SPM makin hampir benar. Apatah lagi kebanyakan sekolah sekarang ini sibuk dengan peperiksaan percubaannya.
Jangan kata ibu bapa sahaja yang degupan jantungnya berdegup kencang. Guru yang mengajar mereka ini pun tidak kurang debarannya. Apatah lagi kalau mengajar subjek yang agak payah seperti Chemistry.
Sudah berbelas tahun mengajar, debaran yang dirasa sama kuatnya setiap tahun. Manalah tidak guru-guru cepat mengalami tekanan darah tinggi, kan. Tekanan mengajar di sekolah berasrama memang tidak sama dengan mengajar di sekolah harian. Di sekolah berasrama, tekanannya saya kira ialah mencapai sasaran peratus A yang tinggi bagi setiap mata pelajaran, tetapi di sekolah harian, sasaran utama bagi mata pelajaran berat ialah kelulusan 100% dan peningkatan kualiti.
Nampak seperti mudah tetapi sukar terlaksana, lebih lagi kalau majoriti anak murid yang masuk dalam aliran Sains Tulen adalah anak-anak yang hanya memenuhi syarat minimum kemasukan, dan sepanjang 2 tahun dalam kelas, kerja keras dan usaha sendiri tidak dapat dipenuhi. Memang payah.
Lebih lagi dalam keadaan sekarang, aras tekanan yang tinggi dapat dilihat pada air muka dan wajah mereka. Kasihan pula, kan.
Nasihat saya pada mereka yang sangat terdesak ini, jika, dalam dua minggu terakhir sebelum peperiksaan Chemistry anda, anda masih terkial-kial dengan beberapa sub topik yang memeningkan, seperti konsep mole yang begitu abstrak bagi anda atau masih lagi tidak bisa menyeimbangkan persamaan kimia dengan betul, abaikan sahaja tajuk tersebut.... hahaha biar benar
Ya... sesungguhnya... Dalam Chemistry, bukan tajuk itu sahaja yang disoal, ada banyak lagi tajuk-tajuk lain yang anda telah faham dan boleh menjawab dengan baik, jadi....., kenapa dalam waktu dua minggu yang singkat itu anda bersusah hati dengan tajuk kecil yang hanya mungkin disoal sebanyak 10% atau kurang dalam kertas soalan anda?
Nanti saya khuatir, disebabkan kerisauan dan kegelisahan serta fokus anda yang terlampau ke atas beberapa tajuk kecil itu , tajuk-tajuk lain yang anda sudah kuasai dan perlu gilapan terakhir anda abaikan...Mulalah nanti, fikiran menjadi kosong semasa mengadap kertas soalan. Aduii... itu mimpi ngeri dek ooii
Berdoalah juga supaya anda tenang. SPM bukanlah segalanya. Yang penting, kita pohon agar keputusan anda membolehkan anda ditempatkan di pusat pengajian tinggi yang dapat membantu anda meningkatkan keilmuan dan ketrampilan diri . Itu yang utama. Deretan A bukanlah matlamat akhir tetapi jika itu yang terbaik untuk anda pasti dengan usaha yang betul Allah akan letakkan ia dalam genggaman anda.
~cikgunormah@klcitizen~