masa kecil2 dulu,
siapa yang dapat pergi ke kuala lumpur , memang bertuahlah rasanya.
kuala lumpur tu rasanya jauuuuuh sangat-sangat,
dan besar sangat kotanya.
sekarang pun besar juga.
kalau ada lawatan ke kuala lumpur,
membuak dada nak ikut.
sebab nak pergi ke muzium negara, tugu negara, zoo negara, stadium negara dan.. segala macam negara ada kat kuala lumpur.
bila dah sampai,
tempat yang pasti makcik2 nak pergi ialah Jalan Tuanku Abdul Rahman,
sebab ada Globe Silk Store.
Famousnya kedai kain ni waktu itu hinggakan waktu cuti sekolah, sesak giler.
nak naik ke atas, lif nya ada perempuan-perempuan muda yang menjaga.
sebab takut orang berebut-rebut naik.
saya rasa,
tauke Globe Silk Store masa tu memang kaya raya lah...
selalunya beli apa kat Globe ni??
beli kain baju dan banyaknya membeli kain langsir lah.
saya sempat juga melihat kejatuhan empayar Globe.
Bila kompleks Sogo berdekatan dan kompleks-kompleks di Bukit Bintang naik perlahan-lahan,
populariti Globe pun makin malap.
Masa itu dalam hati saya berkata-kata:
"Nasib baik saya bukan tokey Globe... Mesti sedih menengok empayar yang dibina oleh bapak kita habis di tangan kita"
semuanya hanya sementara...
masa anak-anak kakpah kecik2 globe lah yang menjadi sasaran setiap kali nak raya. masa tu ekonomi cuma membenarkan kami bershoping diglobe sahaja. tempat lain tak mampu...
ReplyDeletesayang ek...
jatuh setelah mengecapi zaman gemilang..
Globe memang punya kuasa sedikit masa dulu..untung sabut tenggelam ni..
ReplyDeleteSalam...
ReplyDeleteDulu suka juga bertandang ke situ..
Harta dan kekayaan itu bukan hak mutlak kita, ianya hanya hak pinjaman. Allah boleh ambil semula bila-bila masa..
Kak ani pun ingat tentang kegemilangan globe ni.
ReplyDeleteDulu masa masih belajar di ITM, dapat jer elaun bulanan terus pegi globe beli baju. Sebabnya hanya di globe mampu beli baju dah siap. Masa tu Mun Loong dah ada tapi sebagai student tak mampu nak berli di situ.
Globe masih ada tapi mungkin tak semeriah dulu. Rumah taukeh globe di Bangsar melaut besarnya.
betul la...bukan takat zaman kecik saya,tapi sempat jugak masa anak2 saya kecik dulu kami masih shopping kat situ..rasanya x lama lagi pun kamdar mungkin mengalami nasib yang sama!!nampak malap je...
ReplyDeletedi Kuantan pun satu ketika dulu ada cawangan Globe, tapi sekarang dah diambil alih tapaknya oleh alamoda.
ReplyDeleteSalam Cikgu,
ReplyDeletemasa dulu2 Globe ni memang popular. Mak sy pun selalu gak shopping kat sini. Ye lah adik beradik ramai, selalunya we all gi beli baju sekolah ngan kain ela.
Biasalah dalam hidup ni ada masa kita naik ada masa turun. Tapi bila dh turun susah nk naik balik. So kenalah beringat selalu
dunia perniagaan begitulah....
ReplyDeleteini mengingatkan generasi muda supaya berhati-hati bila melibatkan diri dalam perniagaan.....
ada waktu kita naik ada waktunya kita jatuh tergolek.
Salam Normah,
ReplyDeleteMasa saya masuk sekolah berasrama di Penang pada tahun 80 an, mak saya all the way from Penang pergi KL untuk ke Globe beli barang-barang persiapan ke asrama seperti cadar dan sarung bantal putih.....begitu hebat sekalinya Globe.
Apa maksud Globe dah jatuh? Takkan dah tutup kut? Saya ni dah jauh dr KL, tak banyak yang saya ambik tahu ni.
putaran idup bagai roda........cewah....hehe
ReplyDeleteSalam sis Normah..:)
ReplyDeleteIngat masa dulu2...memang suka jgk g kat Globe tu...tp sekarang dah hilang "taringnya "kut..:):)
salam..
ReplyDeletetak tau Globe tu kat mana..hehe
bila sebut sebut dulu, memang gah kan..
smpai sekarang kalau dari Kelantan ke Bangi pun dipanggil ke Kolompo..hehe
Tak leh lupa, bila tiba nak buka sekolah saya mesti beli uniform sekolah jenama DON dari Globe.. sekarang ni sudah tidak lagi.
ReplyDeletebegitulah bisnes kan? ada masa bukan semua ketika kejayaan itu milik kita...
tokey dah meniaga ikan kot, org bisnes ni tau je la.. pnjng akal
ReplyDeleteassalammualaikom...
ReplyDeletekesimpulannya kita tidak boleh berpuas hati dengan apa yang kita ada... kita kena berusaha untuk kembangkan lagi apa yang ada pada kita ... tak kiralah bakat..perniagaan..ilmu...atau badan,,he,,he.. kita kena ikut perkembangan zaman dan masa... bayangkan kalau pemiliknya buka banyak cawangan di seluruh negara dan buat promosi besar2ran pada zaman kegemilanganya pasti nasibnya bukan begitu kan? betul tak?
begitulah dlm perniagaan kalau tak mampu bersaing...
ReplyDeletesalam,
ReplyDeletetapi sampai skang lynn suka je singgah globe, hehe..sentimentel value gitu :)
Salam..
ReplyDeleteDi Kuantan pun Globe dah berkubur, bangunan perniagaannya dah diambil oleh kedai kain Jakel
slm,
ReplyDeletehankyu jaya pun dulu top!
pun dh selamat jalan...
Salam dari Jakarta, saya juga datang dari kampong ke Jakarta. Salam
ReplyDelete