Saturday, June 19, 2010

Tak selamat selamanya......

Negara yang seolahnya kebal dari malapetaka, rupanya kalah juga dengan hujan lebat. Dek lokasinya yang strategik, negara kecil ini terlindung dari angkara tsunami atau gempa bumi. Terkenal kerana negaranya yang bersih, rupanya bencana ditimpakan dek kerana longkang tersumbat pada 16 Jun baru ini.




Salah satu kereta mewah yang tidak lepas menerima bencana. Lamborghini yang dikatakan bernilai 800,000 dolar Singapura (lebih kurang RM1.8 juta ), terperangkap di basement meletak kenderaan di Bangunan Tong (gambar di atas).

Kecil dan lemahnya manusia, kan. Diturunkan malapetaka di kawasan yang sangat berharga bagi negara kecil ini iaitu Orchard Road yang terkenal di kalangan pelancongnya. Pastinya kerugian yang dialami berjuta dolar.

Memetik tajuk  ariff  dalam entrinya, Singapura pun ada sisi Kuala Lumpurnya, saya tambah sedikit perkataan sisi di situ.



~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

13 comments:

  1. Salam Cikgu Normah.
    Allah Maha Berkuasa - musibah sebagai peringatan untuk menginsafkan manusia ... dulu kalau tak salah, kat Dataran Merdeka, Selangor Club pun pernah terjadi juga! Tp manusia semakin rakus pulak nampaknya! :((

    ReplyDelete
  2. ngape lak longkang boleh tersumbat yer.. kata dah sehabis canggih?

    mana lawan teknologi manusia dengan kuasa Allah..

    ReplyDelete
  3. tentu ada hikmah yg boleh kita pelajari

    ReplyDelete
  4. tentu tuan lamborgini tu emo tak habis2..

    ReplyDelete
  5. @kakpah

    sudah pastinya ya kak pah...dah terendam dalam air, gambar itu selepas banjir surut

    ReplyDelete
  6. @Mr PenyuBiru

    salah satu pengajarannya, jangan parking kereta di basement waktu hujan lebat

    ReplyDelete
  7. @cikgu isza

    itulah,
    bisrlah kita hidup resmi padi...kan.
    bila hidup menongkat langit, dalam bencana orang memandang menggelakkan je

    ReplyDelete
  8. manusia berbangga-bangga dgn teknologi(mungkin lebih tepat;berbangang-bangang) seolah-olah mereka boleh menjadi tuhan...hmm..seharusnya,sains itu lbh mendekatkan manusia kpd pencipta

    ReplyDelete
  9. @KERI

    ya memang pernah
    KL memang selalu banjir kilat, kan

    ReplyDelete
  10. @iqbalsyarie

    sewajarnya begitulah kan iqbal..

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Bumi mana yang tidak ditimpa hujan..
    Musibah tetap diturun untuk menguji manusia..

    ReplyDelete
  12. cik gu..kuasa tuhan tak siapa bolih lawan..

    ReplyDelete
  13. Aslmkm Cikgu.
    Allah SWT sudah ulang berkali2, "... kelak kamu akan tahu betapa dahsyatnya peringatanKU."
    Dan musibah ini hanyalah peringatan kecil betapa makhluk itu terlalu kerdil!

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.