Friday, June 18, 2010

Membayar ufti.

Memang tak faham sistem cukai di Malaysia ni. Mungkin sengaja tak nak faham kut, saya ni.

1. Segala benda nak kena cukai. Tak boleh ke, potong cukai setahun sekali je.
Cukai pendapatan memang dah kena, rumah lagi, tanah lagi....rumah yang berada di atas tanah tu kena bayar cukai (cukai pintu), walau pun, tanah tu dah kena bayar cukai...aiii. pening. Dah lah tu, nak bawak kereta, kereta pun kena cukai, lepas tu, guna jalan raya kena cukai lagi (tol ).

2. Makan kat kedai pun kena cukai lagi. 2 kali cukai pulak tu bila makan kat kedai. Tengok resit di bawah, yang petak merah.

berkedut-kedut resit ni, tak reti nak guna scanner,
ambik gambar pakai kamera cap ayam , gitulah jadinya

Caj servis dan cukai ... 2 kali ketuk ni. Bayar lah jugak kan. Kebanyakan restoran macam ni, kan. 

3. Tapi tidak semua restoran pengetuk macam tu. Tengok resit tu semula. Yang belah kanan, petak hitam. Tak ada pulak cukai ketuk tu.

Itulah yang saya tak faham. Ada restoran yang berupaya menyerap cukai , ada yang meminta kita, customernya, menanggung cukai tersebut bersama-sama, maklumlah 1Malaysia.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing, tapi yang tersenyum sendirian ke bank, tokey restoran tu lah, kan.

~cikgunormah@klcitizen~
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

18 comments:

  1. salam,
    subsidi sentiasa diungkit2,
    cukai sentiasa disorok2...

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Pertanyaannya boleh ker kedai makan mengenakan cukai? Adakah mereka diberi kebenaran untuk berbuat demikian?

    ReplyDelete
  3. negara yang banyak cukai adalah gambaran negara yang tak kuat ekonominya....para pemimpin pula free segal-galanya. Parking pun mereka tak bayar.

    ReplyDelete
  4. Dah tahu boikot jangan makan kat situ... Kuasa di tangan pengguna. Pengguna bodoh, teruskan diketuk dua kali. Banyak kedai lain. Kalau seluk tangan dalam lobang kena patuk ular, jadi jangan lah seluk tangan kedalam lobang yang sama kali kedua. Orang yang bodoh saja akan buat silap kali kedua. Kita pergi mana2 negara pun semua kena cukai. Tapi ada bangsat2 macam restoran tu yang menangguk di air keroh. Bukan kerajaan yang salah, kita sebagai pengguna buatlah pilihan bijak. Macam gula, apa nak susah, tak yah makan gula. Gula penyebab kencing manis. Ikut kajian saintifik, makanan yang kita makan dah ada banyak gula asli yang diperlukan oleh badan. Aku pun heran, kerajaan bagi subsidi kat gula ini. Ni penggalak nak bagi rakyat kena kencing manis. Lepas tu potong sana-sini, kudong. Silap2 buah pinggang rosak, sebab tu banyak sangat pusat dialisis ada yang free dan ada yang bayar. Bodoh betul kita ni sebagai pengguna. Pikirlah sendiri.

    ReplyDelete
  5. cik gu..nak buat macammana kan..kita rakyat malaysia..puas tak puas hati..kita tetap disini..menanggong segala galanya..

    ReplyDelete
  6. owh...sy perasan jugak benda-benda cmni.Entah la...rasanya ia terlalu bersifat politik..huhu

    ReplyDelete
  7. Anonymous, i like ur statement... so..plz thinking b4 u go anywhere k... w'ther got double tax or not..hahahaha...

    ReplyDelete
  8. @Abd Razak

    tak taulah pulak bab undang-undang ni

    ReplyDelete
  9. @kak Erna

    ya.. diluah mati emak, ditelan mati bapak

    ReplyDelete
  10. @Anonymous


    yalah En Anon yang pandai
    saya pasti En Anon tak makan gula sekarang ini... kan

    ReplyDelete
  11. @Anonymous

    Thank you Mr Anon the second, should be' plz think', bukan plz thinking... k.

    ok, i will think hard , very hard and as hard as i can from now on
    tq so much

    ReplyDelete
  12. im mr Anonymous
    just typing error ok.... sorry......"saya budak baru belajar"....excited to comment...

    ReplyDelete
  13. @Anonymous

    its ok mr anon the second
    its ok to be excited, especially when u r new.

    u r most welcome to comment, but its more appropriate and well mannered if you address yourself with a name...

    happy commenting...

    ReplyDelete
  14. Salam Kak :)

    ...kita boleh elakkan dikenakan cukai di restoran dengan bertindak cerdik-mengelakkan makan di restoran berkenaan...macamana pula kita nak elakkan cukai-cukai yang lain tu...:)

    ReplyDelete
  15. gitu le gamaknya, nk wat camna.. ikut je la..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.