Saya pasti ramai di luar sana yang pernah mengalami situasi cinta tidak berbalas. Bila kita kata cinta tidak berbalas, sama juga agaknya dengan bertepuk sebelah tangan sahaja kan.
Saya mengalami situasi ini ada dua tiga kali juga, tapi semuanya semasa tengah muda remaja. Yang saya ingat cinta pertama yang tidak berbalas tu masa saya masih sekolah rendah. Nama pemuda yang saya minati tu pun saya dah tak ingat.
Tapi selepas itu dalam lingkungan umur lewat 20an kut, saya tertarik pula dengan si dia ni. Orangnya memang kacak habislah, tinggi, suaranya sedap, pandangan matanya tajam menusuk kalbu. Memang ramai yang minat pada si dia. Saya tahu cinta saya memang tiada harapan untuk diletakkan padanya, jadi saya pun akur dengan ketentuan Ilahi..... tapi gambarnya di internet merata-rata. Ni satu darinya...
V
V
V
V
sumber |
Lelaki yang ketiga yang saya perasan sorang-sorang ialah Tom Cruise.
Sekejap je terjatuh suka ke Tom Cruise... lepas perangai tak betul dia dengan agama yang memang tak betul Scientology tu, langsung tak tertarik.
Apa pun Ahad baru ini berkesempatan menonton filem 'Knight and Day' lakonan Tom Cruise dan Cameron Diaz. Kalau dulu menonton Mission Impossible versi Tom Cruise membuat hati berkocak, tetapi kali ini menonton Knight and Day terasa hambar plot ceritanya. Saya memang gemar cerita aksi, tetapi aksi dalam Knight and Day, terasa merepek.
Mungkin sudah ternampak ketuaan Tom Cruise dalam filem ini dan saya memang kurang gemar dengan Cameron Diaz.
O ya... jejaka pertama di sekolah rendah dulu saya tidak ingat namanya, tetapi saya ingat cerita yang dia berlakon, iaitu Marco Polo... Malam-malam pun terkenang kekacakannya...
Sekarang ni... insan paling kacak di dunia sudah saya temui. Yalah... kacak di mata saya, tidak semestinya kacak di mata orang lain kan.
:) Salam Isnin.
~cikgunormah@klcitizen~
Salam Cikgu Normah,
ReplyDeleteSeronok juga bererita tentang cinta sebelah ni kan.
Cikgu memang dah tahu siang2,rasanya impossible boleh bertepok 2 belah tangan dengan orang-orang yang cikgu sebut. Eh tapi tak tahu juga kan.
Yang sedih tu kalau cinta sebelah berlaku dalam hidup yang nyata ni. Merana.
Salam...
ReplyDeleteBila rasanya bertepok sebelah tangan, maka kebiasaan ditinggalkan jer, cikgu..!
Jadilah seperti matahari yang tidak memiliki apapun tetapi menyinari dan memberikan kehangatan kepada siapapun
selalu membiarkan orang bertepuk sebelah tangan... ;)
ReplyDeletehehehe..cikgu nie melawak la..tom kurus tue ramai sgt ke peminatnya? hehehehe
ReplyDelete@Kunang-Kunang
ReplyDeleteni cerita cinta yang merepek je kak ani
@Abd Razak
ReplyDeletepandai razak bermadah ya
@cikgu isza
ReplyDeletemuka cam sarimah, mesti peminat ramai berderet kan isza....
@sahromnasrudin
ReplyDeletetom kurus tu masa tengah ngetop ramailah peminatnya
sekarang ni tak taulaha pulak
kalau dah suka tngok wayang, camtu la.... x de salahnya....
ReplyDeletehehehe! biar betul cikgu..tom kerus dan kiyahnu tu dua2 anut agama bukan kristian kan? dulu saya tgk the matrix mmg mcm admire aje..tp skang kalo tgk mcm loya sket..huhu!
ReplyDeleteSALAM...
ReplyDeleteHANYA TUK BERKONGSI JER... KALAU CINTA BERTEPUK SEBELAH TANGAN NIE..RASANYA CAM X MALU JER KAN... KALAU ORG KITE SUKER 2 BUJANG XPERLAH KAN..TP KALAU DAH JD ORG PUNYER..PAHAM2 JERLAH... MAKNANYA ORG 2 X SUKER NGAN KITER..KALAU DIA SUKER SEMESTINYA DIA AKAN AMBIL KITE KAN...WALAUPUN KITE NIE DAH BERPUNYER....KATE SANGGUP KAN...
lawaknya...saya pun suka part syok sendri ni....hahaha...seronok pe...boleh la kongsi hobi yg sama!!
ReplyDelete@mantan
ReplyDeletesaja suka-suka mantan
@Lynn Nasir
ReplyDeleteyalah.. tu dulu lynn, sekarang ni memang tak gemar pun
@Anonymous
ReplyDeletewaalaikummussalam cik anon
betullah tu cik anon, sayang sekali cik anon tak bernama, kalau tidak mesti cinta berbalas
@hai
ReplyDeletehobi menonton wayang memang saya suka sekali
cikgu, sangat minat dengan Tom Kurus juga. Movie Top Gun buat saya asyik dok berangan nak kahwin dengan dia. Hahaha~
ReplyDeletesebab itu diam ada kalanya lebih baik dari banyak bercakap
ReplyDeletehik3.. lucu plak baca dialog dlm gambar tu. ada ada jer..hik3..
ReplyDelete