drama melayu adamaya memang famous diperkatakan sekarang ini kan. walau pun saya tidak mengikuti siri adamaya tersebut di tv, tetapi siri adamaya tersebut kekadang diperbualkan dalam banyak blog yang saya jejaki . jadi secara tidak langsung tahulah juga sikit-sikit.
setelah habis epidod berdrama di toilet, semalam pagi berlaku drama sebabak secara live di sekolah pula, ya, bukan live blogging je yang ada, live drama di sekolah pun ada. saya hanya dapat ikuti episod drama tersebut sekejap sahaja, tetapi mendapat ulasan selari dari kengkawan di sekolah.
pagi lagi kejadian itu, pelajar-pelajar sibuk hendak berhimpun di tarmac sekolah. seorang remaja lelaki berpakaian kemas, berkemeja tetapi bukan berkemeja sekolah telah datang ke perhimpunan bahagian pelajar perempuan. saya beri nama beliau Pendekarlah. setelah mencari-cari, beliau terjumpalah yang dicari iaitu seorang pelajar ting 5, saya beri nama Mawar. Setelah itu, Pendekar menarik si Mawar secara paksa, keluar pintu pagar sekolah.
Kebetulan lalulah seorang guru PK, ternampak. Mawar pun menjerit,"Cikgu, tolong saya cikgu!"
Guru PK pun apa lagi, berkejar ke Pendekar. Seorang guru lain ternampak, juga turut mengejar Pendekar. Dua-dua guru perempuan ni....
Masing-masing menarik antara satu sama lain, Pendekar menarik Mawar, guru2 perempuan pun menarik Mawar juga. Nasib baik tangan Mawar tak terputus...Akhirnya Pendekar melepaskan tangan Mawar. Dan Mawar pun berjaya diselamatkan, dibawa masuk semula ke ruang sekolah.
Apalah citernya ya , sampai terjadi drama sebabak ni. Apa lagi kalau bukan bergaduh 'laki bini'. Belum pun laki bini tu...
Saya cuma nak nasihat pada sesapa yang tengah bercinta lah kan. Cukup-cukuplah drama-drama AdaMaya secara live ni. Kawal perasaan dan berfikirlah secara rasional, baik yang lelaki atau si pompuannya. Malulah wei..
wah...
ReplyDeletedasyatnya...
tu sekolah pon xabeh lagi...
ish2....
bleh plak buat drama dlm sekolah ni..
salam ziarah!
ReplyDeletedrama dan realiti.......sama2 dahsyat.
salam..
ReplyDeleteyg budak laki heret mawar tu budak sek gak ke? @ orng luar...
salam,
ReplyDeletehahaha..bleh bayangkan..tak malu ke haa..kalau lynn, sure esok ponteng skolah sbb nk cover malu :p
p/s: dh lama tak dgr "tarmac" (ingatkan masa skolah dulu ejaannya "tamek" ^^
huhu. sangat malu. kita yg menengok yg malu.
ReplyDeletesalam ziarah..
ReplyDeletewaAaa..ni memang betul2 drama ni..mantap punyer skrip & lak0nan!
betul..
kadang2 kita pulak yG malu teng0k mereka yG tak tahu malu nie..hmM
sama2 pemikiran belum matang. baik yg lelaki 2 mahupun bdk pompuan tsebut...
ReplyDeletehuh... drama dari drama yer?
ReplyDeleteme dramaNur Kasih pun tak habis tgk lagi.. tak kuasa nak tgk adamaya bagai tu.... main dgn anak lagi bermanfaat! :)
Salam...
ReplyDeleteDah tak terkawal anak-anak muda sekarang ni, gurulah selalu jadi mangsa untuk menyelesaikan masalah mereka
sudah ketiadaan kemaluan mereka semua sekarang.
ReplyDeleteSalam Normah.
ReplyDeleteHaru biru dah sekarang ni.
Mudah2an tak berlarut pula di luar sekolah.
anak2 skolah macam2 dh jd skrng..nk slh kn cikgu pun x leh jgk..
ReplyDeletekn senang klu kt skolah de badan disiplin tp bkn cikgu yg join tp ala2 polis gitu..pelajar mana slh jatuhkn hukuman..br takut.hehe..
hmm..macam mane eh nk bwt spya akhlak bermula dr skolah lg terjaga..mmg ssh..dan x leh nk slh kn cikgu 100%..tp sy fikir sistem persekolahan kut yg kne ubh..hmm..hnya bleh luah kn pandangan jela..sy fikir rmi dh diluar sne menyatakan hasrat ini..cuma sy x pasti sejauh mana dipandang serius oleh pihak yg berkenaan.
Rasa nak lempang jer Pendekar tuh... Tak kira ler dia pendekar ada silat ke idak.. Paling2 pun dia ada silat pulut jer tuh...
ReplyDeleteDearie Kak..
ReplyDeleteKes cm tue pun ader..?
Adeh..
mcm2 ar...
Agak-agak siapa yang bersalah ya?
ReplyDeleteishhh.... ni mmg berdrama habis ni...boleh dapat anugerah drama terbaik
ReplyDeletengeri dgn kes anak2 sekolah skrg ni
Salam Cikgu,
ReplyDeleteSebelum nak bagi komen nak tanya, Tarmac tu apa ye? maaf le kalau tanya soalan bodoh ni.
Hai bebudak sekarang makan pakai pun mak bapak bagi dah macam2 hal.
assalammualaikum
ReplyDeletegadis -- drama kat sekolah memang tak patut berlaku, tapi terpengaruh sangat ngan drama kat tv lah ni, dah tak mengira tempat
al-man--memang dahsyat zaman sekarang ni
faisal--budak lelaki tu bekas budak sekolah ni , dah keluar 2 tahun lepas
nasib baik x jadi apa2 cikgu.. kalau tak naya jadi kes pula..
ReplyDeletesis,drama sebabak dan bertambah babak lain ni lah yang menyusahkan cikgu. cikgu jadi tak senang duduk...
ReplyDeleteterlalu banyak menengok drama... hingga terbawa dialam realiti.
ReplyDelete