saya pernah ada pengalaman berniaga. tapi berniaga secara kecilan, namun untungnya malahan kurang dari modal yang dikeluarkan, jadinya saya tidaklah berniaga dan tidak ingin berniaga lagi.
tapi menengok orang berniaga memang seronok ya. duit masuk je setiap hari. itu pun kalau masuk lah kan.
berniaga di pasar malam pun nampak seronok juga. yalah, saya tiada pengalaman berniaga di pasar malam, sekadar melihat saja, memang nampak seronoklah. seronok sebab pelanggan bersesak-sesak di kawasan sempit, dan semua mereka berpotensi menjadi pembeli.
sejak beberapa bulan berblog ini, barulah saya tahu rupanya ramai juga rakan-rakan yang berniaga secara maya. malah ada yang mencari duit secara tetap sebagai blogger. yang ini saya kagum sungguh. contohnya en rohaizad ni. beliau juga telah melahirkan ramai blogger yang boleh menjana pendapatan dari blog masing-masing, melalui seminar smart bloggingnya.
kagum. memang kagum. dua tiga hari ini saya 'ketagih' bertandang ke blognya.
Salam Cikgu,
ReplyDeletetak kisah lah cari duit cara mana, janji halal
berhati-hati manjadi peniaga pasar malam. jangan sebab nak cari duit solat maghrib tertinggal. Isya' panjang, boleh sembahyang di rumah.
ReplyDeletebagi yang menjaga solat, alhamdulillah. Rezki dunia akhirat..
cikgu,
ReplyDeletetengok orang berniaga memang seronok terutamanya kat pasar malam. Selain peniaga perlu tawarkan produk/masakan yg berkualiti/sedap, mereka juga perlu kreatif camna nak tarik pelanggan. Rasanya yg jadi fulltime blogger pun gitu, mereka menghasilkan entri yang menarik n tak membosankan. Macam blog Rohaizad tu, baru baca sikit...dah berminat nak tau keseluruhan cerita. Tak cam blog saya, blog syok sendiri hahaha...Tapi tulah different people have different interest :)
Salam...
ReplyDeleteCari duit di mana-mana pun tak kisah, asalkan jaga tanggungjawab kita kepada Allah. Bezanya mungkin berniaga pasar malam penat dari segi fizikalnya dan niaga kat blog penat dari segi mentalnya..
salam ziarah!
ReplyDeletemenarek untuk difikirkan,........tapi saya benci iklan.....huhuhu
salam..
ReplyDeletetak lama lagi akak pun jadi macam rohaizad kot..hehe
berbloggign juga boleh buat duit.. mcam saya.. :)
ReplyDeletesy tgh dok cari, org mcm sy ni bleh wat duit camne yek
ReplyDeleteassalammualaikum
ReplyDeleteaidah-- betul , yang penting halal
kakpah-- benar sangat kak pah, ada yang tertinggal solat tu sebab sibuk berniaga
failylily--samalah kita fairy, syok sendiri je
razak-- benar sekali tanggapan tersebut, masing2 pun memang penat
al-mankaraqi-- pandang yang positif je...
boss-- ishh, tak sangka boss ke sini pulak. anak didik en rohaizad yang dah jadi full time blogger ni. nampak cam masuk je rezeki tu...alhamdulillah
naman--haha, ni yang nak tergelak ni, setakat angan2 mat jenin je akak ni. macam naman lain lah
maiyah-- boleh jadi full time blogger macam rohaizad dan boss tu... maiyah ada bakat nih...
biler tau cari duit dengan berblogging..kita akan addicted..same ngn aie.hehe
ReplyDeletesaya skang cari duit secara online. dulu ada gak buat offline, masyuk gak tapi kekurangan masa.maklumlah saya ni keje. bisnes ni buat part time je.
ReplyDelete