berblog.

    ReplyDelete
  5. Saya tak pernah masuk mana-mana contest kat blog.juga tak pernah bagi award kat sesapa.Dan juga tak pernah balas tag org.heheheheeh...

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.