perasaan marah yang sedang berlegar dalam hati ini menekan-nekan ruang dada. Sesak. Marahkan siapa? Marah dengan keadaan, dengan diri, dengan orang-orang tertentu yang meletakkan diri saya dalam situasi ini.
Mengurus perabot-perabot di sekolah sangat menyesakkan jiwa saya. Kerusi dan meja yang pada fitrahnya tidak boleh bergerak sendiri sebenarnya sentiasa digerakkan oleh mereka dari lebih kurang 2000 warga di sekolah ini. Siapa? Kalau saya tahu siapa yang menggerakkan dan meninggalkan sahaja di tempat yang tidak sepatutnya, memang saya akan kejar dan seranah dia. Menyumpah mungkin belum lagi.
Belum lagi kerusi dan meja yang sentiasa dirosakkan oleh pelajar-pelajar yang memang hobinya merosakkan hatta kerusi plastik pun boleh hilang kakinya.
Belum lagi aduan air-cond yang rosak, tandas tersumbat, pintu kelas tercabut, meja guru patah...adoii. Kenapalah Kementerian meletakkan beban tersebut kepada seorang guru yang tidak efisien ini. Kenapa tidak digajikan beberapa technician di setiap sekolah seperti mana di jabatan-jabatan yang lain?
Marah juga kerana dalam masa yang sama dituntut mengajar sebaik mungkin pada anak murid. Bukan marah sebab mengajar tu, kerana mengajar memang minat dan kehidupan saya. Tetapi marah dengan ketidak upayaan saya mengurus dan memikul tanggungjawab menyelenggara perabot dan harta benda sekolah....
Salam..
ReplyDeleteMarah bertempat di hati. Kemarahan yang hebat bererti mendidihnya darah di dalam hati menuntut pembalasan yang merupakan makanan marah dan syahwatnya, dan ia tidak akan tenang kecuali dengan penuntasannya.
Salam cikgu...
ReplyDeleteSabar cikgu..jangan marah marah..nanti tambah stres..
salam cikgu normah,
ReplyDeletekalau lah tugas guru hanya mengajar dan mendidik sahaja ......... alang kah.....
macam2 guru kena buatkan, selain jadi pengajar n pendidik, kena gak jadi pengurus sukan, pustakawan, pentadbir, pemasuk data n la ni terlibat pulak ngan urusan maintenance...guru hanya mampu bersabar. tapi tu la..sabar pun ada hadnya..semoga cikgu terus bersabar.
ReplyDeletepatut ada technician utk urus/maintain bebenda teknikal ni. memang kat sekolah tak diperuntukkan juruteknik ke...?
Org yg kuat ialah org yg dapat mengawal marah~al-hadis.
ReplyDeleteTapi marah itu juga perlu! Ia dapat menjadi motivating factor juga~ =)
Citiz,
ReplyDeleteSaya dapat rasakan kemarahan tu.
Masa saya jadi P dulu, saya selalu berbincang dgn GPK supaya mengagihkan tugasan dengan sebaik mungkin.
Jgn bagi tugas kerana terpaksa bagi atau utk melengkapkan carta org. sahaja.
Agihkan tugas kepada yg bermint nak jalankan tugas berkenan. Kalau tak minit, kena bagi minat dulu... banya kaedahnya....Setiap orang ada minatnya masing-masing...
.Camne nak bertugas sebagai AJK Perabot/Peralatan, kalau tak tau atau tak minat nak buat... tak jadi... bagi orang lain yg minat la...Gur KH tak kan tak minat?...
Salam..
ReplyDeleteDua tahun lepas ada pegawai dr sumber manusia buat servey di sek saya tentang beban kerja guru dan kerja yg bukan sepatutnya guru buat. Tp kajian tu senyap je...dok hebuh la ni nk kaji lagi. Tak kan selesai masalah ni.
Kerja2 yg meletihkan ni (jaga kerusi meja) boleh rosakkan mood mengajar. Kita bukan mesin yg tak tahu penat...