Wednesday, June 2, 2010

Negatif memang menarik

Apa-apa yang negatif sentiasa menarik. Dalam eksperimen di makmal untuk proses penyaduran, contohnya bila kita hendak sadur sudu besi dengan perak, sudu akan disambungkan pada punca elektrik di bahagian negatif. Logam penyadur iaitu perak (dalam kes inilah) akan disambung pada punca elektrik dibahagian positif.

Akibatnya atom-atom logam perak akan ditarik ke arah sudu besi melalui medium tertentu sebagai pengantara.

sumber
Ag = perak / silver


Pelajar selalu keliru bila melukis gambar alat radas eksperimen tersebut. Hendak letak sudu besi di bahagian positif atau negatif.

Saya akan ulang lagi, "Semua yang negatif menarik"

Dikeliling kita?

Tabii nya pun memang begitu, kan. Apa-apa yang negatif di luar sana atau di dalam sini (alam maya) memang menarik.

Contoh?

1. Berpakaian seksi menjolok mata dan hati - itu kan perkara negatif tetapi menarik, kan

2. gosip dan mengumpat- ini juga perkara negatif yang menarik

3. berdua-duaan antara bukan mahram - ini pun memang negatif yang menarik dilakukan

4. menjadi batu api - ini profesion negatif dan menarik

dan banyak lagi...lah kan.

Masing-masing pun tahu....

jadinya, selepas ini kalau anak-anak bertanya tentang proses penyaduran, dah tahu macamana hendak jawab....?


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

16 comments:

  1. negatif sama negatif menolak kan? adakah saya perlu berpakaian seksi menjolok mata dan hati tuk menjadikannya menolak? heee..

    ReplyDelete
  2. salam,

    sama mcm ayat mak saya dulu. kalau yg negatif tu nak aje ko buat..haha!

    ReplyDelete
  3. Yeahhhhh.. perumpaan yang terbaikkkk.. Senang nak ajor anak...

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Betul tu cikgu...

    Tpi ada yang negatif menarik kepada yang tak baik

    ReplyDelete
  5. Negatif positif boleh melekat dak cikgu?..

    ReplyDelete
  6. @Mr PenyuBiru

    rasanya begitulah kut penyubiru
    teringin juga nak tengok

    ReplyDelete
  7. @Lynn Nasir

    betul sangat tu lynn
    sama je kita ni
    benda negatif lah yang menariknya kan

    ReplyDelete
  8. @Webmaster@Echam

    betul kan echam
    benda negatif memang menarik

    ReplyDelete
  9. @Abd Razak

    benda negatif memang tak elok
    benda tak eloklah selalu yang menarik di mata kita

    ReplyDelete
  10. @relevan

    memang melekat sangat relevan
    tak boleh nak asing dah

    ReplyDelete
  11. memang betulla cakap cikgu tu. cuma yang berakal je yang dapat membezakan mana satu negatif mana satu positif.

    ReplyDelete
  12. Yang menarik tu kena lak jumpa dgn yang positif... fuhhh baru melawan.

    ReplyDelete
  13. ada juga negatif yang baik ... negatif dadah !

    ReplyDelete
  14. dalam matemmatik negatif bertemu negatif menjadi positif.. bagaimana nak menilaikan tu?

    ReplyDelete
  15. hehe btol la..........huhu

    tq cikgu......nnt wt post cmni bebyk...best...huhu

    ReplyDelete
  16. yg haram tu yg sedap...kt dunia je..
    dlam syurga ejoy katak...sabo je la dlu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.