Thursday, June 17, 2010

Latihan...

Berbaik sangka.

Kekadang melihat teman-teman lain berbisik-bisik sesama sendiri, terusik jua hati, mungkinkah apa yang dibualkan adalah tentang kita.

Melihat suami pulang ke rumah dengan muka masam mencuka, apakah salah kita?

Melihat jiran berjalan beriringan tanpa mempelawa kita, apakah silap kita?

Menghadapi ujian hidup  bertimpa-timpa, seolah tiada penghujungnya, apakah Allah melupakan kita?

Boleh kah berbaik sangka, jika saban waktu ada bisikan jahat menyelinap dalam hati dan menggigit perasaan? Cubalah.... Langkah pertama berbaik sangka ialah berfikiran positif.

Cuba melihat segalanya dengan mata positif. Ini memerlukan latihan, sebenarnya, dan dialog dalaman diri yang tak putus. 

Saya harap saya juga boleh.

~cikgunormah@klcitizen~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 comments:

  1. perasaan buruk sangka ni bahaya..
    dier makan hati kita..
    makin lama makin teruk.. hu3..

    bla kita hidup bersaing
    perasaan ni mudah jer dtg...
    hu3.. harap tak terbiasa.. takut nnt dah helap hati.. habisla.. pelan2. dier makan pahala kita macam ulat makan daun.

    akak cuba yer kak..
    bila perasaan tu dtg..
    cepat2 sibuk kan diri.. :-)

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Buruk sangka bisa menghancurkan keadaan. Bila sudah menggelegak buruk sangka, maka kebencian akan merajalela.

    Langkahnya, dalami ilmu agama dan cuba jangan layan bisikan halus yang sering mengajak kepada kemungkaran

    ReplyDelete
  3. salam.. ok akak.. buang rasa syak wasangka tuh jauh2 ye kak.. saya tahu, akak mesti boleh punya..! ye.. kita semua boleh.. boleh berfikiran positif.. =)

    ReplyDelete
  4. @LaNuNsepet

    insyaAllah
    cuma sekali sekala tertanya-tanya, kuatkah hati?

    ReplyDelete
  5. @Abd Razak

    betul razak...
    sedang mencuba

    ReplyDelete
  6. salam,

    saya paling tak suka kalau "ter-buruk sangka". penat otak nak pk apa sebab/punca bagai..pada hal takde apa2 pun ^^ ~selalunya suka counter attack buruk sangka ni dgn "aahh..pedulik laa..".

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.