Showing posts with label contest. Show all posts
Showing posts with label contest. Show all posts

Saturday, May 29, 2010

Munch, Review & Win With Rice Crisps by Mister Potato

Perutku masih buncit. Sudah seminggu tidak menjamah nasi.

Ketar lutut? Mahunya tidak... Meleleh air liur melihat orang sekeliling menyuap nasi.


sumber
Tengok nasi kosong sahaja sudah meleleh air liur. Orang dok kata, hendak perut leper, jangan makan nasi. Berapa lama boleh tahan ni?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Saturday, May 8, 2010

saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU


<-- disebelah ini ialah 'Panglima' Ben Ashaari.

tapi serious lah, memang ada gaya macam pahlawan melayu.bagi yang sudah lama dalam dunia blogging malaysia ni tentu mengenali beliau. saya ni baru sahaja terjebak, jadi saya baru sahaja mengenali jejaka tampan ini. namun begitu beliau sudah berkahwin seorang , kalau tak silap lah.

mungkin ini gambar masa beliau ditabalkan menjadi Raja Sehari.

blogger terkenal ben ashaari harini begitu bermurah hati, kerana mempelawa sesiapa sahaja yang mempunyai blog untuk memohon disenaraikan dalam bloglist nya.

Saya pun tak ingin lepaskan peluang yang kita kata bagai pucuk dicita, ulam mendatang, kan.

ada syarat-syaratnya:


1. header BEN ASHAARI BLOG.


2. Saya ingin berada di dalam blog list kategori HIJAU kerana-

  • follower saya tak sampai 300 lagi.
  • ada tawaran terbuka dari tuan punya blog. apa lagi, rezeki jangan ditolak.
  • mencuba nasib. Untung sabut, timbullah blog saya dalam 5 blog teratas kategori hijau, untung batu tenggelamlah, tak muncul-muncul....tapi tak apa, rezeki masing-masing, kan. seperti kata rohaizad, blogging itu cool.



PERINGATAN:

tawaran terbuka hingga tengah malam ini sahaja, 12.00am, 8/5/2010.
Jom kengkawan, kita meriahkan lagi....



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, May 4, 2010

hadiah birthday untuk alisya

anak pertama memang selalu terlebih manja. betul ke? saya kira betul , sebab saya pun merupakan anak sulung.


lebih lagi kalau menyambut kelahiran yang pertama bagi anak sulung. memang kalau boleh kita nak sambut dengan cara terbaik, siap ambik2 gambar lagi, jemput maskot lagi kan... memang best, bila tengok gambar-gambar sambut birthday kali pertama untuk anak kita yang sulung.


tapi bab nak beli hadiah untuk si baby memang payah. tak percaya , tanya eyriqazz....sampai terpaksa buat contest nak pilih hadiah untuk alisya tersayang. lepas ni, rasanya eyriqazz bukan pening nak cari hadiah, tapi nak cari pemenangnya, kan.



tengok alisya tu.. dah tak sabar nak dapat hadiah . comelnya, budak-budak, kan.



yang bawah ni cadangan hadiah dari saya. baby memang suka baby. lagi, kalau baby girl. mesti peluk tiap masa, bawak tidur, bawak jalan, bukak kan baju doll, baling doll, kutip balik doll... mesti best dan berbaloi-baloi la belikan untuk alisya ni.

ha.. doll ni siap tutup aurat lagi...hehehe

saya terpikat dengan baby doll ni kat amazon.com . free shipping lagi.

saya memang tak miss ke eyriqazz.com ni, dan antara entry yang saya suka ialah Trafik konsiten pertama kali sebab ada tips.

lagi.... apa lagi ya??

o..ya, en. eyriqazz minta saya tagkan 3 orang untuk masuk contest ni... saya tagkan :

1. ummumishkah - sebab dia dalam pantang dan banyak masa free kut. lagipun ummumishkah ni banyak idea bernas untuk tolong eyriqazz

2. azie - azie pun banyak pengalaman pilih hadiah... (pandai je saya). azie ni pun banyak idea orangnya

3. nida - orangnya jauh di new zealand. mungkin bila menengok anak-anak omputih kat sana idea lebih bagus dan kreatif untuk mencadangkan hadiah bagi alisya


semua orang perempuan yang saya pilih, sebab saya rasa perempuan, bab-bab beli hadiah ni memang terror---ist.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, April 22, 2010

Dapat duit dari blog

rupanya dunia blog membuka banyak peluang, peluang bertemu kawan baru, mendapat ilmu baru dan mendapat idea baru.


Berblog juga membuka peluang mendapat wang serta hadiah percuma, sama ada berblog sebagai hobi atau menjadi blogger secara serius dengan menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.


Dunia blog juga penuh dengan peraduan atau contest kan. Macam-macam ada. Antara nak masuk atau tidak je. Saya , hanya baru sekali je menyertai contest yang dibuat oleh ibu ayu. Alhamdulillah pertama kali masuk, menang pula. Hadiahnya pun dah dapat dan sudah diguna pakai pun. Terima kasih bebanyak kat ibu ayu.


Kebanyakan contest yang dibuat, banyak syarat-syarat yang dikenakan. Biasanya kena buat review lah. Biasanya saya ni malas sikit nak buat review. Itu sebab tak men'join'kan diri, walau pun memang teringin nak dapatkan hadiah-hadiah tu. Berangan je memang tak ke manalah kan.


Tapi contest yang ini, saya teringin nak masuk. Sebab tuannya en mustaffa tak suruh buat review. Bila tak suruh , yang peliknya saya buat pula reviewnya dengan entri yang ini, kan. Perangai manusia, memang macam inilah. Yang disuruh tak nak buat, yang tak disuruh buat pula.


Tak apalah. Yang pentingnya, semua ini sekadar suka-suka sahaja. Dapat info dari blog beliau dan kalau rezeki murah dapat duit sekali. Bukannya susah pun. Jomlah sama-sama kita komen kat blog beliau. 1 komen dapat 20 sen kalau kita menang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...