Wednesday, June 16, 2010

Selenggaraan Berkala

Seorang Jepun bertanya pada Ustaz Pahrol, kenapa beliau asyik membuang masa setiap hari 5 kali bersolat. Bagi si Jepun ini, masa sangat berharga dan beliau tidak nampak faedahnya, bertunggang tonggek setiap hari . Kalau dah 10 minit sekali solat, setiap hari 50 minit terbuang masa, didarabkan dengan 30 hari sudah 1500 minit terbuang begitu sahaja.

Saya berkenan dengan jawapan Ustaz Pahrol. Takkan kita hendak beritahu si Jepun tersebut, solat kewajipan yang difardukan, kerana bagi beliau ia tidak membawa sebarang maksud.

Ustaz bertanya, antara manusia dan kereta tercanggih dalam dunia, yang mana memiliki teknologi yang tinggi? Antara manusia dan lokomotif pantas mereka , mana yang lebih tinggi teknologinya? Tentulah manusia... kerana teknologi penciptaan manusia masih tidak dapat ditiru lagi.

Okay, antara kereta dan kapal terbang, yang mana lebih tinggi teknologi? Kapal terbanglah kan... Adakah kapal terbang perlu diservis? kereta? Tentu juga perlu, kan. Pastinya servis kapal terbang lebih terperinci, berkala dan tidak dianggap membuang masa, kan. Semakin tinggi teknologi sesuatu benda itu semakin perlu ia kepada selenggaraan.

sumber


Manusia yang punya teknologi yang lebih tinggi dari semua teknologi yang ada, lebih pasti perlu diselenggara dan diservis. Hati dan perasaannya perlu diselenggara, kerana ia tidak boleh dipacu terusan tanpa selenggaraan. Jika tidak, ia akan penat dan lelah menghadapi mehnah.

Di sinilah datangnya solat. Selenggaraan hati dan emosi. Tanpa solat, manusia akan kering hati dan emosinya, lantas kosong jiwa.  

Akibatnya jelas...di Jepun sahaja kadar bunuh diri sangat tinggi. Dan perkara ini semakin tampak di bumi kita Malaysia.  Kadar bunuh bayi makin kerap... dan saya pasti ia sangat berkait dengan fenomena tidak solat serta tidak memberatkan solat, kan.

~cikgunormah@klcitizen~






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

25 comments:

  1. tepat sekali.. kena selenggara selalu.. =).. ~~ saya suka tulisan ust pahrol..~~

    ReplyDelete
  2. betul sesangat..hehe! ternganga ke org jepun tu? ^^

    ReplyDelete
  3. hanya yang berilmu yang layak jawab soalan sebegini.. :)

    ReplyDelete
  4. suka jawapan ust pahrol. Kalau kita yang jawab, pasti lain bunyinya.

    ReplyDelete
  5. salam cikgu. manusia tidak menyedari kehebatan kejadiannya. manusia yang mencipta teknologi.Takkanlah teknologi lebih hebat dari manusia.

    Manusia diselenggarakan oleh solat,zakat,puasa dan dua lagi rukun islam .

    ReplyDelete
  6. tepat sekali, cikgu..sy sokong entri ini..kalau bukan Islam tanya, inilah alasan yang paling tepat sekali..

    ReplyDelete
  7. Salam...

    Rohani kita perlu dibangun dengan iman dan takwa menerusi orientasi ketekunan bersolat

    ReplyDelete
  8. Betul tu kak...kalau sesama islam senang la kita jawab.sbb dalilnya ada dlm 29:45..tapi kalau dgn non-muslim,baru betul2 ujian..kena bijak..kena fathonah~bagusla ust tu..

    My latest post:Kwn baik semua org

    ReplyDelete
  9. @s1t1 2uL41k4

    saya pun suka
    yang ini saya dengar di radio ikim..

    ReplyDelete
  10. Salam cikgu Normah. Solat membentuk iman yang akan menjaga kita dalam menyelusuri kehidupan ini

    ReplyDelete
  11. salam ziarah..
    tidak dinafikan penulisan ust pahr0l mmG bagus..sy sendiri punyai beberapa buah buku beliau..
    tapi ni 1st time baca tentang s0lat penyelenggara manusia..thanz 4 sharing! nice =)

    ReplyDelete
  12. salam cikgu ..

    tp kt mane silapnye senggaraan tu ye ..

    sehari 5 waktu d senggara ..

    sifat jujur dgn allah ..
    tk pernah tipu atau short cut dalam solat..
    tetap buat 4 rakaat atau 3 rakaat wlupun tk ditengok dek org ...

    tp nape sifat jujur tu hilang bile d luar solat ni ..

    tu yg mungkin org bukan islam ni menyoal bab solat ni ...

    ReplyDelete
  13. Salam,
    Penuh hemah dan kebijaksanaan....

    ReplyDelete
  14. Salam Normah,
    Dah lama tak buka blog. Cuti ni baru ada kesempatan. Tertarik dengan cerita you jadi saksi pecah bonet tu...kita ni makin lama makin hidup dalam ketakutan. Letak kereta tak boleh senbarangan. Bawa barang berharga kena berhati-hati. Kalau balik kerja pulak, mata melilau kiri kanan, kanan depan belakang. Akak sebelum cuti sekolah hari itu hampir kena ragut depan rumah, mujur, akak cepat bertindak lari ke sebelah kereta di hadapan gate rumah yang akak dah buka. Panic gak kejap.

    ReplyDelete
  15. jawapan yg sungguh sinis... dan mendalam maksudnya...

    ReplyDelete
  16. @Nida

    ya
    ustaz pahrol memang layak bergelar daie

    ReplyDelete
  17. @khaty

    nasib baik masih rezeki lagi mengelak dari peragut, ya kak kathy

    alhamdulillah, Allah selamatkan

    ReplyDelete
  18. @aby

    solatnya tak khusyuk lah tu
    selenggaraan tak mengikut prosedur agaknya

    ReplyDelete
  19. @Azrai Ahmad Zamri

    yang ini saya dengar dari radio ikim semalam, slot motivasi subuh

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.