Monday, June 7, 2010

Terima kasih




Sebenarnya hendak bercerita banyak juga tentang sambutan hari guru peringkat sekolah. Ya, kami baru menyambut hari guru pada Jumaat lepas  4/6/2010.


Tetapi, kesuntukan masa... Yalah , cuti sekolah dah bermula. Sabtu, 5/6 ... pukul 6.oo pagi saya dan keluarga rapat telah memulakan perjalanan menuju ke negara jiran di selatan tanah air. Jadi selepas di sekolah, bergegas dengan bermacam urusan, tidak sempat hendak mengupload gambar-gambar...

Yang pastinya, saya hendak menunjukkan gambar yang sangat istimewa. Berjumpa dengan bekas mentee saya, Azureen... sebak pula terasa di hati melihat beliau. Rupanya, ada rindu di hati kami. Matanya basah merah menatap muka saya, berpelukan kami seolah sudah berpuluh tahun tidak berjumpa.

Alhamdulillah. Tuhan mempertemukan. Walau pun baru 5 tahun beliau meninggalkan sekolah, masih terasa seperti semalam saja beliau mengadu payahnya memikul beban belajar Chemistry dengan saya.

Terima kasih ... sudi menceriakan sambutan hari guru di sekolah. Nyanyian Azureen dan rakan-rakan di pentas 'very touching'... terasa bertuahnya punya anak-anak didik seperti kalian.






Kepada ex student yang lain yang hadir juga terima kasih bebanyak. Masing-masing sudah ada jalan cerita sendiri, tetapi masa yang singkat tidak bisa berkongsi lebih banyak.

*Zaren... tq

*saya telah  bercuti  dari Sabtu dan telah selamat sampai di rumah tadi..pukul 10 malam... sebenarnya entri ini hendak di post kan pada hari Sabtu sebelum bertolak, tetapi ada masalah teknikal...tidak dapat pula bersiaran.

apa pun... terima kasih kepada yang sudi menjengah sepanjang saya tiada.


~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

10 comments:

  1. Rencah kehidupan. Bertemu berpisah... merindu dan mengenang...

    Tahniah buat anak2 murid yang berjaya...

    ReplyDelete
  2. Salam..

    Selamat bercuti cikgu..:)

    ReplyDelete
  3. Itulah kenikmatan menjadi seorang guru.. apabila ada anak murid yang masih ingat pada kita..

    Selamat bercuti...:)

    ReplyDelete
  4. Salam..:)
    Begitulah bila didatangi bekas pelajar,
    terasa dihargai ...:)

    Selamat Bercuti Sis..;)

    ReplyDelete
  5. selamat bercuti, cikgu..semoga akan freshkan semula minda untuk mengajar semula nanti

    ReplyDelete
  6. salam cikgu..

    terima kasih..

    kami menjadi dewasa kerana kalian..

    -zaren-

    ReplyDelete
  7. setiap pertemuaan pasti ada perpisahan...syukur masih diberi kesempatan bertemu semula...saya sedih kerana baru dapat tau salah sorang guru kami telah meninggal dunia..saya kira dia meninggal muda sebab masa dia mengajar dulu,dia baru abis belajar dan masih single lagi!!

    ReplyDelete
  8. Selamat bercuti cikgu!

    Hurm, band sekolahkah tu? Dahsyat juga ya.

    ReplyDelete
  9. Salam :)

    Selamat bercuti, semoga produk yang dihasilkan hasil didikan kita itu sentiasa mendapat pimpinan dari-Nya, insyaAllah...ameen.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.