"Secara fizikalnya hexane ni sama rupanya macam minyak tanah. Cecair tanpa warna, senang terbakar. Biasa tengok minyak tanah?" tanya saya dengan anggapan pelajar-pelajar yang semuanya Melayu Islam ini pasti tahu apa dia minyak tanah.
Tiga, empat orang pelajar menggeleng kepala. Ha...? Tak pernah tengok minyak tanah?
"Yang orang tuangkan dalam pelita bila nak raya tu. Orang pasang pelita terutamanya waktu 7 likur tu. Tak pernah tengok ke?" tanya saya lagi. Pelik gak.
Pelajar-pelajar yang sama masih menggelengkan kepala masing-masing.
"Tak pernah pasang pelita ke?"
"Tak. Pasang lampu lip-lap je, yang bentuk pelita tu"
* Kesian bebudak sekarang ni. Pengalaman yang indah bagi kita seperti memasang lampu pelita dengan minyak tanah tak mungkin dapat kita turunkan dengan hanya menonton di TV atau membaca di suratkhabar sahaja, sesekali kena beri peluang bebudak bandar ini merasanya.
salam cikgu...
ReplyDeleteminyak tanah .. suatu kemestian akak masa kecik2 dulu kena isi minyak tanah dlm pelita , masa tu kat kampong akak lom ada letrik lg.. asal petang jer wajib isi dlm pelita , dah jadi tugasan.bila malam je berkongsi cahaya yg malap dr pelita . asapnya plak berkepul2 n meniggalkan "jelaga" yg amat mengotorkan.
Salam cikgu..
ReplyDeleteMinyak tanah disebut juga sebagai minyak Gas.. seingat kawan dulu dulu ada yang berkaler biru..
Mengunakan pelita miyak tanah semasa study dizaman belum ada api letrik..lubang hidung akan berjelaga..
Salam...
ReplyDeleteZaman dah berubah cikgu..:) Sekarang ni pun nak cari minyak tanah sangat sukar..
kalau dulu minyak tanah boleh dapat dengan harga 20 sen se botol , tapi sekarang minyak tanah dah lebih mahal pada minyak petrol. Dah ;lah mahal payah pulak nak mendapatkannya.
ReplyDeleteSalam Normah.
ReplyDeleteSekarang ni mereka cuma petik suis di dinding je.. kmd bila tak menyala tak juga tahu nak selesaikan masalahnya. Yalah sebab semuanya tersedia. Dulu lain, dulu masa baru kawin pernah masak guna dapur minyak tanah, lampu guna lampu gasolin.
Masa bersekolah pula selalu berjelaga lubang hidung.. diketawakan sebab lupa nak cuci.
dulu saya pun x tau minyak tanah, dan minyak gas tu sama rupanya...teringat kat kak long saya,dia penah terminum minyak gas,sebab main raba dalam gelap...asal botol je, kira iya la...huhuhu...
ReplyDeleteSalam Cikgu,
ReplyDeleteyelah budak2 zaman sekarang byk benda yg dia tak tahukan. Cuba cakap sepatu mungkin ada jugak tak tahu sepatu ngan kasut tu benda yg sama. Begitu jugak ngan minyak tanah & minyak gas. Agaknya kalau yg dok kat bandar2 ni kalau kita kata dapur minyak tanah pasti dia akan kata "ada ke dapur minyak tanah, macam mana rupa dia", hehehe. Agaknya anak sy sendiri pun tak tahu, hehehe
sy pelita xpasng lip lap pn xpasang...huhu
ReplyDeletetp minyk tanah tau la sbb sy bkn 'bebudak skang'......hehe
Salam Cikgu Normah,
ReplyDeleteZaman senang dan kebetulan datang dari keluarga yang senang.
salam cikgu.
ReplyDeleteapakan daya, zaman dah berubah.
kawasan kampung skrng ni pun dah jadi bandar...budak2 pun mungkin dah tak tau apa minyak tanah@minyak gas tu...
Salam..
ReplyDeleteBetul2 anak bandar...kesian mereka.
Kalau mrk ni dibawa ke kpg, tentu terkejut tengok benda2 di kpg.. kwn saya ada ceritakan, anak sedaranya terkejut dan hairan tengok kerbau yg brkubang disawah...alahai!
Salam kak
ReplyDeleteHmm mungkin minyak tanah dan pelita tu kena diletak juga di ruang bilik sejarah sekolah agaknya suapaya pelajar kita tahu sejarah kita...
Waalaikummussalam
ReplyDeletekak ummi humaira --kenangan yang tidak ternilai tu, kan
relevan--saya tak sempat tengok minyak gas kaler biru tu
razak-- betul tu, hanya kat petronas je kut ada jual . itu pun bukan semua petronas rasanya
assalammualaikum
ReplyDeleteendiem-- betul tu. memang mahal dan susah nak dicari sekarang ni
hai-- aiish, sampai terminum pulak, bahaya tu ya... takkan tak terbau masa tu ya?
hayati-- saya pun tak pasang pelita di rumah, tapi bila balik ke kampung ada pasang pelita ngan anak dan anak2 buah
waalaikummussalam
ReplyDeletekak werdah-- pengalaman manis tu ya
kak ani-- bebudak sekarang ramai yang tak kenal erti susah lagi, kan
faizal-- betul tu... banyak yang diorang tak tahu dah
acik-- ya, betul. ada yang excited sangat bila tengok ayam berkeliaran kat luar rumah pun...
qaseh mas-- ya betul tu, kena buat arkib kat sekolah pulakkan
Citiz,
ReplyDeleteBebudak sekarang ni, tak tau minyak tanak atau minyak gas. Mungkin kalau sebut 'kerosene'. taulah agaknya mereka tu.
Kalau saya cerita zaman saya budak-budak dulu, bebudak sekarang ni peliklah. Nak dapatkan minyak tanah pun susah...sebab kena beli. Minyak buat sendiri. Minyak "nyo' (nyiur). Sekarang disebut minyak kelapa. Pun susah nak dapat. Minyak sawit, banyaklah.
Dulu-dulu, gentel kain kapas buat sumbu.Atau guna tali guni...Letak minyak kelapa dalam piring. letakkan sumbu terkeluar sedikit dripada piring. Nyalakan. Itulah "pelita" yang digunakan oleh orang di kampung saya..(tak berasap, tak berjelaga). "Lampu minyak Nyo"...Tentu bebudak sekaraang ni pelik bebeno....
budak sekarang ni banyak pengalaman perkara lain...cikgu.
ReplyDelete