Wednesday, June 9, 2010

Berapakah jauh langit dan bumi?






Semalam sambil memandu selepas solat maghrib, mendengar slot motivasi ulangan di saluran IKIM. Terkesan sungguh. Ha... rancangan sebeginilah yang patut diperbanyakkan, bukan segmen tajaan itu saja yang asyik ke udara.

Isu mengenai ber'doa', disampaikan oleh Ustaz Pahrol. 

Semua ibu yang kasih pada anaknya di dunia ini memang istimewa. Tetapi apa istimewanya ibu anda, tanya Ustaz pada sahabatnya, pada suatu hari. 

Sahabatnya memberitahu, satu waktu sedang beliau memapah ibunya, ibunya berkata pada beliau ,"Kalau ibu meninggal dunia dahulu, siapa yang akan mendoakan untuk kamu setiap hari?"

Saya yang mendengar, terasa sayu sungguh. Sebagai anak dan sebagai ibu, memang terasa sungguh besarnya jiwa seorang ibu. 

Kata Ustaz lagi, pernah ditanya pada seorang ahli ugama, berapakah sebenarnya jauh antara langit dan bumi? Ahli ugama itu menjawab,"Sedetik doa yang mustajab."

Dan doa siapakah yang lebih mustajab, kan? Doa seorang ibu untuk anaknya, serta doa seorang saudara muslim kepada saudaranya yang lain tanpa pengetahuan saudaranya itu.....

Marilah kita berdoa setiap saat dan ketika, kerana doa kita untuk saudara kita sebenarnya akan dimakbulkan Allah dan akan kembali juga pada kita.

~cikgunormah@klcitizen~


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

9 comments:

  1. orang yang tak berdoa lepas solat dikatakan manusia yang sombong.. doa juga ada tatacara jika mahu ia cepat makbul.. itu yang sering kita terlupa.. main doa jer..

    ReplyDelete
  2. salam klcitizen,
    sebenarnye bile kite solat, kite tengah mendoakan kesejahteraan org2 islam seluruh alam ..

    dalam tahiyyat awal ..

    Assalam mualaina wa ala ibadillah hissolihi ..

    ertinye ... semoga kami dan sekianhamba allah yg baik2, turut mendapat kesejahteraan ..

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Berdoa itu mendekatkan diri kepada Allah Azza wa Jalla

    ReplyDelete
  4. Berdoalah dalam apa situasi sekalipun agar kita tidak takbur

    ReplyDelete
  5. @Daun Bidara

    kata-kata ibu itu sangat menginsafkan saya

    ReplyDelete
  6. @aby
    betul tu... tapi di luar solat pun bisa saja kita berdoa, terutama waktu2 mustajab berdoa kan

    ReplyDelete
  7. @Aida Ali
    orang yang tidak berdoa itu memang takbur

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi meninggalkan teguran membina, moga Allah sentiasa merahmati kita semua.