Tuesday, June 15, 2010

Takut tua?

Grow old gracefully.

Bila ditanya, dalam episod hidup saya, yang manakah agaknya saya akan pilih semula kalau diberi peluang kali kedua?

Saya tetap memilih usia saya semasa 40an ini. Kalau saya berusia 50an, mungkin saya akan pilih usia 50an tersebut.

Kenapa ya? 

Saya rasa di usia ini , perasaan dan fikiran saya lebih tenang. Tidak berkecamuk seperti di usia 20an dan belasan tahun dulu. Saya lebih berani dalam tindakan sekarang ini, punya keinginan yang lebih jelas terhadap hidup ini.

Saya lebih mudah bersabar berbanding dahulu. Walau pun mungkin tenaga tidak seperti dahulu, saya lebih bersikap realistik terhadap sesuatu situasi. Kalau dulu idealistik sangat dengan sesuatu perkara, tetapi kini tidak sangat.

Barulah saya faham kenapa orang-orang tua sangat penyabar dalam menghadapi masalah dunia. Bila mana saya berada di usia emas seperti mereka, saya berharap saya pun seperti itu. 

sumber


Saya harap usia tua saya nanti terpenuh dengan amal. Tidaklah bermakna sekarang ini tidak beramal, tetapi hambatan dunia masih lagi mengekang keinginan dan niat beramal. Namun begitu semakin berusia ini pandangan terhadap aspek duniawi makin berkurang.

Kalau dulu, pantang ada rancangan hiburan di tv, pasti saya akan duduk mengadap. Apatah lagi kalau siri Melodi atau Drama Minggu ini. Tapi sekarang ini nafsu terhadap semua itu makin berkurang. Harapan saya, makin berinjak usia, makin hilanglah nikmat hiburan lagha seperti itu bagi saya.

Apa pun, itulah impian ramai orang pun, kan... to grow old gracefully.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20 comments:

  1. Betul tu cikgu. Kena tambahkan amal dari sekarang. Jangan tunggu esok apa yg kita boleh lakukan hari ini.

    ReplyDelete
  2. ataupun..

    never do today what we can do tomorrow..hihi..

    takdelah..

    saya rasa saya pun tua cepat kot? sebab tak berminat dengan benda yang orang muda minat..

    ReplyDelete
  3. I pernah baca suatu dialog dari orang yang berkasih sayang (suami isteri), "Sayang, janji. Grow old together?"

    dan suami jawab, "sure do..."

    Best kan?

    ReplyDelete
  4. Salam...

    Saya selalu ingat akan hadith ni dan nak share dengan cikgu dan pembaca di sini. Kata Nabi s.a.w jika umur kalian sudah menjangkau 40 tahun dan amalan baik itu tidak dapat mengatasi maksiat yang kalian lakukan, maka bersiap-siaplah kalian untuk ke neraka.

    ReplyDelete
  5. life begins at forty?
    hiiii..

    betul tu cikgu. bila dah tua ni kita banyak ingat mati. jiwa sudah banyak mengarah ke sana...

    ReplyDelete
  6. @kakpah

    setuju ngan kak pah.. banyak ingat mati

    ReplyDelete
  7. @Abd Razak

    harapnya tidaklah seperti itu

    ReplyDelete
  8. @Z A R E N

    tua sebelum usia? kalau di hati tak pelah kut... jangan kulit dah berkedut, hati masih ingin berlagak macam orang muda

    ReplyDelete
  9. masalahnya ada org tua yang berlagak mcm org muda tue...budak skolah pun nak dirembatnya huhuhuhuh..sepatutnya dibimbing..klu org mcm nie, kiter nak buat ape, cikgu...?

    ReplyDelete
  10. @sahromnasrudin

    memang payah orang macam ni..
    tunggu Allah ketuk kepala diorang ni je lah.. bila dapat musibah , barulah nak menyesal, kan

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah andai begitu.. bermakna kita mengahrgai usia dan mensyukuri ni'mat usia ini... persekitaran juga banyak membentuk personaliti kita kan?

    ReplyDelete
  12. @iqbalsyarie

    semoga istiqamah hingga akhir hayat

    ReplyDelete
  13. setuju ngan cikgu.. umr skrg lebih kool gitu..

    ReplyDelete
  14. Salam..
    Orang tua mmg penyabar,sbb dah bnyk asam garam kehidupan yg mereka telah lalui..mcm yg muda2 nie,baru nak belajar...best kan..klw umur muda,tp perwatakan ikut org2 tua.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.